Monday, 11 August 2014

Vitamin E untuk lelaki kerana...

Biasanya kita dengar Vitamin E ni untuk kecantikan kulit kan. Untuk hilangkan parut jerawat, jeragat dan sebagainya. Vitamin E juga adalah antioksidan yang melawan radikal bebas serta melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan. Kalau cerita Vitamin E untuk kecantikan kulit ni semua orang tahu. Tapi tak ramai yang tahu Vitamin E ni sangat bagus untuk fungsi seksualiti kaum Adam.

Masalah seksualiti yang biasa dialami oleh lelaki adalah seperti bilangan sperma kurang, sperma tidak normal, kurang stamina dan sebagainya. Bagi mereka yang belum berkahwin mungkin tidak berapa peka tentang masalah ini, tapi masalah-masalah ini adalah satu masalah yang besar bagi mereka yang sudah berkahwin dan merancang ingin mendapatkan zuriat. 

Biasa kita dengar bila sukar mendapatkan zuriat ni isteri yang selalu disalahkan atau isteri yang ada masalah-masalah tertentu, tetapi si suami juga mungkin mempunyai masalah juga. Oleh itu, sekiranya masih belum mendapatkan zuriat sebaiknya suami dan isteri membuat pemeriksaan.

Merujuk kepada kajian penyelidikan yang diterbitkan pada Mac-April 2003  "Archives of Andrology", menunjukkan bahawa peserta kajian yang mengambil 400 mg vitamin E bersama-sama dengan 225 mcg selenium menunjukkan peningkatan keupayaan sperma.

Merujuk kepada MayoClinic.com, keupayaan sperma bergerak memberi kesan kepada kesuburan kerana sperma perlu bergerak jauh ke ovum untuk persenyawaan. 

Begitu juga kekurangan bilangan sperma memberi kesan kepada kesuburan lelaki. Air mani yang sihat harus mengandungi sebanyak 40 juta sperma sihat untuk membolehkan seseorang wanita mengandung. 

Merujuk kepada penyelidikan yang diterbitkan pada Februari 2009 " Journal of the Indian Medical Association ", mencadangkan bahawa kekurangan bilangan sperma berkaitrapat dengan kerosakan akibat daripada radikal bebasVitamin E bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sperma daridaripada kerosakan ini.

Selain daripada itu Vitamin E membantu mencapai atau mengekalkan ereksi cukup lama untuk mempunyai orgasma. 


Perbezaan Shaklee Vitamin E

Harga RM149.00
1 botol 120 biji
1 biji setiap hari
Tahan 4 bulan

  1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (d-alpha tocopheral)
  2. Dilengkapi dengan Grape Seed Extract ( bertindak sebagai anti-cancer dan antioxidant)
  3. Juga dilengkapi dengan Selenium

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment