Wednesday, 26 February 2014

6 Cara Ubati Anak-Anak Cara Semula Jadi


Selain menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda boleh menggunakan cara semula jadi dengan menggunakan bahan yang ada di sekeliling untuk mengubati si manja. Bahan-bahan yang disenaraikan ini adalah opsyen terbaik bagi anda yang ingin merawat anak-anak di rumah.

Refluks

Refluks kerap terjadi pada si cilik terutama sekali yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda bolehlah memberikan si manja tiga tahun ke atas gula-gula getah tanpa gula selepas makan kerana ia berupaya mengurangkan asid pada esofagus dan mengurangkan risiko refluks. Awas, jangan biarkan si manja menelan gula-gula tersebut!

Kulit Terbakar Akibat Panas

Apabila bersiar-siar di bawah cahaya matahari terik, kulit si manja boleh terbakar  dan kelihatan gelap. Sapukan lendir daripada isi lidah buaya pada kulit yang terbabit. Tindakan ini akan mengubati kulit terbakar akibat terdedah kepada sinar dan luka matahari dengan cepat kerana kandungan kelembapan yang tinggi.

Mabuk Kenderaan

Mabuk kenderaan menyebabkan rasa tidak selesa seperti pening dan muntah. Si manja yang mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan bolehlah diberikan teh halia setengah ja, sebelum memulakan perjalanan. Maniskan dengan meletakkan madu. Boleh dihidangkan sejuk atau panas.

Alergi Habuk

Tanda-tanda alergi habuk ialah seperti hidung berair, bersin dan mata yang berair. Hal ini boleh dikawal dengan memasukkan makanan yang mengandungi quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam epal, buah beri biru dan bawang besar. Quercetin akan mengurangkan risiko alergi habuk daripada mengganggu anak-anak.

Batuk

Selain mengambil ubat, anda boleh memberikan madu untuk melegakan batuk anak anda. Madu membantu mengurangkan sakit pada tekak dan membolehkan anak menelan dengan mudah. Madu mengandungi antioksidan dan anti bakteria. Berikan madu 30 minit sebelum anak tidur supaya batuk tidak mengganggu tidurnya.

Cirit-birit

Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan makanan berasaskan soya elok diberikan kepada anak yang sedang mengalami cirit-birit. Probiotik seperti Lactobacillus reuteri datau L. reuteri ialah bakteria baik yang menggantikan tempat bakteria jahat di dalam perut anak anda.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac'14


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...