Monday, 13 January 2014

Hipotiroidisme Kongenital

Seorang bayi yang mengalami Hipotiroidisme Kongenital masih boleh hidup normal. Bayi ini perlu diberi rawatan hormon tiroxin seawal mungkin selepas kelahiran dan perlu diambil sepanjang hayat. Jika bayi menerima hormon lebih awal, tumbesaran yang terbantut, kelewatan perkembangan dan terencat akal boleh dielakkan

Hipotiroidisme Kongenital adalah satu gangguan metabolik di kalangan bayi yang baru dilahirkan di mana ia menyebabkan masalah berkaitan dengan hormon tiroxin (thyroxine).

Kelenjar tiroid terletak di bahagian leher dan ia menghasilkan hormon tiroxin. Hormon tiroxin amat diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan otak serta tumbesaran kanak-kanak.

Di kalangan bayi, ada yang dilahirkan:
  • Tanpa kelenjar tiroid
  • Kelenjar tiroid sebahagian sahaja
  • Kelenjar tiroid yang tidak berfungsi
  • Kelenjar tiroid berada di luar kedudukan yang normal
Sekiranya mana-mana satu keadaan di atas berlaku akan menyebabkan ketiadaaan atau kekurangan hormon tiroxin. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mengalami terencat akal dan masalah tumbesaran fizikal.

Punca Hipotiroidisme Kongenital tidak diketahui. Ia adalah satu keadaan kongenital yang berkaitan dengan masalah genetik. Ianya tiada kaitan dengan gaya hidup atau faktor-faktor risiko ibu sebelum atau semasa mengandung.

Hipotiroidisme Kongenital boleh dikesan melalui ujian saringan darah dari tali pusat bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ujian saringan ini akan dijalankan oleh hospital tempat bayi anda dilahirkan. Jenis ujian saringan yang dijalankan ke atas sampel darah adalah Thyroid Stimulating Hormone (TSH). Sekiranya keputusan ujian ini tidak normal ujian pengesahan akan dilakukan.

Tanda-tanda Hipotiroidisme Kongenital:
  • Raut muka yang kasar (coarse facies)
  • Suara tangisan yang garau
  • Sembelit
  • Perut yang buncit
  • Jaundis neonatal yang berpanjangan
  • Uluran umbilikal
  • Lambat bertindak balas
  • Kulit kering, kasar dan kelihatan pucat
  • Tidak aktif dan banyak tidur
  • Lidah yang besar
  • Terencat akal
  • Tumbesaran terbantut
Peranan Ibubapa bagi memastikan bayi yang dilahirkan telah menjalani ujian saringan untuk mengenalpasti Hipotiroidisme Kongenital.

Jika bayi telah disahkan mengalami Hipotiroidisme Kongenital:
  • Rawatan Hipotiroidisme Kongenital adalah seumur hidup
  • Bawa anak anda untuk rawatan susulan mengikut temujanji yang diberikan
  • Pemeriksaan dan penilaian dijalankan oleh doktor yang merawat adalah diperlukan untuk perkembangan yang normal
Sumber: Risalah KKM





Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
Post a Comment