Monday, 24 February 2014

Terapi Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin


Sakit tulang belakang selepas bersalin adalah sesuatu yang biasa di kalangan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor pencetus gejala ini yang mengganggu taraf kesihatan ibu-ibu selepas melahirkan bayi antaranya ialah :

[1] Semasa Hamil

Terdapat segelintir wanita mengalami masalah ini semasa mengandung. Ia berlaku kerana ketika ini rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan yang mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda yang membuatkan anda berasa amat sakit.

[2] Kesan Proses Bersalin

Tempoh lama untuk anda melahirkan bayi akan memberi kesan kepada bahagian belakang anda. Ini kerana semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda sepenuhnya yang mengakibatkan anda merasai kesannya selepas beberapa bulan bersalin.

[3] Posisi Menyusu Susu Ibu Salah

Cara posisi duduk yang salah semasa memberi susu ibu akan menyebabkan anda sakit bahagian belakang. Ini kerana anda membongkokkan badan ketika badan memberi susu ibu kepada bayi.

[4] Kurang Rehat

Banyak tenaga digunakan semasa dalam tempoh berpantang akibat penjagaan bayi menyebabkan kesakitan selepas bersalin tidak pulih sepenuhnya termasuk sakit belakang.

[5] Angkat Barang Berat

Sikap yang melanggar pantang iaitu melakukan kerja berat seperti mengangkat sofa atau kelengkapan rumah yang lain dan gaya struktur tubuh ketika mengangkat barang boleh menjejaskan otot tulang belakang.

TEMPOH MASA

Masalah ini bergantung pada taraf kesihatan anda dan cara hidup yang sihat. Namun, perkara biasa jika anda mengalaminya untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Tetapi tempoh masa bila akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa kerap anda melakukan senaman untuk menguatkan otot-otot abdomen anda.

PROSES TERAPI

MESTI LAKUKAN !!!

Untuk kembali sihat memerlukan komitmen dan kesabaran. Anda perlu menjalani proses terapi untuk kembali sembuh dan pada masa yang sama mendapatkan nasihat doktor. Pelbagai cara boleh dilakukan iaitu:

[1] Berjalan-jalan

Cara yang amat mudah. Berjalan dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan dengan segera selepas bersalin sama ada bersalin secara normal atau caesarean. Lakukan secara perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu pertama.

[2] Senaman

Setelah anda mulai boleh bergerak aktif sedikit, anda boleh secara beransur-ansur melakukan senaman. Mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot abdominal, dan buat 'pelvic titts' sebagai rutin harian anda. Jika sakit belakang anda semakin sakit segera dapatkan pemeriksaan doktor anda.

[3] Posisi Duduk dan Berdiri

Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda sama ada menyusu botol atau menyusu badan.

[4] Alat Sokongan: Kerusi dan Tilam Khas

Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi (footstool) untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa untuk anda duduk dengan selesa semasa memegang bayi, menyusuinya dan duduk berehat. Juga gunakan tilam yang mempunyai sokongan yang baik untuk tulang belakang. Jika sebelum ini anda meletakkan bantal bahagian tulang belakang untuk meredakan sakit, kini dengan teknologi tilam canggih anda dapat menyusu bayi dengan selesa dan berehat sepanjang malam dengan pnuh berkualiti.

[5] Cara Angkat Barang dengan Betul

Amat digalakkan ketika mengangkat barang, mendukung bayi atau mengambil benda dari lantai hendaklah membengkokkan lutut dan mengangkat barang dengan keadaan belakang tegak dan tidak menunduk. Ramai mendapat sakit belakang kerana cara posisi memegang dan mengangkat barang dalam keadaan salah.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac'14



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

 


Post a Comment