Thursday, 15 May 2014

PERUBAHAN FIZIKAL KETIKA HAMIL


 

1.    Rahim 

        >>    Menjadi lebih besar.

2.    Kemaluan 

        >>    Mengeluarkan cecair putih dan melekit.

3.    Buah dada 

        >>    Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat.

4.    Jantung 

        >>    Jumlah darah yang dipam oleh jantung akan bertambah. Denyutan jantung setiap minit bertambah. Pertambahan denyutan ini biasanya dapat dirasakan oleh ibu yang sedang mengandung.

5.    Tekanan Darah 

        >>    Tekanan darah akan berkurang ketika hamil tetapi tidaklah terlalu ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama, atau apabila bangun setelah lama duduk.


6.    Paru-Paru 

        >>    Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan, rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Ketika ini, otot otot tubuh lebih memainkan peranan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan dan merehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.


7.    Metabolisme 

        >>    Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan tisu-tisu lemak pada tubuh juga bertambah. Perutnya semakin membesar dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita akan dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan. (biasanya bermula daripada bulan KELIMA kehamilan). Wanita yang mengandung akan merasakan sakit pinggang, sakit kepala dan sukar tidur pada waktu malam. Keadaan  ini. tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.

Perubahan fizikal yang berlaku ini memerlukan persediaan wanita itu sendiri untuk menghadapinya. Di samping berusaha memperolehi nasihat doktor, SUAMI sangat diperlukan untuk membantu isteri yang sedang mengandung. 

Credit : http://hamil.users.50megs.com/ubah_fizikal.html

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
Hp: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...