Monday, 22 September 2014

GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

04:20 0 Comments
Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya tak join GA ni. Alhamdulillah kali ni Ida salah seorang daripada sponsors. Jom ramai2x join GA kali ni sebab hadiah mmg best sangat2x tau. Hampir RM1000..

Ada 5 set hadiah yang akan kami berikan.

Klik banner untuk join ye.


UPDATE: GIVEAWAY DILANJUTKAN SEHINGGA 10 OKTOBER 2014

Selamat ber-GA

Monday, 15 September 2014

Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan

03:59 0 Comments

Breastfeeding is my passion. Walaupun saya tak seperti ibu-ibu yang lain yang boleh simpan stok EBM penuh satu freezer tapi sangat bersyukur dapat menyusukan anak kedua selama 2 tahun 3 bulan. Untuk makluman saya hanya pam hari ini untuk anak saya minum keesokkan harinya. kira daily stock..

Susu merundum? Hampir semua ibu-ibu yang menyusukan anak pernah mengalami saat susu merundum. Stress, kecewa memang tidak dapat dinafikan tetapi jangan berterusan stress atau kecewa kerana emosi boleh mengganggu pengeluaran susu badan anda. Semakin stress semakin payah susu badan nak dihasilkan.

Apa yang saya biasa buat di saat susu merundum adalah:

  1. Kerapkan pam. Biasanya semasa bekerja saya akan pam 5 kali waktu siang. Selepas subuh, jam 10 pagi, jam 1 tgh hari,  jam 4 ptg dan jam 6 ptg. Di saat susu merundum, saya akan tingkatkan pumping di waktu malam. 
  2. Tandem nursing. Tandem nursing ni saya biasa buat apabila anak ada dengan saya. Sebelah saya bagi dia hisap dan sebelah lagi saya pam. Memandangkan saya hanya menggunakan pam manual jadi sangat mudah untuk saya adjust ikut keselesaan saya dan anak.
  3. Minum air masak banyak. Kebiasaannya saya akan minum air masak lebih dari 3 liter. Air masak adalah milk booster saya. Banyak minum banyak la susu badan. Kalau kurang minum mmg kuranglah susu badan.
  4. Makan makanan yang sihat. Saya tidak mengamalkan apa-apa jenis diet semasa penyusuan. Memang semua benda saya makan. Sayur, protein, nasi saya tak pernah skip. Tapi tak bermakna kena makan double pulak ye.
  5. Emosi stabil dan tenang. Emosi sangat penting bagi ibu yang menyusukan anak. Tambah lagi mereka yang bekerja. Tekanan di tempat kerja serta jadual kerja yang padat boleh mengganggu proses pengeluaran susu badan.
  6. Sentiasa kosongkan breast. Kesilapan yang biasa kita buat tunggu breast penuh baru nak pam. Kadang tu sampai bengkak dan melimpah sampai basah baju. 
  7. Berdoa banyak2x semoga Allah murahkan rezeki anak kita.

Semoga memberi manfaat untuk ibu-ibu semua. (^_^)v


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Makanan Yang Baik Untuk Jantung

03:29 0 Comments


Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Tips Semasa Pembelian Makanan
  • Pilih makanan yang dilabel dengan ‘rendah lemak’, ‘ rendah garam’, ‘kurang lemak’, ‘ tanpa lemak’, ‘bebas lemak trans’ dan sebagainya. Contohnya : susu rendah lemak, susu skim, yogurt rendah lemak, yogurt tanpa lemak, keju kurang lemak, light mayonis dan sebagainya.
  • Susu rendah lemak dan susu skim adalah disarankan untuk orang dewasa yang ingin mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet mereka. Pengambilan susu adalah digalakkan kerana susu merupakan sumber kalsium yang baik yang penting untuk kesihatan tulang.  
  • Pilih marjerin lembut dan bukan marjerin keras.
  • Pilih daging tanpa lemak dan bukan daging berlemak.
  • Pengambilan makanan segar adalah digalakkan. Elakkan makanan terproses dan diawet, makanan dalam tin dan makanan segera kerana makanan ini tinggi dalam kandungan garam. Pilih makanan yang rendah garam.
  • Pilih produk mil-penuh (wholegrain) di mana kandungan seratnya lebih tinggi seperti cereal dan oat tinggi serat. Ambil sekurang-kurangnya 1 hidangan produk mil-penuh dalam sehari.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi, di mana boleh diambil sebagai snek untuk meningkatkan pengambilan serat harian. Saranan pengambilan adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan dalam sehari.

Tips Penyediaan Makanan
  1. Penyediaan bahan-bahan makanan
    • Buangkan semua bahagian lemak dan kulit pada daging atau ayam. Elakkan kepak, kaki ayam dan bahagian lain yang berlemak.
    • Buangkan bahagian kepala / otak dan organ dalaman pada makanan laut (contoh: udang, sotong, ikan bilis dan sebagainya) di mana bahagian ini adalah tinggi dalam kandungan kolesterol.
    • Guna susu rendah lemak untuk menggantikan santan yang tinggi dalam kandungan lemak tepu dalam masakan. Sekiranya santan diguna, hadkan kepada 2 sudu makan sebanyak 2 kali dalam seminggu sahaja.
    • Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan. Gantikan dengan minyak masakan tumbuhan.
    • Secara umumnya, bagi jumlah pengambilan tenaga harian antara 1800-2000kcal, penggunaan minyak masakan perlu dikawal kepada 9-10 sudu teh. 
    • Guna minyak jenis tak tepu untuk tumis atau cara masakan yang memerlukan pemanasan yang minima.
    • Cara masakan bergoreng harus dikurangkan bagi mengelakkan pengambilan lemak harian berlebihan.
    • Guna telur putih atau gantian telur untuk menggantikan kuning telur dalam pembuatan kek atau roti.
  2. Tips memasak yang sihat
    • Masak makanan dengan cara masakan sihat seperti panggang, bakar, kukus atau tumis untuk mengurangkan pengambilan lemak (minyak) dalam diet kita.
    • Berhati-hati dengan sumber lemak (minyak) yang tersembunyi. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng (contoh: ayam goreng) atau makanan goreng bersalut dengan tepung (contoh: pisang goreng).
    • Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan penggunaan minyak seberapa minimal yang mungkin.
    • Letak rak dalam oven semasa memanggang daging atau ayam supaya lemak pada makanan ini menitis keluar semasa dipanggang.   
    • Guna rempah-ratus dan herba segar untuk menambahkan warna, rasa dan aroma makanan tanpa menambah dengan garam atau lemak.
    • Guna yogurt asli tapi bukannya mayones dalam salad.
    • Sejukkan sup yang berminyak (contoh: sup daging) dan buang lapisan lemak sebelum sup dipanaskan semula dan dihidangkan.
    • Tambah lebih sayur-sayuran dalam masakan bagi meningkatkan pengambilan serat harian.
  3. Tips-tips lain pemakanan sihat untuk penyakit kardiovaskular
    • Tambahkan susu rendah lemak atau susu skim tetapi bukan krimer bukan tenusu di dalam minuman.
    • Pengambilan alkohol perlu dihadkan kepada 2 unit (hidangan piawai) untuk lelaki dan 1 unit untuk wanita. Bagi sesiapa yang tidak mengambil alkohol tidak digalakkan untuk mulakan pengambilan alkohol.
    • Untuk sesiapa yang menghidapi penyakit kardiovaskular, adalah disarankan mengambil 2 atau lebih hidangan ikan dalam seminggu (120g/hidangan ikan) dan 2 hidangan untuk orang yang sihat.



Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 889076
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Makanan Kurangkan Sakit Gastrik

03:03 0 Comments


Gastrik adalah disebabkan keradangan atau pembengkakan pada selaput dalam perut. Terdapat dua jenis Gastrik iaitu Gastrik Akut di mana ia menyerang dan pulih dalam waktu yang singkat manakala gastrik yang berpanjang dan kerap sehingga bertahun-tahun sakit dipanggil Gastrik Kronik.

Antara makanan yang dapat mengurangkan sakit gastrik adalah seperti:

1. PISANG

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

2. SUSU SEJUK
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukanSusu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

3. BUNGA CENGKIH
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4. HALIA
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Cadangan Suplemen untuk kurangkan sakit gastrik:
Energizing Soy Protein: membantu meneutralkan asid di dalam perut kerana gastrik berpunca daripada terlalu banyak asid di dalam perut. Dan ESP adalah protein yang membantu membina sel-sel baru.
Ostematrix: Kalsium yang membantu melegakan sakit gastrik.
Peppermint-Ginger Plus: membantu membuang angin yang menyebabkan sakit pedih ulu hati.

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Tuesday, 9 September 2014

Apabila kita kehilangan kolagen...

16:53 0 Comments
Assalamualaikum semua dan Selamat pagi,

Lama juga Ida tak update blog. Ok. Hari ni Ida nak kongsikan pasal kolagen. Bila sebut je kolagen kita hanya terfikirkan kolagen pada kulit muka sahaja kan. No wonder la ramai yg suntik2x kolagen sekarang ni. Kita hanya tahu kolagen ni utk nampak awet muda. Kurang berkedut, muka kendur dan sebagainya.

Untuk info anda semua sebenarnya kolagen meliputi hampir keseluruhan tubuh badan kita bukan setakat pada kulit sahaja. Ia merangkumi hampir 30% keseluruhan protin yang ada di dalam badan kita.

Tahu tak selain pada kulit, kolagen juga terdapat pada,kornea, kanta mata, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Bayangkan kalau kita hanya tumpu pada kolagen di bahagian kulit shj. Luaran nampak awet muda tapi dalaman makin tua kerepot. Guana tu??. Tapi tak kan kita nak cucuk kolagen kat buah pinggang lak kan. 

Antara kesan-kesan kehilangan kolagen dari badan adalah seperti gambar di bawah.




Banyak kan kesan bila kehilangan kolagen dari badan. Tahu tak kita mula kehilangan kolagen waktu bila? Selepas umur 20 tahun tau. Bayangkan sekarang dah umur 30 lebih. Berapa banyak kolagen yang telah hilang dari badan kita. No wonder makin meningkat usia ada je sakit itu sakit ini sebab organ dalaman kita dah kurang berfungsi dengan baik. Tak ada makna kalau awet muda setakat pada kulit muka tapi dalaman kita sakit. Tetap juga terbaring atas katil je kan.

Bagaimana nak recover semula kolagen yang hilang ni? Sudah tentulah kita kena makan kan. Sekarang pun dah banyak produk kolagen di pasaran. Artis pun ada keluarkan produk kolagen sendiri. Tapi Ida tak nak cerita pasal produk lain. Ida nak kongsikan apa istimewanya SHAKLEE COLLAGEN POWDER.




Shaklee Collagen Powder diperbuat daripada sisik ikan merah kerana ia sumber kolagen yang tahan lasak dan elastik. Sebab apa tahan lasak? Ikan merah ni hidup di dasar lautan dalam sedalam 5000m. Agak2x kalau manusia berenang sampai sedalam 5000m apa akan jadi? Boleh hancur berkecai badan sebab makin dalam makin bertekanan tinggi. Ikan biasa pun belum tentu boleh hidup sedalam 5000m.

Apabila sumber kolagen makin elastik bermakna kulit kita akan lebih anjal. Toink..toink.. ala2x iklan tv tu. 

Selain dari sisik ikan merah, Shaklee Collagen Powder juga turut mengandungi ekstrak kekerangan. Apa istimewanya ekstrak kekerangan ni? Ekstrak kekerangan mengandungi glukosamina di mana ia sebagai pelincir kepada sendi. Dan juga mengurangkan ketidakselesaan pada mata. 

Lagi apa yang terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder ni? Lactobacillius Acidophilus iaitu bakteria baik juga terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder. Ia membantu meningkatkan penyerapan kolagen ke dalam tubuh badan. Kalau makan berkotak2x tapi tak serap tak ada guna juga kan. Buat abis berasss je kan.. dan jisim molekul Shaklee Collagen Powder sangat rendah iaitu 1000dalton. Boleh diserap dengan baik dalam usus. 

Selain dari itu Ekstrak Biji Camellia Japonica dan Ekstrak Pfaffia juga terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder. Kedua-dua ini adalah tumbuhan. Biji  Camellia Japonica ni mengandung asid oleik dan isoflavon yang membekalkan nutrisi dan penghidratan.  Sebab tu kulit sentiasa mulus dan lembap. Pfaffia pulak banyak digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, meningkatkan tenaga batin dan prestasi tenaga.

Last but not least, Vitamin C, B2 dan B6 juga digabungkan di dalam Shaklee Collagen Powder. Vitamin C ni menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B2 dan B6 pulak bergabung dengan karbohidrat,  lemak dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh.

Memang best kan Shaklee Collagen Powder ni. Rugi kalau siapa tak cuba. Sebab Shaklee kalau hasilkan produk mesti ada UJIAN KLINIKAL. 71% pengguna Shaklee Collagen Powder berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan selama 8 minggu berturut-turut.

Alang2x bulan ni promo Buy 6 FREE 1 mmg jimat habis. Dapat pulak FREE MEMBERSHIP SEUMURHIDUP + FREE POSTAGE + BONUS (masuk 14hb October depan). Memang rugi kalau lepaskan peluang hebat ni. 

Siapa berminat boleh roger Ida ok!

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com







Friday, 5 September 2014

Susah ke buat bisnes Shaklee?

19:12 0 Comments

Assalamualaikum semua,

Susah ke buat bisnes Shaklee? Bagi Ida tak kira kita buat bisnes apa pun mesti ada ujian, cabaran dan dugaan yang kita kena tempuhi. Tak ada perkara yg senang di dunia ni. Dunia ni mmg utk kita bersusah payah.

Tak kira anda makan gaji ke buat bisnes ke mesti akan lalui beberapa masalah. Then how we handle all the problems? Kalau fikir asyik tak ada sales mmg tak akan ada la kan. Cuba fikir jalan penyelesaiannya. Fokus pada solution bukan problem k.

Hidup ni kalau terlalu sempurna dan apa yg kita nak kita dapat pun tak best jugak kan. Mesti ada ups and downs. Di situlah kita akan belajar sesuatu dan lebih menghargai sesuatu.

So utk SID baru jangan mudah mengalah. Anda baru je mulakan langkah. Tetapkan hati supaya kuat. Ida sendiri bukan seorang yg kuat, cekal. Tapi Ida minta kekuatan dari Allah. Ida selalu berdoa seandainya Shaklee dapat merapatkan Ida dengan Maha Pencipta, moga Allah permudahkan dan lancarkan bisnes ni.

Setiap apa yg berlaku pasti ada sebab kan. Pasti ada sebab kenapa Allah lorongkan Ida ke bisnes ni. Pasti ada sebab kenapa Allah izinkan Ida berhenti kerja dan buat fulltime bisnes ni. 

Semoga September ni lebih baik dari bulan lepas. In Shaa Allah.

Good luck semua!

Thursday, 4 September 2014

Bila dah jadi seorang ibu...

01:33 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Hari ni nak buat entry tentang mak-mak skit. Kalau dulu masa bujang tak pernah terfikir atau tak pernah terbayang macam mana rupa Ida bila jadi seorang ibu.. hahaha.. Tambah lagi anak sulung lak tu. Tak ada experience sgt bersama kanak-kanak for the whole day.

Tapi bila dah jadi ibu ni baru Ida rasa macam mana Mama jaga kita orang 4 beradik dulu. Lagi la Mama suri rumah pulak tu. Siang malam menghadap kita orang je. Hehehe. Orang selalu kata bila dah rasa baru tahu macam mana rasa. Selama ni dok melawan je cakap Mama kannn..Tapi dah jadi ibu lebih matang skit la... (perasan skit...hahaha).

Sebenarnya sebagai ibu kita banyak belajar dari anak-anak kita sendiri. Memang sometimes kita bertukar dari seorang ibu kepada SINGA BETINA...hahhaha.. tak nafikan. sbb kadang2x bila terlampau penat mula la nak beremosi lebih skit.

Apa yang Ida perasan adalah anak-anak ni sebenarnya nak lebihkan "bonding" antara mak ayah. Mereka suka dipeluk, dimanja, dicium. Bukan lah dorang nak sangat tgk tv ke tgk ipad ke. Mereka nak kita main sama2x. Main lego la. Main ultraman la.

Ida pernah terbaca tapi tak ingat kat mana sebenarnya. Cara nak kukuhkan bonding antara anak ni kita kena peluk mereka 8 KALI setiap hari. Dan Ida perasan bila anak sulung Ida, Syakir bila selalu dipeluk dia lebih dengar kata. Maklumlah anak lelaki kan kadang-kadang ada berontak skit. Lebih kurang perangai ibu dia la masa kecik dulu..hehehhe..

Macam Aisyah anak kedua ni lebih manja skit. Pun sama suka orang peluk dia. Layan pot pet pot pet dia. Setiap anak ada karekter masing2x. Kalau dulu masa mengandung anak sulung pernah terfikir macam mana nak handle. Sama gak masa mengandung anak kedua. Terfikir gak macam mana nak handle bila dah ada dua orang anak. And now tengah pregnant anak ketiga pun terfikir macam mana nak handle 3 orang pulak. Percayalah bila tiba masanya kita akan boleh handle tak kira berapa orang anak kita sekalipun.

Jom peluk anak kita!!!.. hehehhe..