Thursday, 7 August 2014

Pendarahan Semasa Awal Kehamilan


Masa mengandung anak kedua Ida mengalami pendarahan semasa awal kehamilan. Masa tu kandungan baru berusia 2-3 bulan. Memang agak terkejut sebab masa mengandung anak sulung Ida tak ada masalah pendarahan dari awal kehamilan sehingga bersalin.

Lepas ada spotting Ida terus ke klinik. Buat ultrasound.  Alhamdulillah baby ok cuma doktor notice ada fibroid tapi tak besar sgt. Doktor ada bagi ubat untuk kuatkan rahim juga. Doktor nasihatkan jangan buat kerja berat dan kena "puasa".

Alhamdulillah selepas next checkup fibroid dah hilang dan spotting pun dah xda. 

Ida nasihatkan sekiranya anda ada mengalami masalah pendarahan semasa awal kehamilan atau sepanjang kehamilan jangan ambil mudah.  Cepat-cepat jumpa doktor.

Kat sini Ida ada google punca pendarahan semasa awal kehamilan. Info untuk bakal ibu terutama sekali yang pertama kali mengandung. 

Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan ‘penebusan’ (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendarahan ‘pelekatan’ telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140223/kn_01/Pendarahan-awal-kehamilan#ixzz39j2WWE19
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com

Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...