Friday, 17 January 2014

Tips Kuruskan Badan Dengan Bajet Rendah






Sana sini orang bercerita tentang produk kuruskan badan. Ada bermacam-macam jenama di internet juga di televisyen. Ada yang menggunakan artis sebagai duta juga. Juga ada tawaran slimming yang menggunakan alat-alat tertentu. Dan semua ini menelan belanja kos yang agak mahal. Tidak semua orang ada bajet lebih dalam menguruskan badan. Bagi yang kurang bajet, anda cuba tips-tips berikut:


[1] Pilih Barangan Double Duty atau Punyai Dua Fungsi

Sebagai contoh, pisang kaya dengan serat dan mengandungi kalium. Begitu juga dengan kekacang. Selain terdiri daripada pelbagai jenis, ia juga merupakan sumber serat dan protein yang murah. Bagi menguruskan badan, kita perlu bijak memilih makanan yang mempunyai pelbagai sumber khasiat dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

[2] Makan Buah-Buahan Yang Tidak Bermusim

Kita masih mempunyai pilihan untuk mengambil buah-buahan yang boleh didapati sepanjang tahun seperti pisang, betik, jambu batu, nanas dan juga tembikai. Selain kaya dengan nutrisi dan membolehkan kita memnuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh, ia juga murah dan mudah didapati di kebanyakan gerai dan kedai.

[3] Pelbagaikan Makanan

Seimbangkan di antara mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan memastikan paras kalori yang kita ambil adalah rendah. Sumer kalium yang murah sebagai contoh ialah kentang, tapi kita perlu mengambilnya sehingga 11 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan kita.
Penyelesaiannya? Ambillah juga sebiji pisang, susu, kekacang dan bijirin bagi setiap hidangan kentang yang kita makan. Tidak mungkin kita mendapat sehingga 4,700 miligram yang diperlukan, tapi kita masih berada di tahap yang betul.

Sumber: Majalah iSihat Edisi Januari 2014




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak


Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...