Saturday, 28 June 2014

6 Sebab Mengapa Perlukan Suplemen


Adakah anda memerlukan suplemen? Ramai yang tertanya pada diri sendiri perlukah saya ambil suplemen. Adakah saya tidak boleh perolehi segala nutrien yang diperlukan dari sumber makanan? Jawapannya "Boleh, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat di persekitaran yang sihat.

Tapi berapa ramai orang di Malaysia yang mengamalkan pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat di persekitaran yang sihat? Ini yang menjadi persoalannya.

Sana sini kita boleh nampak restoren makanan segera. Sana sini kita boleh nampak orang merokok. Sana sini kita lihat keadaan persekitaran yang dicemari. 

Antara sebab mengapa kita perlukan suplemen:

  1. Kekurangan nutrien dalam sumber makanan. Kita tidak akan perolehi nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan hanya dari sumber makanan semata-mata. Kalau 100 tahun yang lepas mungkin ya. Tapi zaman sekarang kebanyakan sumber makanan kita telah diproses dan diubah genetiknya serta penyediaannya yang memusnahkan banyak nutrien yang kita perlukan.
  2. Sistem penghadaman yang tidak sihat. Ramai sebenarnya antara kita yang mengalami masalah pembuangan. Dan kita menganggap ia adalah satu perkara yang normal. Sebenarnya tidak. Bayangkan berhari-hari kita tidak membuang dan toksin terkumpul di dalam usus. Toksin ini akan diserap dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.
  3. Penyediaan makanan yang tidak sihat. Masyarakat kita terkenal dengan penggunaan microwave. Ramai yang suka memanaskan makanan dengan menggunakan microwave. Penggunaan microwave menyebabkan kehilangan nutrien dari makanan. Juga kebanyakan restoren makanan segera menyediakan makanan yang telah siap diproses.
  4. Persekitaran yang tidak sihat. Kita selalu terdedah kepada pencemaran udara. Contoh yang paling mudah berapa ramai orang di sekeliling kita yang merokok. Dan kita sendiri tahu mereka yang menghidu asap rokok lebih merbahayakan kesihatan dari mereka yang menghisap. 
  5. Obesiti. Malaysia berada di tangga ke-6 di Asia Pasifik negara yang paling ramai penduduk yang obes dan negara yang paling ramai obes di South-East Asia. (Sumber The Star Online: Date 16 Jan 2014)
  6. Tekanan. Antara lelaki dan wanita yang mana paling ramai mengalami tekanan? Mengikut The Star Online (bertarikh 19 Julai 2011) wanita di Malaysia berada di tangga ke-16 di dunia yang mengalami tekanan.

Suplemen bukan hanya bila waktu sakit tapi untuk kesihatan berpanjangan.  Ambil suplemen juga berpada-pada dan mengikut keperluan kita.

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...