Monday, 15 September 2014

Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan


Breastfeeding is my passion. Walaupun saya tak seperti ibu-ibu yang lain yang boleh simpan stok EBM penuh satu freezer tapi sangat bersyukur dapat menyusukan anak kedua selama 2 tahun 3 bulan. Untuk makluman saya hanya pam hari ini untuk anak saya minum keesokkan harinya. kira daily stock..

Susu merundum? Hampir semua ibu-ibu yang menyusukan anak pernah mengalami saat susu merundum. Stress, kecewa memang tidak dapat dinafikan tetapi jangan berterusan stress atau kecewa kerana emosi boleh mengganggu pengeluaran susu badan anda. Semakin stress semakin payah susu badan nak dihasilkan.

Apa yang saya biasa buat di saat susu merundum adalah:

  1. Kerapkan pam. Biasanya semasa bekerja saya akan pam 5 kali waktu siang. Selepas subuh, jam 10 pagi, jam 1 tgh hari,  jam 4 ptg dan jam 6 ptg. Di saat susu merundum, saya akan tingkatkan pumping di waktu malam. 
  2. Tandem nursing. Tandem nursing ni saya biasa buat apabila anak ada dengan saya. Sebelah saya bagi dia hisap dan sebelah lagi saya pam. Memandangkan saya hanya menggunakan pam manual jadi sangat mudah untuk saya adjust ikut keselesaan saya dan anak.
  3. Minum air masak banyak. Kebiasaannya saya akan minum air masak lebih dari 3 liter. Air masak adalah milk booster saya. Banyak minum banyak la susu badan. Kalau kurang minum mmg kuranglah susu badan.
  4. Makan makanan yang sihat. Saya tidak mengamalkan apa-apa jenis diet semasa penyusuan. Memang semua benda saya makan. Sayur, protein, nasi saya tak pernah skip. Tapi tak bermakna kena makan double pulak ye.
  5. Emosi stabil dan tenang. Emosi sangat penting bagi ibu yang menyusukan anak. Tambah lagi mereka yang bekerja. Tekanan di tempat kerja serta jadual kerja yang padat boleh mengganggu proses pengeluaran susu badan.
  6. Sentiasa kosongkan breast. Kesilapan yang biasa kita buat tunggu breast penuh baru nak pam. Kadang tu sampai bengkak dan melimpah sampai basah baju. 
  7. Berdoa banyak2x semoga Allah murahkan rezeki anak kita.

Semoga memberi manfaat untuk ibu-ibu semua. (^_^)v


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment