Thursday, 4 September 2014

Bila dah jadi seorang ibu...

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak buat entry tentang mak-mak skit. Kalau dulu masa bujang tak pernah terfikir atau tak pernah terbayang macam mana rupa Ida bila jadi seorang ibu.. hahaha.. Tambah lagi anak sulung lak tu. Tak ada experience sgt bersama kanak-kanak for the whole day.

Tapi bila dah jadi ibu ni baru Ida rasa macam mana Mama jaga kita orang 4 beradik dulu. Lagi la Mama suri rumah pulak tu. Siang malam menghadap kita orang je. Hehehe. Orang selalu kata bila dah rasa baru tahu macam mana rasa. Selama ni dok melawan je cakap Mama kannn..Tapi dah jadi ibu lebih matang skit la... (perasan skit...hahaha).

Sebenarnya sebagai ibu kita banyak belajar dari anak-anak kita sendiri. Memang sometimes kita bertukar dari seorang ibu kepada SINGA BETINA...hahhaha.. tak nafikan. sbb kadang2x bila terlampau penat mula la nak beremosi lebih skit.

Apa yang Ida perasan adalah anak-anak ni sebenarnya nak lebihkan "bonding" antara mak ayah. Mereka suka dipeluk, dimanja, dicium. Bukan lah dorang nak sangat tgk tv ke tgk ipad ke. Mereka nak kita main sama2x. Main lego la. Main ultraman la.

Ida pernah terbaca tapi tak ingat kat mana sebenarnya. Cara nak kukuhkan bonding antara anak ni kita kena peluk mereka 8 KALI setiap hari. Dan Ida perasan bila anak sulung Ida, Syakir bila selalu dipeluk dia lebih dengar kata. Maklumlah anak lelaki kan kadang-kadang ada berontak skit. Lebih kurang perangai ibu dia la masa kecik dulu..hehehhe..

Macam Aisyah anak kedua ni lebih manja skit. Pun sama suka orang peluk dia. Layan pot pet pot pet dia. Setiap anak ada karekter masing2x. Kalau dulu masa mengandung anak sulung pernah terfikir macam mana nak handle. Sama gak masa mengandung anak kedua. Terfikir gak macam mana nak handle bila dah ada dua orang anak. And now tengah pregnant anak ketiga pun terfikir macam mana nak handle 3 orang pulak. Percayalah bila tiba masanya kita akan boleh handle tak kira berapa orang anak kita sekalipun.

Jom peluk anak kita!!!.. hehehhe..
Post a Comment