Friday, 5 September 2014

Susah ke buat bisnes Shaklee?


Assalamualaikum semua,

Susah ke buat bisnes Shaklee? Bagi Ida tak kira kita buat bisnes apa pun mesti ada ujian, cabaran dan dugaan yang kita kena tempuhi. Tak ada perkara yg senang di dunia ni. Dunia ni mmg utk kita bersusah payah.

Tak kira anda makan gaji ke buat bisnes ke mesti akan lalui beberapa masalah. Then how we handle all the problems? Kalau fikir asyik tak ada sales mmg tak akan ada la kan. Cuba fikir jalan penyelesaiannya. Fokus pada solution bukan problem k.

Hidup ni kalau terlalu sempurna dan apa yg kita nak kita dapat pun tak best jugak kan. Mesti ada ups and downs. Di situlah kita akan belajar sesuatu dan lebih menghargai sesuatu.

So utk SID baru jangan mudah mengalah. Anda baru je mulakan langkah. Tetapkan hati supaya kuat. Ida sendiri bukan seorang yg kuat, cekal. Tapi Ida minta kekuatan dari Allah. Ida selalu berdoa seandainya Shaklee dapat merapatkan Ida dengan Maha Pencipta, moga Allah permudahkan dan lancarkan bisnes ni.

Setiap apa yg berlaku pasti ada sebab kan. Pasti ada sebab kenapa Allah lorongkan Ida ke bisnes ni. Pasti ada sebab kenapa Allah izinkan Ida berhenti kerja dan buat fulltime bisnes ni. 

Semoga September ni lebih baik dari bulan lepas. In Shaa Allah.

Good luck semua!
Post a Comment