Saturday, 23 August 2014

9 Diet Yang Tidak Sihat


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan 9 diet yang tidak sihat yang mungkin pernah diamalkan atau sedang diamalkan oleh kita semua tanpa kita sedar. Dalam keghairahan ingin bentuk badan yang cantik kita terlupa untuk mengambil kira diet yang sihat tanpa menjejaskan kesihatan kita. Kalau badan cantik tapi tak sihat pun tak seronok juga kan. Orang kata biar cantik luar dan juga dalaman.

Jom kita terjah apa 9 diet yang tidak sihat yang biasa kita amalkan.

1. Tidak mengambil semua kumpulan makanan.
Setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien-nutrien penting. Pengambilan bersama beberapa kumpulan makanan mewujudkan keseimbangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya anda tidak mengambil bijirin, buah-buahan atau lain-lain maka anda akan kehilangan nutrien yang penting. Sekiranya anda alergik kepada tenusu(laktosa) atau gluten anda perlu mengambil makanan lain dari sumber kumpulan makanan lain bagi menggantikan kalsium dan gluten.

2. Rasa diri tidak sempurna sekiranya tidak menurunkan berat badan
Kadang-kadang perasaan ketidaksempurnaan ini membuatkan kita lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang tidak sihat kerana terlampau inginkan bentuk badan yang cantik. Siapa pun diri kita tidak ada kena mengena dengan berapa kg berat badan kita. Dan sentiasa motivasikan diri kita sendiri untuk melakukan perubahan yang sihat melalui diet yang sihat.

3. Kehidupan sosial terlalu tertekan
Adakalanya kita rasa tertekan disebabkan diet. Sebagai contoh kawan-kawan ajak dinner sama tapi kita batalkan sebab sepatutnya kita hanya minum smoothie untuk makan malam. Diet anda tidak sepatutnya membuatkan anda terasing dari kehidupan sosial anda. Diet yang sihat sepatutnya membuatkan anda lebih selesa tak kira anda berada di dalam situasi mana sekalipun. Tak salah untuk dinner bersama rakan walaupun anda hanya minum smoothie sahaja. As long as anda boleh kawal nafsu makan anda. (^_^)

4. Pelan makanan yang tidak fleksibel
Pelan makanan yang fleksibel mengajar anda bukan sahaja apa yang anda perlu makan tetapi juga berapa banyak yang anda perlu makan walaupun anda tidak berada di rumah. Pelan makanan yang tidak fleksibel mengajar anda gaya pemakanan yang sama ketika anda berada di luar seperti di restoren dan juga di lapangan terbang yang sudah pasti tidak mempunyai banyak pilihan makanan. Tak akan anda nak duduk rumah sepanjang berdiet kan. As long as kita tahu jaga kalori makanan kita ketika berada di luar rumah. In Shaa Allah ia tak menjadi masalah untuk kita teruskan berdiet walaupun di mana kita berada sekalipun.

5. Memberi tumpuan hanya pada diet sementara bukan perubahan tabiat
Ini yang biasa kita lakukan sebenarnya. Sebagai contoh tarikh perkahwinan tinggal lagi satu atau dua minggu. Takut baju yang dah siap fitting tak muat maka kita melaksanakan diet pantas selama seminggu atau dua minggu. Kita tidak fokus pada perubahan tabiat pemakanan kita. Hanya target nak cepat turun dalam masa seminggu atau dua minggu dan waktu itu kita sanggup tak makan nasi atau cut off semua kumpulan makanan. Diet yang sihat sepatutnya dilakukan setiap hari untuk kesan yang berterusan. Sekurang-kurang 30 hari untuk kita tukar tabiat pemakanan kita. Bukan seminggu dua sahaja ye.

6. Membeli makanan tambahan atau suplemen
Membeli makanan tambahan atau suplemen untuk membantu diet anda tidak salah. Tetapi pastikan suplemen yang anda pilih untuk ada UJI KAJI, SEMULAJADI, TANPA BAHAN KIMIA. Sekiranya anda mampu menyediakan makanan diet anda yang lengkap dengan segala nutrien yang anda perlukan untuk tubuh badan anda berfungsi dengan baik maka anda tidak perlukan suplemen. Suplemen hanya sekadar membantu. Kalau makan suplemen berbotol-botol tapi pemakanan tidak jaga, tidak melakukan senaman atau minum air banyak maka tiada gunanya anda berhabis duit untuk beli suplemen.

7. Makanan atau minuman yang boleh menurunkan berat badan
Tidak ada satu pun makanan atau minuman yang membolehkan anda menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan adalah berkait rapat dengan apa pilihan makanan anda yang anda rasa puas dimakan walaupun hanya beberapa kalori sahaja yang boleh membuatkan anda aktif dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa tanpa perlu rasa letih atau lembik!

8.  Diet yang tidak memerlukan anda bersenam
Ramai yang suka berdiet tanpa bersenam. Memang ia menjadi satu kegemaran ramai sebab tak suka bersenam. Silap sebenarnya. Diet yang sihat anda masih perlukan senaman. Sebagai contoh, anda berdiet dengan mengambil protein. Protein membantu membina otot tetapi wajiblah bersenam. Kenapa perlu bina otot semasa diet? Kerana kita tidak mahu kelihatan badan lembik sana sini apabila berat badan berkurangan. Otot dan lemak sama berat tapi otot lebih kecil daripada lemak. No wonder bila ada yang berat tak nampak turun sangat tetapi inci makin kurang. Jangan mengamalkan diet yang bukan sahaja menghilangkan lemak dari badan tetapi juga hilang otot!.

9. Tidak ada sasaran berat yang mahu diturunkan setiap minggu
Dalam usaha menurunkan berat badan kita perlu juga set target berapa kg kita nak turun setiap minggu. Dengan senaman dan makanan diet yang sihat anda boleh menurunkan berat badan anda sebanyak 2 pounds setiap minggu iaitu berat lemak ye. Kehilangan lebih daripada 2 pounds setiap minggu menunjukkan anda kehilangan otot dan berat air di mana berat badan asal akan mudah kita perolehi semula.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...