Saturday, 9 August 2014

Melatih Anak Ke Tandas (Potty Train)


Melatih anak ke tandas atau potty train tidak susah mana. Cuma sebagai ibu bapa memang kena sabar. Masa anak sulung Ida, Syakir menginjak ke usia 3 tahun. Ida dah mula latih dia ke tandas. Mula-mula Ida dah bagi tau lepas ni dah tak boleh pakai pampers. Kalau nak buang air kena buang di toilet. Masa tu dah siap beli seluar dalam yang sesuai untuk dia. Mula-mula Syakir macam kekok skit sebab pakai seluar dalam. Rasa berangin je kot. Hehe. Selama ni kan pakai pampers je. 

Minggu pertama memang cabaran untuk kami suami isteri. Sebab ada 3-4 kali juga dia tercicir kencing sebelum sampai ke toilet. Memang minggu tu sedia pegang mop je la. Haha. Selepas minggu pertama Syakir dah boleh bagi tahu nak buang air kecil. Cepat-cepat angkat dia masuk toilet. Cuma untuk buang air besar Syakir ambil masa agak lama sikit. Sebab dia belum biasa lagi. Sampaikan sembelit juga dibuatnya sebab dia takut nak buang di toilet. Alhamdulillah lepas dua minggu dah ok. 

Masalahnya sekarang waktu tidur Syakir tak kira siang atau malam kena pakai pampers. Sampai sekarang umur dah 4 tahun lebih. Sebab memang sentiasa basah pampers even dah kencing sebelum tidur. Tapi adakalanya Syakir akan bangun tengah malam bagi tahu nak kencing. Mungkin kena cuba inisiatif lain untuk ajar Syakir supaya tak pakai pampers langsung even waktu tidur.

Kalau ibu-ibu yang baca entry ni ada cadangan boleh comment ya. TQIA. 


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...