Saturday, 25 January 2014

Berdosakah menjadi KAYA?


Mungkin ada tanggapan seperti ini. "Kenapa nak kaya? Hidup sederhana dah la.". Ye. Hidup secara bersederhana memang dituntut dalam Islam. Tetapi Islam sendiri menggalakkan kita untuk menjadi kaya. Biar poket tebal tapi hidup secara bersederhana.

Kenapa orang Islam kena KAYA? Banyak sebab mengapa kita kena kaya. Antaranya adalah:

[1] Bagi membantu memperkembangkan agama Islam. Kita boleh beri bantuan kepada sekolah-sekolah tahfiz dan anak-anak yatim. Pernah nampak tak betapa ramai budak-budak tahfiz atau anak-anak yatim yang ke hulur ke hilir minta bantuan?. Ya.. mungkin ada sebilangan antara mereka terlibat dalam sindiket. Tapi hakikatnya ramai lagi yang memerlukan bantuan kita.

[2] Kita boleh bantu orang-orang Islam di negara luar yang sedang berperang. Kita bersyukur kerana negara kita tidak berperang. Tapi pernah terfikir tak apakah nasib saudara seIslam kita yang berada di negara yang sedang berperang. Nak tidur malam pun mereka dalam ketakutan. Kita pula waktu malam masih ada masa untuk lepak di kedai mamak.

[3] Kita juga boleh bantu keluarga kita sendiri terutama sekali ibu dan bapa kita. Sebaik-baik sedekah adalah wang yang kita hulurkan pada ibu bapa kita. Sebagai ibu bapa mereka tidak minta anak mereka balas jasa mereka. Tapi sebagai anak ini sahaja cara untuk membalas jasa mereka selain doa anak yang soleh. Tak teringinkah kita nak tengok ibu bapa kita ke Mekah mengerjakan haji.? Tidak teringinkah kita nak bawa ibu bapa kita berjalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

[4] Bantuan untuk saudara mara. Mungkin ada antara saudara mara kita yang susah. Nak sekolahkan anak pun tak mampu. Dan tak salah untuk kita menanggung persekolahan anak-anak mereka kan..

Lihat betapa banyak perkara yang kita boleh lakukan bila kita KAYA. Dan ini semua adalah SAHAM AKHIRAT kita. Mungkin ada yang lebih kisahkan SAHAM DUNIA dari saham akhirat. Pernah terfikirkan tak cukupkah amalan-amalan kita selama ini untuk dibawa bertemu Allah swt suatu hari nanti?. cukup getar hati saya bila fikirkan perkara ini kerana saya juga hamba Allah yang sgt hina lagi keji. Tak layak untuk syurga Dia tapi saya takut akan neraka Dia..

Waallahualam. Sama-sama kita fikirkan.

-Hidayah Mohamad-
Hamba Allah yang Hina & Keji


Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...