Tuesday, 13 January 2015

Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah ada kesempatan untuk kongsi pengalaman bersalin di Hospital Ampang. Baby tgh tidur boleh la ibu tulis 1 entry jap..hehee.

Bila sebut hospital kerajaan tak dinafikan ramai yg fobia. Byk kes kita dgr yg berlaku di hospital kerajaan. Tak dinafikan saya sendiri mula2x mmg risau juga. Tapi bertawakal je pada Allah.

Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya bersalin di Hospital Ampang. Saya selesa bersalin di hospital ni sebab keadaan x crowded sgt. Parking pun ok la. Senang tak senang juga tapi tiap kali datang sini alhamdulillah ada parking.

Hospital ni ada 3rd class dan 2nd class sahaja. 3rd class ala-ala macam dorm di hostel. 2nd class pulak dalam private room. Ada 2 toilet dan 4 katil. Harga 2nd class pulak bergantung kpd kita kerja apa rasanya. Sebab masa bersalin anak kedua bil hospital dalam Rm300 lebih (masa ni saya keje swasta) tapi baru-baru ni saya bersalin anak ketiga bil hospital hanya Rm45 (dah jadi suri rumah..hehe). Sebab masa nak bayar mereka ada tanya kerja apa. Alhamdulillah rezeki anak..

Dari pengalaman bersalin ketiga-tiga anak di hospital ni saya simpulkan staff nurse dan doktor mmg baik kalau kita tak banyak karenah la kan. Nak mudahkan kerja mereka kita kena la dengar arahan mereka kan. 

Utk mereka yg berada di sekitar Cheras dan Ampang jangan ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang ok. 

Post a Comment