Wednesday, 26 February 2014

Saya adalah PEROKOK & PEMBUNUH

Saya berumur 15 tahun dan masih lagi di bangku sekolah. Saya mempunyai ramai rakan-rakan di sekolah. Rakan-rakan saya kebanyakkan adalah PEROKOK walaupun mereka masih di bangku sekolah. Saya bersyukur sebab MASIH lagi belum terjebak.

TAPI...

Pengaruh rakan sebaya rupanya lebih kuat dari iman saya sendiri. Pada mulanya, rakan suruh cuba hisap 1 batang. Lama kelamaan 2 batang dan akhirnya 20 batang dalam masa 2-3 hari.

Menginjak ke usia remaja dan alam pekerjaan tabiat merokok saya masih belum berkurangan malah LEBIH TERUK akibat TEKANAN di tempat kerja.

Alhamdulillah...

Akhirnya saya dipertemukan dengan wanita yang boleh terima saya seadanya. Hidup kami sangat bahagia dan kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel dan sihat.

Malangnya tabiat merokok saya masih seperti dulu...

Tidak beberapa lama kemudian isteri saya mula jatuh sakit. Telah bermacam-macam ikhtiar saya lakukan untuk pulihkan isteri. Akhirnya doktor mengesahkan isteri saya menghidap KANSER PARU-PARU tahap ke-3.

Saya dapat rasa seperti ada batu besar yang menghempap kepala saya...

TABIAT MEROKOK saya menjadi punca isteri saya sakit...

SAYA ADALAH PEMBUNUH KEBAHAGIAAN KAMI !!!

Betul kata pepatah " Menyesal kemudian tiada gunanya".

Cerita ini hanya rekaan semata-mata sebagai peringatan kepada kita bahawa MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN DIRI KITA DAN JUGA KELUARGA KITA. BUANGLAH TABIAT MEROKOK DEMI ORANG YANG TERSAYANG.

***********************************************

Jadi.. bagaimana Vivix boleh membantu PEROKOK???

>>> Vivix adalah antioksidan tinggi yang dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.

>>> Vivix adalah antioksidan yang mampu mengurangkan pengaruh merokok di samping mengurangakn ketagihan nikotin.

>>>  Vivix adalah antioksidan  yang membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.

>>> Vivix adalah antioksidan yang membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin.

Nahhh... tunggu apa lagi... masih nak berfikir panjang????

Ingin teruskan berfikir panjang sepanjangnya atau anda ingin menjadi punca orang lain pula yang sakit????

BERTINDAK SEKARANG ATAU DIAM SELAMANYA????

Vivix boleh membantu anda diiringi dengan NIAT dan USAHA dari anda juga.

Grab it nowww..

Hidayah Mohamad
SID: 889076
019-983 5090

6 Cara Ubati Anak-Anak Cara Semula Jadi


Selain menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda boleh menggunakan cara semula jadi dengan menggunakan bahan yang ada di sekeliling untuk mengubati si manja. Bahan-bahan yang disenaraikan ini adalah opsyen terbaik bagi anda yang ingin merawat anak-anak di rumah.

Refluks

Refluks kerap terjadi pada si cilik terutama sekali yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda bolehlah memberikan si manja tiga tahun ke atas gula-gula getah tanpa gula selepas makan kerana ia berupaya mengurangkan asid pada esofagus dan mengurangkan risiko refluks. Awas, jangan biarkan si manja menelan gula-gula tersebut!

Kulit Terbakar Akibat Panas

Apabila bersiar-siar di bawah cahaya matahari terik, kulit si manja boleh terbakar  dan kelihatan gelap. Sapukan lendir daripada isi lidah buaya pada kulit yang terbabit. Tindakan ini akan mengubati kulit terbakar akibat terdedah kepada sinar dan luka matahari dengan cepat kerana kandungan kelembapan yang tinggi.

Mabuk Kenderaan

Mabuk kenderaan menyebabkan rasa tidak selesa seperti pening dan muntah. Si manja yang mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan bolehlah diberikan teh halia setengah ja, sebelum memulakan perjalanan. Maniskan dengan meletakkan madu. Boleh dihidangkan sejuk atau panas.

Alergi Habuk

Tanda-tanda alergi habuk ialah seperti hidung berair, bersin dan mata yang berair. Hal ini boleh dikawal dengan memasukkan makanan yang mengandungi quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam epal, buah beri biru dan bawang besar. Quercetin akan mengurangkan risiko alergi habuk daripada mengganggu anak-anak.

Batuk

Selain mengambil ubat, anda boleh memberikan madu untuk melegakan batuk anak anda. Madu membantu mengurangkan sakit pada tekak dan membolehkan anak menelan dengan mudah. Madu mengandungi antioksidan dan anti bakteria. Berikan madu 30 minit sebelum anak tidur supaya batuk tidak mengganggu tidurnya.

Cirit-birit

Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan makanan berasaskan soya elok diberikan kepada anak yang sedang mengalami cirit-birit. Probiotik seperti Lactobacillus reuteri datau L. reuteri ialah bakteria baik yang menggantikan tempat bakteria jahat di dalam perut anak anda.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac'14


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Tips Kekalkan Penghasilan Susu Ibu


Minum Air

Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada 3 liter sehari.

Grooming

Ketika menyusukan anak, belailah dia. Langkah sebegini bagus kerana tanpa disedari anda sebenarnya sedang merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Pam Lebih Lama

Bagi anda yang masih lagi mengepam payu dara untuk menghasilkan stok susu ibu untuk kegunaan anak yang berusia lebih dua tahun, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15-20 minit untuk setiap belah payu dara. Yang penting, pastikan payu dara benar-benar kosong.

Urutan Payu Dara

Urutan di bahagian payu dara sememang baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payu dara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac'14


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras


Tuesday, 25 February 2014

5 buah-buahan baik untuk kehamilan

[1] Aprikot

Buah ini mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. Selain daripada itu, penghasilan kolagen yang ada pada buah aprikot juga mampu membantu anda mencegah masalah penuaan awal.

[2] Pisang


Sememangnya ramai mengetahui, buah ini kaya dengan vitamin dan kalium. Oleh yang demikian pisang dapat membantu anda menghindar masalah selulit.

[3] Buah naga


Kandungan vitamin C yang banyakd di dalam buah naga sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ditambah pula ia kaya dengan vitamin B3 yang turut berfaedah membantu anda melembapkan kulit sepanjang masa.

[4] Tembikai


Kesegaran yang dapat dilihat pada buah ini dipercayai dapat membantu mana-mana wanita hamil yang mengalami morning sickness mengelakkan diri daripad amengalami masalah dehidrasi pula.

[5] Kurma

Buah yang tinggi kandungan khasiat makanan ini seperti kalsium, besi, kalium, magnesium dan lain-lain lagi dapat membantu anda mendapat tenaga tambahan. Apatah lagi, ia boleh membuatkan anda kekal segar sepanjang mengamalkan pemakanan buah ini sewaktu hamil.

Sumber : Majalah Pa&Ma Mac'14



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Monday, 24 February 2014

Terapi Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin


Sakit tulang belakang selepas bersalin adalah sesuatu yang biasa di kalangan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor pencetus gejala ini yang mengganggu taraf kesihatan ibu-ibu selepas melahirkan bayi antaranya ialah :

[1] Semasa Hamil

Terdapat segelintir wanita mengalami masalah ini semasa mengandung. Ia berlaku kerana ketika ini rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan yang mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda yang membuatkan anda berasa amat sakit.

[2] Kesan Proses Bersalin

Tempoh lama untuk anda melahirkan bayi akan memberi kesan kepada bahagian belakang anda. Ini kerana semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda sepenuhnya yang mengakibatkan anda merasai kesannya selepas beberapa bulan bersalin.

[3] Posisi Menyusu Susu Ibu Salah

Cara posisi duduk yang salah semasa memberi susu ibu akan menyebabkan anda sakit bahagian belakang. Ini kerana anda membongkokkan badan ketika badan memberi susu ibu kepada bayi.

[4] Kurang Rehat

Banyak tenaga digunakan semasa dalam tempoh berpantang akibat penjagaan bayi menyebabkan kesakitan selepas bersalin tidak pulih sepenuhnya termasuk sakit belakang.

[5] Angkat Barang Berat

Sikap yang melanggar pantang iaitu melakukan kerja berat seperti mengangkat sofa atau kelengkapan rumah yang lain dan gaya struktur tubuh ketika mengangkat barang boleh menjejaskan otot tulang belakang.

TEMPOH MASA

Masalah ini bergantung pada taraf kesihatan anda dan cara hidup yang sihat. Namun, perkara biasa jika anda mengalaminya untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Tetapi tempoh masa bila akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa kerap anda melakukan senaman untuk menguatkan otot-otot abdomen anda.

PROSES TERAPI

MESTI LAKUKAN !!!

Untuk kembali sihat memerlukan komitmen dan kesabaran. Anda perlu menjalani proses terapi untuk kembali sembuh dan pada masa yang sama mendapatkan nasihat doktor. Pelbagai cara boleh dilakukan iaitu:

[1] Berjalan-jalan

Cara yang amat mudah. Berjalan dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan dengan segera selepas bersalin sama ada bersalin secara normal atau caesarean. Lakukan secara perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu pertama.

[2] Senaman

Setelah anda mulai boleh bergerak aktif sedikit, anda boleh secara beransur-ansur melakukan senaman. Mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot abdominal, dan buat 'pelvic titts' sebagai rutin harian anda. Jika sakit belakang anda semakin sakit segera dapatkan pemeriksaan doktor anda.

[3] Posisi Duduk dan Berdiri

Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda sama ada menyusu botol atau menyusu badan.

[4] Alat Sokongan: Kerusi dan Tilam Khas

Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi (footstool) untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa untuk anda duduk dengan selesa semasa memegang bayi, menyusuinya dan duduk berehat. Juga gunakan tilam yang mempunyai sokongan yang baik untuk tulang belakang. Jika sebelum ini anda meletakkan bantal bahagian tulang belakang untuk meredakan sakit, kini dengan teknologi tilam canggih anda dapat menyusu bayi dengan selesa dan berehat sepanjang malam dengan pnuh berkualiti.

[5] Cara Angkat Barang dengan Betul

Amat digalakkan ketika mengangkat barang, mendukung bayi atau mengambil benda dari lantai hendaklah membengkokkan lutut dan mengangkat barang dengan keadaan belakang tegak dan tidak menunduk. Ramai mendapat sakit belakang kerana cara posisi memegang dan mengangkat barang dalam keadaan salah.

Sumber: Majalah Pa&Ma Mac'14



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

 


Thursday, 20 February 2014

Panduan Pemakanan Seimbang

Amalan pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting berikutan bayi dalam kandungan bergantung harap kepada anda.

Sering kali, ibu hamil disarankan untuk mengutamakan pemakanan sihat dan seimbang agar kesihatan bayi dan dirinya sendiri kekal di tahap yang paling optimum sepanjang tempoh kehamilan. Oleh sebab itulah, menu makanan seharian anda seharusnya mengandungi zat pemakanan seimbang seperti karbohidrat, protein, kalsium, zat besi, asid folik, beta karotena, asid lemak omega-3, vitamin A, B kompleks dan C.

Sepanjang hamil, biasakan diri anda dengan mengambil produk tenusu seperti susu, keju dan dadih kerana di dalamnya terkandung kalsium, Vitamin A dan protein. Selain daripada susu lembu anda boleh mengubah selera dengan mengambil susu kambing yang segar tetapi pastikan ia dipasteur terlebih dahulu. Jika tidak, anda boleh mencuba susu kambing dalam bentuk serbuk.

Produk kacang soya seperti air soya, tempe, tauhu juga kaya dengan kalsium dan mengandungi zat besi. Kekacang kering pula bagus diambil sebagai kudapan. Contohnya badam, pistachio, walnut kerana ia mengandungi kalsium, zat besi dan folat.
Anda disarankan mengambil sumber protein yang terdiri daripada daging ayam atau lembu tanpa lemak kerana ia kaya dengan zat besi daj vitamin B kompleks. Begitu juga dengan ikan dan telur juga mengandungi banyak protein.

Seimbangkan menu makanan anda dengan mengambil sayur-sayuran terutamanya yang berdaun hijau gelap seperti sawi, bayam, kailan dan brokoli juga. Sayur sebegini penuh dengan khasiat zat besi, vitamin B kompleks dan beta karotena. Sama juga halnya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna warni seperti jambu, betik, kiwi, limau, tomato dan lobak merah yang tinggi kandungan vitamin C dan beta karotena.

Bagi mendapatkan omega-3, amalkan pengambilan ikan salmon dan jenis ikan berminyak yang lainnya. Selain itu, minyak biji rami (flaxseed oil) juga dipercayai mengandungi sumber omega-3 yang baik untuk perkembangan otak si manja di dalan kandungan.

Dalam pada itu, kurangkan pengambilan manisan seperti gula, gula-gula, biskut, kuih muih, coklat dan minuman manis. Ini kerana kandungan zat pemakanan di dalamnya adalah sedikit ataupun langsung tiada. Ia perlu dihindari kerana anda mudah mengambilnya secara berlebihan kerana ia tidak mengenyangkan. Sehubungan itu, hadkan juga makanan ringan, makanan segera dan makanan yang mengandungi pewarna, perasa serta bahan pengawet.

Sumber : Majalah Pa&Ma Mac'14



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Wednesday, 19 February 2014

Cara Semula Jadi Turunkan LDL


Sebut saja kolestrol, yang terbayang di fikiran adalah pelbagai jenis penyakit kronik terutama jantung. Apa pun, usah bimbang sekiranya paras kolestrol jahat atau LDL anda agak tinggi kerana ia boleh diturunkan dengan mengatur pola makan selain pengambilan ubat-ubatan (bergantung pada keadaan). Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mengurangkan pengambilan lemak tepu sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Oat

Oat bran adalah lapisan paling luar biji oat yang boleh dimakan dan lebih halus dari oatmeal. Makanan yang kaya serat beta-glucan ini boleh menurunkan kadar LDL menjadi 10,20 dan 30 mg/dl.

Falxseed

Falxseed dengan kandungan karbohidrat rendah ini mudah dicerna, kaya serat dan boleh menurunkan LDL. Anda boleh menaburkan flaxseed dalam pelbagai makanan harian.

Kekacang

Pilih kekacang yang belum diproses atau dicampurkan dengan garam. Pengambilan ALmond atau kekacang lain satu perempat hingga setengan cawan sehari mampu menurunkan LDL. Kekacang yang masih semula jadi ini kaya serat dan membuat anda cepat kenyang.

Niasin

Niasin atau vitamin B3 efektif menurunkan LDL sebagai ubat statin. Namun niasin juga boleh didapati daripada makanan bukan sebagai suplemen atau ubat. Seperti kulat, ikan tuna, ikan salmon, dada ayam, asparagus, daging rusa, daging lembu dan telur.

Hindari makanan berasaskan tepung gandum

Untuk menurunkan kadar LDL, sebaik-baiknya hindari makanan yang dibuat dari tepung seperti roti, pasta, bijirin yang bukan berasal dari oat.

Hindari makanan dengan indeks glisemik tinggi

LDL boleh direndahkan jika anda mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti makanan manis, minuman ringan, kuih muih, kentang dan nasi putih.

Sumber kacang soya

Makanan kaya dengan soya juga boleh menjadi pilihan lain menurunkan LDL. Selain tauhu atau tempe, susu soya juga boleh dijadikan pilihan.

Sumber: Majalah iSihat Mac'14



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras



Thursday, 13 February 2014

10 Makanan Yang Baik Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Rambut


Seperti tubuh anda, rambut juga memerlukan keperluan protein,vitamin,mineral dan minyak untuk sihat. Selain rawatan di salun rambut yang bersifat luaran, sebenarnya kecantikan dan kesihatan rambut juga bermula dari dalam. Siapkan diri dan buat catatan untuk ke pasaraya berdekatan, berikut adalah senarai makanan paling bermanfaat untuk kecantikan rambut anda.

Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja kaya dengan protein, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang akan menghasilkan sel darah merah kemudian menyalurkan oksigen ke folikel.
Berapa banyak diperlukan?
Lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu.

Flaxseed
Flaxseed sangat kaya dengan lignan, tumbuhan berasaskan kimia yang bertindak sebagai antioksida. Malah ia turut bermanfaat sebagai penyubur rambut kandungan kerana lemak asid tumbuhan yang terdapat padanya.
Berapa banyak yang diperlukan?
Kisarkan ia sehingga benar-benar hancur dan campurkan ia bersama hidangan salad anda dalam kuantiti satu sudu makan setiap hari.

Telur organik
Diperkaya dengan protein, telur organik mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan pada rambut.
Berapa banyak digunakan?
Pengambilan telur sebiji dalam sehari sudah cukup memadai untuk kalori serta kesihatan rambut anda.

Kacang lentil
Lentil membekalkan tiga jenis sumber vitamin B yang penting iaitu bioton, folat dan vitamin B6. Begitu juga protein, zat besi dan zinc, yang bertindak sebagai anti keradangan.
Berapa banyak yang diperlukan?
1 cawan, tiga atau empat kali seminggu.

Minyak zaitun
Polifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan, yang mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia anda semakin meningkat. Di samping itu juga, minyak zaitun kaya dengan lemak sihat.
Berapa banyak diperlukan?
Campurkan pada salad atau gunakan ia sebagai sos pada roti, satu sudu makan setiap hari sudah memadai.

Daging lembu organik
Daging lembu organik adalah daging darippada lembu yang diternak secara meluas dan pemakanannya dititik beratkan iaitu hanya dari hasil alam semulajadi yang bernutrisi seperti rumput segar dan herba, bijirin, bahan sisa pertanian dan banyak lagi. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding mana-mana bahan makanan yang mana ia diserap dan diproses dengan baik oleh tubuh.
Berapa banyak yang diperlukan?
Walaupun ia daging yang baik berbanding daging biasa, tidak bermakna anda boleh memakannya sesuka hati. Empat auns setiap minggu sudah mencukupi.

Kubis
Folat, merupakan asas kepada vitamin B yang membantu menyuburkan sel rambut dan bertindak sebagai ‘bintang utama’ di antara kesemua jenis makanan yang terdapat dalam senarai ini. Harus diingat, kekurangan folat menyumbang kepada rambut gugur dan masalah rambut beruban. Kubis mengandungi zat besi dan kunci mineral seperti magnesium dan zink.
Berapa banyak diperlukan?
Dua cawan setiap hari.

Kuinoa
Tumbuhan ini sangat kaya dengan biotin, sejenis vitamin B kompleks yang diketahui dapat menguatkan rambut yang lemah. Bijian kaya dengan protein ini merupakan pilihan tepat dan sangat baik untuk semua terutama mereka yang sensitif atau alah pada gluten.
Berapa banyak yang diperlukan?
3/4 cawan setiap hari.

Kacang walnut
Kepada penggemar kekacang? Ini sudah pasti berita gembira. Selain menjadi snek kegemaran, walnut sangat baik dan berfaedah pada rambut kerana ia kaya dengan zinc dan lemak asid.
Berapa banyak diperlukan?
Memandangkan ‘snek’ kegemaran anda kaya dengan kalori, ini bermakna anda perlu hadkan jumlah pengambilan anda kepada 1/4 cawan sahaja dalam sehari.

Yogurt yunani (greek yogurt)
Pengambilan yogurt jenis ini disifatkan sebagai pilihan alternatif bijak berbanding yogurt yang mengandungi pemanis, pewarna dan pelbagai rasa yang ditawarkan di mana-mana pasar raya. Kandungan kalsium yang tinggi pada yogurt yunani yang tidak bergula iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadapam dan meransang sistem imunisasi. Tahukah anda bahawa kekurangan sedikit dari robust sistem imunisasi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut?
Berapa banyak diperlukan?
1 cawan sehari.




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Perubahan Kuku Tanda Berpenyakit


TAHUKAH ANDA…

Perubahan Kuku Tanda Berpenyakit. Kuku adalah sebahagian daripada badan yang boleh membantu menentukan kesihatan seseorang. Kuku yang sihat biasanya berwarna merah jambu dengan permukaan yang berkilat.
Anda perlu berhati-hati apabila terdapat perubahan seperti tompok berwarna putih atau kekuningan, kerana ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan.
Perubahan-perubahan lain seperti warna kuku pucat, putih, biru atau kuku yang bentuk berombak juga isyarat kehadiran masalah dalam badan. Beberapa penyakit yang menyerang hati, paru-paru, dan jantung juga dapat dilihat daripada perubahan dalam kuku.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda untuk melihat tanda penyakit daripada kuku, seperti yang dilaporkan oleh laman WebMD:

1. Kuku putih
Jika warna kuku anda kebanyakannya putih dengan tepi gelap, maka ini boleh menjadi tanda-tanda penyakit hati seperti hepatitis. Masalah hati lain menandakan warna kuku kekuningan.

2. Kuku Pucat
Kuku pucat adalah petanda penyakit seperti anemia, penyakit hati, kekurangan zat makanan, dan kegagalan jantung kongestif.

3. Kuku Kuning
Salah satu tanda biasa ialah apabila kuku kuning jangkitan kulat. Apabila jangkitan menjadi lebih teruk, kemudian menebal dan rapuh. Dalam beberapa kes, kuku kuning menunjukkan penyakit tiroid, paru-paru, kencing manis, atau psoriasis

4. Kuku kebiruan
Kuku kebiruan menunjukkan badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ini boleh menunjukkan jangkitan paru-paru, seperti pneumonia. Beberapa masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku kebiruan.

5. Kuku Beralur
Apabila permukaan kuku yang beralun atau kasar, ia menjadi tanda awal inflammantory psoriasis atau arthritis (radang sendi). Satu lagi perubahan yang biasanya berlaku ialah, kulit di bawah kuku kelihatan merah ke perang.

6. Kuku pecah atau berpecah
Kuku kering dan rapuh sering dipecahkan, tanda penyakit tiroid. Kuku kekuningan yang memecah masuk ke tanda-tanda jangkitan yis.

7. Kuku bengkak dan bengkok
Apabila kulit di sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ia adalah tanda-tanda keradangan lipatan kuku. Gejala-gejala ini boleh berlaku akibat lupus atau kerosakan kepada sambungan rangkaian yang lain. Jangkitan juga boleh menyebabkan kemerahan atau keradangan lipatan kuku.

8. Garis-garis hitam di bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa secepat mungkin. Garisan menegak berwarna hitam pada kuku boleh menjadi tanda melanoma, sejenis kanser kulit yang paling bahaya.

9. Kuku sering menggigit
Kuku menggigit mungkin tidak lebih daripada tabiat lama. Tetapi dalam sesetengah kes ia menunjukkan kebimbangan yang terus wujud. Kuku menggigit boleh dikaitkan dengan gangguan psikiatri dan tingkah laku obsesive-kompulsif. Jika tidak boleh berhenti, anda perlu segera berjumpa doktor

Walau bagaimanapun hanya sebahagian kecil. Bahagian pertama kuku tidak berubah jika apa-apa yang berlaku kepada badan. Perubahan kuku juga lulus yang sama dalam semua orang. Tidak semua orang yang berkuku putih mempunyai diabetes. Jika anda bimbang dengan mengenai kuku anda, ia adalah baik untuk segera melawat dermatologis.

Sumber: http://ritz.my/perubahan-kuku-tanda-berpenyakit/



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Wednesday, 5 February 2014

Penyakit Anemia




Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, dietseumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung,limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan

Berapa banyak satu sajian?

Susu dan produk tenusu


1 keping keju atau

1 gelas susu rendah lemak

atau 2/3 cawan susu sejat atau

4 sudu makan susu tepung

Ikan, ayam, daging dan kekacang

1 ketul kepak ayam atau

1 ekor ikan kembung atau

2 ketul daging tanpa lemak (7.5 cm x 9.0cm 0.5) atau

2 ketul hati ayam atau

1 cawan isi kerang atau

2 ekor sotong atau

2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala atau

2 keping tempe/tauhu atau

2 biji telur atau

1 cawang kacang kuda/dal atau

1 cawan kekacang kering/panggang

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah

1/2 biji jambu batu/pir atau

1 potong betik/nanas/tembikai atau

1 biji epal/lai/mangga/ciku atau

4 biji prun atau

1 sudu makan kismis

Sayur

1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batang dimasak atau

1/2 cawan sayur-sayuran berbuah (dimasak) atau

1 cawan ulam

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin

2 senduk/1 cawan nasi atau

2 keping roti atau

2 keping roti bijirin penuh atau

1/12 cawan bihun direndam atau

2 cawan bubur nasi atau

1 cawan keledek/keladi/ubi kayu atau 6 keping biskut krim kraker atau

2 biji ubi kentang atau

2 keping putu mayang

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
http://anizyn.blogspot.com/2011/12/penyakit-anemiapenyakit-kurang-darah.html 

Suplemen untuk penyakit Anemia



[1] Vitalea : Mengandungi zat besi yang membantu membentuk hemoglobin.
[2] B-complex : Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
[3] Sustained Release Vita-C Plus : Membantu penyerapan zat besi, asid folik dan B12.



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...