Wednesday, 5 February 2014

5 KEBAIKAN KURMA SEMASA HAMIL


Kita biasa makan kurma waktu bulan puasa je kan. Sebenarnya banyak khasiat kurma ni dan sangat elok diamalkan oleh ibu-ibu hamil. Antara khasiatnya adalah:

[1] Penuh zat besi

Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

[2] Kaya khasiat

Di dalam kurma, ia mengandungi protein (1.8% - 2%), serat (2% - 4%), glukosa (50% - 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.

[3] Mudah kenyang

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah, anda mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan.

[4] Tinggi potassium

Kandungan potassium sememangnya pentung untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim.

[5] Mudahkan proses bersalin

Kurma boleh membantu anda memudahkan proses berslin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses berkenaan.

Sumber: Majalah Pa&MA Edisi Jan 2014

 


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...