Sunday, 12 January 2014

KANSER SERVIKS. Mungkinkah saya?


Apakah itu SERVIKS?
  • Serviks adalah pangkal rahim.
  • Rahim merupakan bahagian dalam badan wanita di mana bayi membesar

Apakah itu KANSER SERVIKS?

Kanser Serviks atau Kanser Pangkal Rahim adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

Apakah penyebab KANSER SERVIKS?

Penyebab Kanser Serviks tidak diketahui tetapi faktor-faktor risiko untuk mendapat kanser serviks adalah seperti berikut:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) melalui hubungan seks
  • Ramai pasangan seks
  • Memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun
  • Merokok
  • Sejarah jangkitan penyakit kelamin  
Siapakah yang berisiko?

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks.
Apakah gejala-gejalanya?
  • Faraj berair dan berbau
  • Pendarahan melalui farah antara haid
  • Pendarahan dari faraj lepas putus haid
  • Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
  • Sakit semasa hubungan seks

Bagaimana mencegahnya?
  • Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
  • Amalkan hubungan seks yang sihat
  • Tidak merokok 
Bagaimana mengesannya?
  • Lakukan ujian PAP Smear
  • PROSEDUR KOLPOSKOPI; Sejenis mikroskop khas digunakan untuk melihat dinding serviks secara langsung
  • PROSEDUR BIOPSI; Pengambilan sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan makmal 
Apakah Rawatan KANSER SERVIKS?
  • PERINGKAT PRA KANSER; Pembedahan kecil dapat menyembuhkan kanser ini dengan sempurna
  • PERINGKAT KANSER; [1] Pembedahan [2] Radioterapi
Sumber: Risalah KKM






Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...