Wednesday, 27 August 2014

Shaklee Effect: Pesakit Diabetes

Assalamualaikum semua,

Pagi ni rasa tenang dan sejuk je kan. Tgk kat luar macam nak hujan. Alhamdulillah hujan rahmat. Salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Jom kita sama2 berdoa ye.

Pagi ni Ida nak share satu testimoni pesakit diabetes dari sahabat SID Kak Nitra. Rasa bersalah pulak kalau tak share sbb tak salah untuk kita berkongsi apa yang pengguna-pengguna Shaklee rasai selepas consume produk. Mungkin ada di kalangan anda juga menghidapi penyakit ini juga.

"Alhamdulillah...

Bila kita dapat bantu orang lain, sama menjadi semakin sihat atau dari sudut material, kepuasannya tak tergambar.

Hari ni saya nak share kegembiraan seorang anak. Ayahnya alami luka di kaki. Disebabkan ayahnya seorang pesakit kencing manis, sudah tentulah luka tersebut boleh menjadi semakin teruk.

Bermula awal tahun, lukanya kecil sahaja. Tapi lama kelamaan lukanya menjadi semakin besar sehingga menampakkan daging dan tulang kaki.

Kerana kasihkan bapa, anaknya menghubungi saya dan bertanyakan produk Shaklee apa yg bagus utk ayahnya.

Alhamdulillah... Walaupun alami healing crisis, ayahnya tetap sabar dan konsisten dgn Shaklee. Daripada hanya mampu berbaring, ayahnya mula menjadi semakin segar dan bertenaga.

Membaca al-Quran selepas solat subuh bukan lagi perkara yg berat sejak sakit. Malah sekarang mampu turun ke kebun!

Saya sendiri yg ikuti perjalanan #ShakleeEffect ayahnya turut tersentuh hati. Melihat:

1. Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya, duit bukanlah penghalang untuk melihat ayahnya kembali sihat.
2. Ketabahan seorang ayah yg ingin kembali seperti dahulu. Umur 70an, sudah tentu kita juga terkesan melihat kesabarannya menghadapi ujian.

Dengan izin Allah, alhamdulillah luka yg dialami oleh ayahnya sudah semakin pulih. Daging sudah menutupi tulang, tinggal lagi kulit sahaja yg belum tumbuh sepenuhnya.

Dengan izin Allah juga, VIVIX & Zinc Complex membantu memulihkan luka tadi.

Syukur! Semoga pakcik sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala."

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Sunday, 24 August 2014

Kesan Diet Tidak Sihat


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan apa kesan daripada diet yang tidak sihat. Mesti ramai yang nak tahu kan. Selama ni kita tahu berdiet je. Tak tahu diet kita tu sihat atau tidak. Kalau tidak apa pula kesannya pada kesihatan kita. 

1. Kekurangan nutrien
Diet yang sihat menyediakan nutrisi pada badan anda untuk terus berkembang, kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Pelbagai makanan segar yang menjadi sumber nutrien. Walau bagaimanapun,terdapat diet tertentu yang tidak mempunyai tahap nutrien penting yang cukup seperti kalium, serat, kalsium dan vitamin D. Lama kelamaan, sekiranya gagal untuk mendapatkan kalsium yang cukup boleh menyebabkan kemerosotan tulang, tahap rendah vitamin D boleh menyebabkan lemah tulang dan tidak mendapat kalium yang cukup boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan otot. Serat membantu menjaga usus anda sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

2. Penyakit kronik
Diet yang berkhasiat menyediakan nutrien yang membantu mengelakkan dari sebarang penyakit. Lama kelamaan, pemakanan diet yang kurang nutrisi dan tinggi lemak, garam atau gula boleh menyebabkan penyakit kronik. Berikutan diet yang tidak sihat meningkatkan risiko anda pada penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan osteoporosis, menurut Dietary Guidelines for Americans 2010.

3. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan adalah salah satu kesan utama diet yang tidak sihat iaitu dengan BMI atau indeks jisim badan 25 atau lebih. Faktor-faktor yang sering menyumbang kepada BMI yang tinggi termasuk kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh; diet tinggi dalam daging dan makanan bergoreng; pengambilan minuman berkalori tinggi seperti minuman soda; dan tidak cukup aktiviti fizikal (senaman).

4. Rasa loya dan keletihan
Ada diet yang melibatkan pengurangan kalori yang besar yang membuatkan anda rasa loya dan keletihan serta kerap sakit kepala.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Saturday, 23 August 2014

9 Diet Yang Tidak Sihat


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan 9 diet yang tidak sihat yang mungkin pernah diamalkan atau sedang diamalkan oleh kita semua tanpa kita sedar. Dalam keghairahan ingin bentuk badan yang cantik kita terlupa untuk mengambil kira diet yang sihat tanpa menjejaskan kesihatan kita. Kalau badan cantik tapi tak sihat pun tak seronok juga kan. Orang kata biar cantik luar dan juga dalaman.

Jom kita terjah apa 9 diet yang tidak sihat yang biasa kita amalkan.

1. Tidak mengambil semua kumpulan makanan.
Setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien-nutrien penting. Pengambilan bersama beberapa kumpulan makanan mewujudkan keseimbangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya anda tidak mengambil bijirin, buah-buahan atau lain-lain maka anda akan kehilangan nutrien yang penting. Sekiranya anda alergik kepada tenusu(laktosa) atau gluten anda perlu mengambil makanan lain dari sumber kumpulan makanan lain bagi menggantikan kalsium dan gluten.

2. Rasa diri tidak sempurna sekiranya tidak menurunkan berat badan
Kadang-kadang perasaan ketidaksempurnaan ini membuatkan kita lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang tidak sihat kerana terlampau inginkan bentuk badan yang cantik. Siapa pun diri kita tidak ada kena mengena dengan berapa kg berat badan kita. Dan sentiasa motivasikan diri kita sendiri untuk melakukan perubahan yang sihat melalui diet yang sihat.

3. Kehidupan sosial terlalu tertekan
Adakalanya kita rasa tertekan disebabkan diet. Sebagai contoh kawan-kawan ajak dinner sama tapi kita batalkan sebab sepatutnya kita hanya minum smoothie untuk makan malam. Diet anda tidak sepatutnya membuatkan anda terasing dari kehidupan sosial anda. Diet yang sihat sepatutnya membuatkan anda lebih selesa tak kira anda berada di dalam situasi mana sekalipun. Tak salah untuk dinner bersama rakan walaupun anda hanya minum smoothie sahaja. As long as anda boleh kawal nafsu makan anda. (^_^)

4. Pelan makanan yang tidak fleksibel
Pelan makanan yang fleksibel mengajar anda bukan sahaja apa yang anda perlu makan tetapi juga berapa banyak yang anda perlu makan walaupun anda tidak berada di rumah. Pelan makanan yang tidak fleksibel mengajar anda gaya pemakanan yang sama ketika anda berada di luar seperti di restoren dan juga di lapangan terbang yang sudah pasti tidak mempunyai banyak pilihan makanan. Tak akan anda nak duduk rumah sepanjang berdiet kan. As long as kita tahu jaga kalori makanan kita ketika berada di luar rumah. In Shaa Allah ia tak menjadi masalah untuk kita teruskan berdiet walaupun di mana kita berada sekalipun.

5. Memberi tumpuan hanya pada diet sementara bukan perubahan tabiat
Ini yang biasa kita lakukan sebenarnya. Sebagai contoh tarikh perkahwinan tinggal lagi satu atau dua minggu. Takut baju yang dah siap fitting tak muat maka kita melaksanakan diet pantas selama seminggu atau dua minggu. Kita tidak fokus pada perubahan tabiat pemakanan kita. Hanya target nak cepat turun dalam masa seminggu atau dua minggu dan waktu itu kita sanggup tak makan nasi atau cut off semua kumpulan makanan. Diet yang sihat sepatutnya dilakukan setiap hari untuk kesan yang berterusan. Sekurang-kurang 30 hari untuk kita tukar tabiat pemakanan kita. Bukan seminggu dua sahaja ye.

6. Membeli makanan tambahan atau suplemen
Membeli makanan tambahan atau suplemen untuk membantu diet anda tidak salah. Tetapi pastikan suplemen yang anda pilih untuk ada UJI KAJI, SEMULAJADI, TANPA BAHAN KIMIA. Sekiranya anda mampu menyediakan makanan diet anda yang lengkap dengan segala nutrien yang anda perlukan untuk tubuh badan anda berfungsi dengan baik maka anda tidak perlukan suplemen. Suplemen hanya sekadar membantu. Kalau makan suplemen berbotol-botol tapi pemakanan tidak jaga, tidak melakukan senaman atau minum air banyak maka tiada gunanya anda berhabis duit untuk beli suplemen.

7. Makanan atau minuman yang boleh menurunkan berat badan
Tidak ada satu pun makanan atau minuman yang membolehkan anda menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan adalah berkait rapat dengan apa pilihan makanan anda yang anda rasa puas dimakan walaupun hanya beberapa kalori sahaja yang boleh membuatkan anda aktif dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa tanpa perlu rasa letih atau lembik!

8.  Diet yang tidak memerlukan anda bersenam
Ramai yang suka berdiet tanpa bersenam. Memang ia menjadi satu kegemaran ramai sebab tak suka bersenam. Silap sebenarnya. Diet yang sihat anda masih perlukan senaman. Sebagai contoh, anda berdiet dengan mengambil protein. Protein membantu membina otot tetapi wajiblah bersenam. Kenapa perlu bina otot semasa diet? Kerana kita tidak mahu kelihatan badan lembik sana sini apabila berat badan berkurangan. Otot dan lemak sama berat tapi otot lebih kecil daripada lemak. No wonder bila ada yang berat tak nampak turun sangat tetapi inci makin kurang. Jangan mengamalkan diet yang bukan sahaja menghilangkan lemak dari badan tetapi juga hilang otot!.

9. Tidak ada sasaran berat yang mahu diturunkan setiap minggu
Dalam usaha menurunkan berat badan kita perlu juga set target berapa kg kita nak turun setiap minggu. Dengan senaman dan makanan diet yang sihat anda boleh menurunkan berat badan anda sebanyak 2 pounds setiap minggu iaitu berat lemak ye. Kehilangan lebih daripada 2 pounds setiap minggu menunjukkan anda kehilangan otot dan berat air di mana berat badan asal akan mudah kita perolehi semula.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Wednesday, 20 August 2014

Pengedar Shaklee Ayer Keroh, Melaka

Assalamualaikum semua.

Bagi mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka anda boleh dapatkan Shaklee dari Nik Nur Atiqah ye.

Boleh hubungi beliau untuk dapatkan konsultasi dan info-info produk Shaklee.


Jangan lupa like page beliau Nik's Healthy Care.

Hidayah Mohmad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Pengedar Shaklee Selayang, Batu Caves dan Gombak

Assalamualaiku semua,

Malam ni Ida nak promote pengedar-pengedar di bawah jaringan Ida. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Selayang, Batu Caves dan Gombak anda boleh dapatkan Shaklee dari Siti Nor Nadirah Mohamad

Segala persoalan atau perlukan konsultasi anda boleh hubungi beliau. In Shaa Allah servis tip top. (^_^)


Oh ye jangan lupa follow blog Nad ye untuk dapatkan info-info promo setiap bulan, produk dan kesihatan. Url :  http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distibutor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Saturday, 16 August 2014

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita


Alhamdulillah pagi ni Ida berkesempatan untuk kongsikan bagaimana cara menentukan masa kesuburan wanita. 

Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Dan zuriat adalah ketentuan dari Allah swt sepertimana jodoh, ajal, maut. Ada pasangan yang baru kahwin terus hamil. Tapi ada juga pasangan yang dah bertahun kahwin masih belum hamil.

Adakalanya yang membuatkan kita lebih tertekan adalah tekanan dari orang luar yang sering kali bertanya bila ingin ada zuriat. Bagi Ida ia adalah soalan yang agak sensitif untuk ditanya kerana kita hanya manusia biasa. Siapa kita untuk tentukan bila kita akan dapat zuriat. Apa yang kita mampu lakukan adalah berikhtiar dan selebihnya berserah kepada Allah swt.

Salah satu cara untuk menentukan masa kesuburan kita adalah dengan mengambil kira kitaran haid setiap bulan. Normal kitaran haid adalah 28 hari. Sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari maka waktu kesuburan adalah pada hari ke-14 atau ke-15 dari hari pertama anda datang bulan.

Contohnya: 
Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

Ida sarankan anda tick pada kalendar setiap bulan setiap kali datang bulan. Mudah dari situ untuk kita kira kitaran haid.

Selain daripada kiraan kitaran haid, terdapat satu tanda atau perubahan yang menunjukkan wanita itu sedang dalam waktu subur. Iaitu perubahan pada mukus serviks. Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.


Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.


Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.



Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Anda juga boleh dapatkan kit ovulasi dari farmasi untuk mengetahui waktu kesuburan anda.



Sekiranya anda dapat mengenalpasti waktu kesuburan anda, cuba lakukan hubungan intim setiap dua atau tiga hari. Dengan cara ini, sperma yang kuat akan berada di tempat yang sesuai apabila anda berovulasi. Kerap melakukan hubungan intim meningkatkan kebarangkalian anda akan hamil.


Jika lakukan hubungan intim semasa mukus serviks anda basah dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik. 

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran. 

Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan hubungan intim teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.


Semoga cara-cara ini dapat membantu anda dalam usaha untuk hamil. Yang penting sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan usaha anda. Kerana segala apa yang ada di dunia ini semuanya dari Dia Yang Maha Esa. Tiada satu pun dari manusia.

Cadangan Set Kesuburan : http://bit.ly/1vIPdZK

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Friday, 15 August 2014

Kebaikan Omega-6 Yang Tak Semua Orang Tahu


Biasanya kita dengar orang sebut pasal Omega 3 je kan. Tapi ada satu lagi asid lemak perlu yang kita perlu untuk tubuh badan kita iaitu Omega 6. Omega 6 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan tapi ia boleh diperolehi melalui sumber makanan atau suplemen.

Sebut pasal Omega 3, kita dah tahu elok untuk perkembangan otak kerana mengandungi EPA dan DHA. Juga untuk anti-radang especially yang sakit gout, sendi, buasir dan sebagainya. Dan juga ia merangsang enzim yang membantu memecahkan lemak tepu dalam badan. Siapa nak kurus memang boleh ambil tapi dengan syarat kena la bersenam juga. Jangan bergantung semata-mata pada suplemen je ye. ^_^

Terdapat beberapa jenis omega-6 asid lemak, dan tidak semua menggalakkan inflamasi. Kebanyakan asid lemak omega-6 dalam diet datang daripada minyak sayur-sayuran, seperti asid linoleik (LA). Asid linoleik ditukar kepada asid gamma-linolenik (GLA) di dalam badan. Ia kemudian terus dipecahkan kepada asid arakidonik (AA). GLA terdapat dalam beberapa minyak berasaskan tumbuhan, termasuk minyak primrose (EPO), minyak borage, dan currant hitam minyak biji.

Kebaikan Omega 6 yang tak ramai orang tahu adalah seperti di bawah. Jom kita intai-intai baca ye. Ida harap entry ni memberi manfaat kepada semua.

KEBAIKAN OMEGA 6

  1. Omega 6 memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel. Omega 6 juga sangat penting dalam perkembangan otak dan pembangunan otot. Omega 6 juga turut ditambah di dalam susu formula bayi untuk perkembangan otak dan pembangunan otot mereka.
  2. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid gamma linolenik (GLA) selama 6 bulan atau lebih boleh mengurangkan gejala sakit saraf pada mereka yang menghidap neuropati diabetes. Mereka yang mempunyai kawalan gula darah yang baik mungkin mendapati GLA lebih berkesan daripada mereka yang tidak mempunyai kawalan gula darah yang baik.
  3. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa minyak primrose membantu mengurangkan gejala-gejala artritis reumatoid. Beberapa bukti awal menunjukkan minyak primrose boleh mengurangkan kesakitan, bengkak, dan kekakuan di waktu pagi; tetapi kajian lain tidak menemui kesan. Apabila menggunakan GLA untuk gejala artritis, ia mungkin mengambil masa 1 - 3 bulan untuk nampak kesannya. Tidak seperti minyak primrose akan membantu menghentikan perkembangan penyakit, tetapi kerosakan sendi masih berlaku.
  4. Kajian klinikal menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan ADHD (Attention deficit/hyperactivity disorder)  mempunyai tahap asid lemak perlu yang lebih rendah. Asid lemak perlu adalah penting untuk otak yang normal dan fungsi tingkah laku.
  5. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang menghidap kanser payudara mengambil GLA mempunyai tindak balas yang lebih baik untuk tamoxifen (ubat yang digunakan untuk merawat estrogen kanser payudara sensitif) daripada mereka yang hanya mengambil tamoxifen. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa GLA menghalang aktiviti tumor kanser payudara.
  6. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mendapat sesetengah asid lemak perlu (terutamanya EPA dan GLA) lebih cenderung untuk mempunyai kemerosotan tulang daripada mereka yang mempunyai tahap normal asid lemak perlu. Dalam satu kajian wanita lebih 65 yang menghidap osteoporosis, mereka yang mengambil EPA dan GLA tambahan mempunyai kemerosotan tulang kurang lebih 3 tahun berbanding mereka yang mengambil plasebo. Kebanyakan wanita juga mengalami peningkatan dalam kepadatan tulang. 
PERBEZAAN GLA COMPLEX

Harga RM 91.25
1 botol ada 60 biji
Makan 2 biji sehari
  1. Diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO.
  2. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
  3. Digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Hidayah Mohamad
Shaklee Indpendenti Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Thursday, 14 August 2014

Amalan Dan Doa Nabi Zakaria Untuk Dapat Zuriat


Amalan dan doa Nabi Zakaria ini kami petik dari ebook Rahsia Mudah Hamil dalam bab Doa & Amalan. Semoga ianya bermanafaat.

******************************************************************************
Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”

Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.

Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Ai Imran 3:38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)
doa mudah hamil
Surah Al-Anbiya:21:89

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Credit: http://bit.ly/XjcohV

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Wednesday, 13 August 2014

Makanan Untuk Kesuburan Dan Yang Perlu Dielakkan


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni Ida berkesempatan untuk kongsikan tentang makanan untuk kesuburan dan makanan apa yang perlu dielakkan. Sebenarnya ramai yang tak tahu tentang perkara ini. Biasanya kita semua makan apa sahaja kita suka tanpa kita sedar sebenarnya makanan tersebut mengganggu kesuburan kita. Terutama sekali bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

MAKANAN UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN

Pisang : Pisang kaya dengan Vitamin B6. Vitamin B6 adalah salah satu vitamin penting yang membantu persenyawaan kerana ia mengawal hormon. Kekurangan Vitamin B6 menyebabkan haid yang tidak teratur dan menyebabkan pengeluaran telur yang tidak bagus dan sperma yang tidak sihat.

Asparagus : Asparagus kaya dengan Asid Folik. Kajian telah mendapati bahawa asid folik boleh membantu mengurangkan risiko kegagalan ovulasi. Wanita juga dinasihatkan untuk mengambil makanan tambahan asid folik ketika cuba untuk hamil.

Kerang-kerangan : Kerang-kerangan mengandungi Vitamin B12. Kajian menunjukkan kaitan antara kekurangan Vitamin B12 dan tahap estrogen yang tidak normal yang boleh mengganggu implantasi telur disenyawakan. Vitamin B12 juga boleh membantu untuk mengukuhkan lapisan endometrium dalam persenyawaan telur serta mengurangkan risiko keguguran.

Telur :  Telur kaya dengan Vitamin D. Satu kajian oleh University of Yale mengambil ukuran Vitamin D dari 67 wanita subur dan mendapati bahawa hanya 7% daripada mereka mempunyai tahap vitamin D biasa, manakala yang lain 93% tidak mempunyai tahap Vitamin D yang cukup. Mereka juga mendapati bahawa tiada satu pun pesakit PCOS mempunyai tahap vitamin D biasa.

Badam : Kaya dengan Vitamin E. Kajian menunjukkan vitamin E boleh meningkatkan kesihatan sperma pada lelaki. Ia juga merupakan antioksidan yang membantu melindungi sperma dan DNA telur.

Buah-buahan sitrus : Kaya dengan Vitamin C. Satu kajian di mana lelaki tidak subur diberi 1,000mg vitamin C dua kali sehari, mendapati bahawa jumlah sperma mereka dan keupayaan mereka untuk bergerak ke arah betul telur telah bertambah baik. Vitamin itu juga berkata bagi meningkatkan keseimbangan hormon di kalangan wanita.

Tauhu : Kaya dengan zat besi. Menurut pakar kesuburan, Hethir Rodriguez, "Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak mendapat jumlah yang mencukupi daripada zat besi boleh mengalami kekurangan ovulasi dan telur yang tidak sihat, yang boleh menghalang kehamilan pada kadar 60% lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi dalam darah mereka. "

Salmon : Kaya dengan Selenium. Mineral ini menghasilkan antioksidan yang melindungi telur dan sperma dari radikal bebas. Ia boleh membantu mencegah kerosakan kromosom yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa selenium juga boleh membuat sperma lebih subur.

Peas : Kaya dengan mineral Zink. Dengan meningkatkan tahap zink pada lelaki tidak subur telah menunjukkan peningkatan tahap sperma, meningkatkan bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan meningkatkan kesuburan lelaki. Bagi wanita, kekurangan zink boleh membawa kepada ketidakseimbangan estrogen dan progesteron.

Mackerel : Kaya dengan Asid Lemak Perlu. Ini adalah penting untuk sistem pembiakan yang kuat di kalangan wanita. DHA, salah satu asid lemak yang ditemui dalam minyak ikan mempunyai kesan yang besar ke atas kesihatan sperma. Kekurangan asid lemak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam membran sperma yang menghalang sperma daripada kematangan yang betul.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Daging merah : Pengambilan daging merah terlalu banyak meningkatkan jumlah ammonia di dalam badan, yang boleh mengganggu implantasi telur di dalam rahim. Daging merah juga boleh memudaratkan bagi lelaki kerana ia meningkatkan keasidan dan menjejaskan aktiviti sperma; sperma prestasi yang lebih baik dalam keadaan beralkali.

Gula halus : Terlalu banyak gula halus boleh menyebabkan penolakan insulin, yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi PCOS - suatu keadaan yang memberi kesan kepada ovulasi dan merupakan salah satu punca utama kemandulan wanita.

Ayam bukan organik : Secara lazimnya, ayam dibesarkan  penuh dengan antibiotik dan hormon, yang boleh  menjejaskan keseimbangan hormon dan kesihatan.

Alkohol : Kajian Denmark mendapati pengambilan alkohol mempunyai kesan yang besar ke atas kemandulan di kalangan wanita yang berumur lebih daripada 30 yang minum lebih daripada tujuh minuman seminggu.

Cadangan Set Kesuburan Shaklee : http://bit.ly/1vIPdZK

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com

Tuesday, 12 August 2014

Mengapa Lelaki Perlukan Mineral Zink Dalam Diet Harian?

Zink adalah mineral penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dan boleh diperolehi melalui sumber makanan atau suplemen. Zink memainkan peranan penting dalam tubuh badan termasuk memudahkan aktiviti enzim, menyokong kesihatan imun, membuat protein dan membantu menyembuhkan luka. Recommended Dietary Allowance(RDA) mengesyorkan untuk lelaki adalah 11 miligram zink sehari.

Selain menyokong keperluan kesihatan asas, zink juga merupakan antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif, termasuk sel-sel sperma. Tidak mendapat zink yang mencukupi dalam diet anda boleh meningkatkan risiko anda sperma berkualiti rendah dan kemandulan, menurut satu kajian 2009 yang diterbitkan dalam "Nutrition Research." Kajian ini mendapati bahawa lelaki dengan tahap yang lebih rendah zink mani mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah, dan juga morfologi sperma tidak normal. Para penyelidik hipotesis bahawa zink memberikan perlindungan kepada sel-sel sperma daripada kerosakan oksidatif, meningkatkan bilangan dan kualiti mereka.

Sperm Morphology


Selain melindungi sel-sel sperma, Zink juga sangat membantu dalam melindungi prostat. Ini kerana kanser prostat adalah punca kedua kematian yang berkaitan dengan kanser pada lelaki Amerika, mengikut Linus Pauling Institute. Prostat yang normal mempunyai tahap yang lebih tinggi zink daripada mana-mana tisu lembut lain dalam badan. Walau bagaimanapun, kanser prostat mempunyai tahap yang lebih rendah zink daripada prostat biasa, yang dilaporkan oleh Institut. Selain itu, mereka yang mendapatkan lebih banyak zink dalam diet mereka juga cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih rendah daripada kanser prostat. Sebagai antioksidan, zink boleh melindungi prostat daripada kerosakan sel. Zink juga merupakan anti-radang dan membantu menggalakkan kematian sel-sel kanser.

Perbezaan Shaklee Zinc Complex


Harga RM 33.75
1 botol ada 120 biji
Makan 1 biji setiap hari sebelum sarapan
Tahan 4 bulan


  1. Dirumuskan dari zinc glukonat semualajdi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan Zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.
  2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang dan berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Monday, 11 August 2014

Vitamin E untuk lelaki kerana...

Biasanya kita dengar Vitamin E ni untuk kecantikan kulit kan. Untuk hilangkan parut jerawat, jeragat dan sebagainya. Vitamin E juga adalah antioksidan yang melawan radikal bebas serta melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan. Kalau cerita Vitamin E untuk kecantikan kulit ni semua orang tahu. Tapi tak ramai yang tahu Vitamin E ni sangat bagus untuk fungsi seksualiti kaum Adam.

Masalah seksualiti yang biasa dialami oleh lelaki adalah seperti bilangan sperma kurang, sperma tidak normal, kurang stamina dan sebagainya. Bagi mereka yang belum berkahwin mungkin tidak berapa peka tentang masalah ini, tapi masalah-masalah ini adalah satu masalah yang besar bagi mereka yang sudah berkahwin dan merancang ingin mendapatkan zuriat. 

Biasa kita dengar bila sukar mendapatkan zuriat ni isteri yang selalu disalahkan atau isteri yang ada masalah-masalah tertentu, tetapi si suami juga mungkin mempunyai masalah juga. Oleh itu, sekiranya masih belum mendapatkan zuriat sebaiknya suami dan isteri membuat pemeriksaan.

Merujuk kepada kajian penyelidikan yang diterbitkan pada Mac-April 2003  "Archives of Andrology", menunjukkan bahawa peserta kajian yang mengambil 400 mg vitamin E bersama-sama dengan 225 mcg selenium menunjukkan peningkatan keupayaan sperma.

Merujuk kepada MayoClinic.com, keupayaan sperma bergerak memberi kesan kepada kesuburan kerana sperma perlu bergerak jauh ke ovum untuk persenyawaan. 

Begitu juga kekurangan bilangan sperma memberi kesan kepada kesuburan lelaki. Air mani yang sihat harus mengandungi sebanyak 40 juta sperma sihat untuk membolehkan seseorang wanita mengandung. 

Merujuk kepada penyelidikan yang diterbitkan pada Februari 2009 " Journal of the Indian Medical Association ", mencadangkan bahawa kekurangan bilangan sperma berkaitrapat dengan kerosakan akibat daripada radikal bebasVitamin E bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sperma daridaripada kerosakan ini.

Selain daripada itu Vitamin E membantu mencapai atau mengekalkan ereksi cukup lama untuk mempunyai orgasma. 


Perbezaan Shaklee Vitamin E

Harga RM149.00
1 botol 120 biji
1 biji setiap hari
Tahan 4 bulan

  1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (d-alpha tocopheral)
  2. Dilengkapi dengan Grape Seed Extract ( bertindak sebagai anti-cancer dan antioxidant)
  3. Juga dilengkapi dengan Selenium

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com

Saturday, 9 August 2014

Melatih Anak Ke Tandas (Potty Train)


Melatih anak ke tandas atau potty train tidak susah mana. Cuma sebagai ibu bapa memang kena sabar. Masa anak sulung Ida, Syakir menginjak ke usia 3 tahun. Ida dah mula latih dia ke tandas. Mula-mula Ida dah bagi tau lepas ni dah tak boleh pakai pampers. Kalau nak buang air kena buang di toilet. Masa tu dah siap beli seluar dalam yang sesuai untuk dia. Mula-mula Syakir macam kekok skit sebab pakai seluar dalam. Rasa berangin je kot. Hehe. Selama ni kan pakai pampers je. 

Minggu pertama memang cabaran untuk kami suami isteri. Sebab ada 3-4 kali juga dia tercicir kencing sebelum sampai ke toilet. Memang minggu tu sedia pegang mop je la. Haha. Selepas minggu pertama Syakir dah boleh bagi tahu nak buang air kecil. Cepat-cepat angkat dia masuk toilet. Cuma untuk buang air besar Syakir ambil masa agak lama sikit. Sebab dia belum biasa lagi. Sampaikan sembelit juga dibuatnya sebab dia takut nak buang di toilet. Alhamdulillah lepas dua minggu dah ok. 

Masalahnya sekarang waktu tidur Syakir tak kira siang atau malam kena pakai pampers. Sampai sekarang umur dah 4 tahun lebih. Sebab memang sentiasa basah pampers even dah kencing sebelum tidur. Tapi adakalanya Syakir akan bangun tengah malam bagi tahu nak kencing. Mungkin kena cuba inisiatif lain untuk ajar Syakir supaya tak pakai pampers langsung even waktu tidur.

Kalau ibu-ibu yang baca entry ni ada cadangan boleh comment ya. TQIA. 


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Thursday, 7 August 2014

Pendarahan Semasa Awal Kehamilan


Masa mengandung anak kedua Ida mengalami pendarahan semasa awal kehamilan. Masa tu kandungan baru berusia 2-3 bulan. Memang agak terkejut sebab masa mengandung anak sulung Ida tak ada masalah pendarahan dari awal kehamilan sehingga bersalin.

Lepas ada spotting Ida terus ke klinik. Buat ultrasound.  Alhamdulillah baby ok cuma doktor notice ada fibroid tapi tak besar sgt. Doktor ada bagi ubat untuk kuatkan rahim juga. Doktor nasihatkan jangan buat kerja berat dan kena "puasa".

Alhamdulillah selepas next checkup fibroid dah hilang dan spotting pun dah xda. 

Ida nasihatkan sekiranya anda ada mengalami masalah pendarahan semasa awal kehamilan atau sepanjang kehamilan jangan ambil mudah.  Cepat-cepat jumpa doktor.

Kat sini Ida ada google punca pendarahan semasa awal kehamilan. Info untuk bakal ibu terutama sekali yang pertama kali mengandung. 

Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan ‘penebusan’ (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendarahan ‘pelekatan’ telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140223/kn_01/Pendarahan-awal-kehamilan#ixzz39j2WWE19
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com

Wednesday, 6 August 2014

Raya Oh Raya...

Bulan Syawal ni bulan orang kita makan banyak. Setiap kali menziarah rumah semua makanan kita cuba. Betul tak?. Tak salah kalau nak makan tapi kalau dah terlebih makan lain cite pulak nanti. Elok2x baju muat terus tak muat. Elok2x kancing seluar boleh kancing lepas makan kena bukak. hehehe.

Ni la pengalaman beraya setiap tahun. Bila makan dah macam2x nak membuang pulak payah. Mana tak nya bantai minum air macam2x. Air masak memang tolak tepi la kan. Kalau En Husband bila dah makan macam2x masa raya, sebelum tidur confirm telan Herb-lax. Kasi cuci usus. Herb-lax ni pun bukannya makan setiap hari. Makan bila perlu atau 2x seminggu je. Yang perut buncit memang sesuai la kalau nak cuba dan juga yang payah membuang.

Ida teringat start hari raya kedua aritu kena selesema. Sakit tekak pun ada. Macam2x air minum. Sampai tahap bangun jam 3 pagi sebab hidung tersumbat. Sangat tak best kalau nak tidur dengan hidung tersumbat. Lepas tu Ida telan 2 biji Vita-C dua hari berturut-turut. Baru la lega skit. Gara-gara tak bawak Nutriferon balik kpg.

Lepas ni tak nak ngelat dah makan Vitamin C. Bukan je untuk kecantikan kulit tapi elok untuk imun badan kita.

Untuk anda semua raya, raya jugak ye. Makan pun berpada-pada ye. Nanti lepas bulan raya kena pulak diet sebab berat naik berkilo-kilo. v(^_^)v

Harga : RM52.50
1 botol ada 120 biji
Makan 2x seminggu @ bila perlu

Harga: RM92.50
1 botol ada 180 biji
Makan 1 biji setiap hari. 1 botol tahan 6 bulan. Jimat kan??

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Monday, 4 August 2014

Selamat Hari Raya semua !!!


Assalamualaikum semua dan Salam Aidilfitri. 

Belum terlambat rasanya Ida nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Sekejap je dah masuk 8 Syawal. Pastinya semua masih dalam mood beraya kan. Ada juga yang baru start beraya minggu ni kerana perlu bertugas semasa hari lembaran. Apa2x pun perancangan anda semasa hari raya ni Ida doakan semuanya berjalan lancar.

Sebut je pasal hari raya selain kemeriahan suasana hari raya pasti kita semua ternanti-nanti juadah isitmewa kan. Paling best bila ada yang buat open house.

Tapi menjadi masalah apabila baru je hari raya ke berapa seluar dah ketat.  Baju kurung dah sendat. Masa puasa turun 3kg. Masa hari raya naik mendadak 6kg. Apa citer kan.. hehee.

Nasihat Ida pada semua makan tu biar berpada. Kena jaga kalori intake juga ye. Jangan ikut sedap tekak je. 

Lepas hari raya ni set Shape Up la paling glamor. Kalau betul2x berdisiplin inShaAllah akan nampak perubahan tapi kena juga jaga kalori intake, minum air masak banyak dan exercise juga ye.

Dan juga Ida nasihatkan sebelum consume set Shape Up ambil ukuran badan terlebih dahulu. Kerana ada yang tak nampak sgt penurunan berat tapi inci makin kurang. Baju lama dah boleh pakai. Kerana dalam set Shape Up mengandungi Cinch Shake yang membantu membina otot. Otot dan lemak ni sama berat tetapi otot lebih kecil berbanding lemak.

Ok semua. Ingat ye. Masa hari raya kita bina ukhuwah bukannya bina LEMAK ok!!. Hehe. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kosong-kosong. ;)




Klik untuk lihat Set Shape Up: http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...