Saturday, 16 August 2014

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita


Alhamdulillah pagi ni Ida berkesempatan untuk kongsikan bagaimana cara menentukan masa kesuburan wanita. 

Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Dan zuriat adalah ketentuan dari Allah swt sepertimana jodoh, ajal, maut. Ada pasangan yang baru kahwin terus hamil. Tapi ada juga pasangan yang dah bertahun kahwin masih belum hamil.

Adakalanya yang membuatkan kita lebih tertekan adalah tekanan dari orang luar yang sering kali bertanya bila ingin ada zuriat. Bagi Ida ia adalah soalan yang agak sensitif untuk ditanya kerana kita hanya manusia biasa. Siapa kita untuk tentukan bila kita akan dapat zuriat. Apa yang kita mampu lakukan adalah berikhtiar dan selebihnya berserah kepada Allah swt.

Salah satu cara untuk menentukan masa kesuburan kita adalah dengan mengambil kira kitaran haid setiap bulan. Normal kitaran haid adalah 28 hari. Sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari maka waktu kesuburan adalah pada hari ke-14 atau ke-15 dari hari pertama anda datang bulan.

Contohnya: 
Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

Ida sarankan anda tick pada kalendar setiap bulan setiap kali datang bulan. Mudah dari situ untuk kita kira kitaran haid.

Selain daripada kiraan kitaran haid, terdapat satu tanda atau perubahan yang menunjukkan wanita itu sedang dalam waktu subur. Iaitu perubahan pada mukus serviks. Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.


Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.


Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.



Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Anda juga boleh dapatkan kit ovulasi dari farmasi untuk mengetahui waktu kesuburan anda.



Sekiranya anda dapat mengenalpasti waktu kesuburan anda, cuba lakukan hubungan intim setiap dua atau tiga hari. Dengan cara ini, sperma yang kuat akan berada di tempat yang sesuai apabila anda berovulasi. Kerap melakukan hubungan intim meningkatkan kebarangkalian anda akan hamil.


Jika lakukan hubungan intim semasa mukus serviks anda basah dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik. 

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran. 

Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan hubungan intim teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.


Semoga cara-cara ini dapat membantu anda dalam usaha untuk hamil. Yang penting sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan usaha anda. Kerana segala apa yang ada di dunia ini semuanya dari Dia Yang Maha Esa. Tiada satu pun dari manusia.

Cadangan Set Kesuburan : http://bit.ly/1vIPdZK

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment