Monday, 15 September 2014

Makanan Kurangkan Sakit Gastrik



Gastrik adalah disebabkan keradangan atau pembengkakan pada selaput dalam perut. Terdapat dua jenis Gastrik iaitu Gastrik Akut di mana ia menyerang dan pulih dalam waktu yang singkat manakala gastrik yang berpanjang dan kerap sehingga bertahun-tahun sakit dipanggil Gastrik Kronik.

Antara makanan yang dapat mengurangkan sakit gastrik adalah seperti:

1. PISANG

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

2. SUSU SEJUK
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukanSusu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

3. BUNGA CENGKIH
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4. HALIA
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Cadangan Suplemen untuk kurangkan sakit gastrik:
Energizing Soy Protein: membantu meneutralkan asid di dalam perut kerana gastrik berpunca daripada terlalu banyak asid di dalam perut. Dan ESP adalah protein yang membantu membina sel-sel baru.
Ostematrix: Kalsium yang membantu melegakan sakit gastrik.
Peppermint-Ginger Plus: membantu membuang angin yang menyebabkan sakit pedih ulu hati.

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment