Tuesday, 29 April 2014

Testimoni Sendiri: Ostematrix@Calcium

Assalamualaikum wbt,

Agak lama tak update blog ni. Hari ni saya nak share testimoni sendiri sebagai pengguna Ostematrix. Saya ibu kepada dua orang anak soleh dan solehah. Semasa mengandungkan anak sulung saya minum susu Anmum dan rajin juga minum Fresh Milk. Walaupun rajin ambil susu tapi kaki kejang masa tidur setiap malam tu tetap ada. Mmg rasa nak menangis bila kena..

Masa mengandung anak kedua saya minum susu Anmum dan tak rajin minum susu sbb masa mengandung kali ni tak berapa selera nak minum susu. Kaki mmg lagi cramp kaw2..

Alhamdulillah selepas bersalin saya kenal Shaklee tapi masa tu belum cuba lagi Ostematrix. Tapi saya perasan sejak bersalin anak kedua saya selalu rasa kebas-kebas kaki berbanding selepas bersalin anak sulung.

Bila saya google salah satu kekurangan kalsium adalah kebas-kebas kaki. Bila nak tidur malam mmg tak selesa bila rasa kebas-kebas ni. So saya decide nak cuba Ostematrix. Alhamdulillah selepas cuba saya nampak kesan yang agak ketara. Kaki dah tak rasa kebas-kebas. Dan sakit belakang makin ansur hilang sbb saya menyusu badan juga. Sakit belakang mmg perkara biasa bagi ibu menyusu sbb kedudukan kita semasa menyusu. 

Yang paling best lagi bila bangun pagi memang lawas buang air besar. Rupanya Ostematrix bukan hanya bekalkan kalsium tetapi bantu melawaskan. Alhamdulillah dah tak payah risau bila payah nak membuang.

Sebenarnya banyak produk kalsium di farmasi, tapi kita sebagai pengguna kena tahu kalsium perlu diambil bersama Vitamin D dan Magnesium. Kerana tanpa Vitamin D dan Magnesium, kalsium semata-mata boleh membebankan buah pinggang dan risiko batu karang.

Pastikan pilihan anda yang bijak. Jangan disebabkan nak murah kita tak fikir soal kesihatan langsung.

Shaklee Ostematrix

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

Hidayah Mohamad
019-983 5090
hidayahmohamad83@gmail.com

Sunday, 20 April 2014

Peranan magnesium untuk kesihatan

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.
Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).
Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rencana/peranan-magnesium-untuk-kesihatan-1.115337

Shaklee Ostematrix





Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Wednesday, 2 April 2014

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium



Mungkin ada yang memandang ringan tentang pengambilan kalsium. Bagi kita kalsium hanya diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Orang dewasa tidak memerlukannya sama sekali. Anda silap sebenarnya. Kita juga orang dewasa amat memerlukan kalsium kerana makin meningkat usia makin banyak kalsium hilang dari badan kita.

Kita tidak akan sedar kita memerlukan kalsium sehingga kita mengalami tanda-tanda kekurangan kalsium seperti:

~Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm

~Saraf:
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih
Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

~Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

~Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering

~Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

    Kekejangan atau kram otot
    sukar/susah nak tidur
    Perasaan berdebar2
    Eczema-penyakit kulit
    Rapuh kuku
    Sakit Sendi
    Tekanan darah tinggi
    Gigi reput
    Paras Kolestrol timggi
    Kebas-kebas kaki dan tangan
    Rheumatiod arthritis
    Rickets

Sumber: http://www.oldtraffords.com/2011/07/tanda-tanda-kekurangan-kalsium.html#ixzz2xmCJPQ00



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...