Sunday, 24 August 2014

Kesan Diet Tidak Sihat


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan apa kesan daripada diet yang tidak sihat. Mesti ramai yang nak tahu kan. Selama ni kita tahu berdiet je. Tak tahu diet kita tu sihat atau tidak. Kalau tidak apa pula kesannya pada kesihatan kita. 

1. Kekurangan nutrien
Diet yang sihat menyediakan nutrisi pada badan anda untuk terus berkembang, kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Pelbagai makanan segar yang menjadi sumber nutrien. Walau bagaimanapun,terdapat diet tertentu yang tidak mempunyai tahap nutrien penting yang cukup seperti kalium, serat, kalsium dan vitamin D. Lama kelamaan, sekiranya gagal untuk mendapatkan kalsium yang cukup boleh menyebabkan kemerosotan tulang, tahap rendah vitamin D boleh menyebabkan lemah tulang dan tidak mendapat kalium yang cukup boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan otot. Serat membantu menjaga usus anda sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

2. Penyakit kronik
Diet yang berkhasiat menyediakan nutrien yang membantu mengelakkan dari sebarang penyakit. Lama kelamaan, pemakanan diet yang kurang nutrisi dan tinggi lemak, garam atau gula boleh menyebabkan penyakit kronik. Berikutan diet yang tidak sihat meningkatkan risiko anda pada penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan osteoporosis, menurut Dietary Guidelines for Americans 2010.

3. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan adalah salah satu kesan utama diet yang tidak sihat iaitu dengan BMI atau indeks jisim badan 25 atau lebih. Faktor-faktor yang sering menyumbang kepada BMI yang tinggi termasuk kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh; diet tinggi dalam daging dan makanan bergoreng; pengambilan minuman berkalori tinggi seperti minuman soda; dan tidak cukup aktiviti fizikal (senaman).

4. Rasa loya dan keletihan
Ada diet yang melibatkan pengurangan kalori yang besar yang membuatkan anda rasa loya dan keletihan serta kerap sakit kepala.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment