Sunday, 5 January 2014

Alfalfa : "Raja Segala Tumbuhan"


Mungkin ramai yang pernah dengar tentang suplemen Alfalfa. Tetapi tak pernah tahu Alfalfa sebenarnya adalah sejenis tumbuhan herba (yang tidak berkayu) yang hampir sama seperti rumput. Alfalfa sangat kaya dengan nutrisi dan merupakan pusat pengumpulan segala nutrien kerana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah dan mampu menyerap pelbagai zat. Alfalfa telah digunakan di negaa China sejak 2000 tahun sebelum Masihi lagi.

Alfalfa berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud "Raja Segala Tumbuhan". Alfalfa yang didapati di supermarket adalah Alfalfa sprout (biji cambah). Tetapi sebenarnya daun Alfalfa itu yang lebih bernilai. Daun Alfalfa yang digunakan oleh Shaklee dalam menghasilkan Alfalfa Complex. Shaklee memilih daun Alfalfa yang bermutu tinggi yang ditanam di California, USA. Ianya ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Mengapa Shaklee memilih bahagian daun untuk menghasilkan Alfalfa Complex? Ini kerana daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Tumbuhan Alfalfa ini sangat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. Vitamin K diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah. (Bagi mereka yang ada mengambil ubat cair darah dari hospital / klinik, sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil suplemen Alfalfa)

Nak tahu tak? Orang Arab zaman dahulu memberi kuda-kuda mereka makan Alfalfa dan hasilnya kuda-kuda mereka menjadi lebih kuat.

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

  • Bermanfaat dalam mengendalikan kolestrol darah dengan menghilangkan kolestrol jahat dari tubuh. Selain itu, tanaman ini mampu mencegah pembentukan plak di dinding arteri sehingga mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan strok.
  • Mampu menurunkan kadar gula darah.
  • Sifatnya diuretik mampu menghilangkan retensi air dalam tubuh.
  • Berguna mengurangkan gejala menopos kerana sebahagian zat dalam Alfalfa bertindak seperti estrogen.
  • Efektif mengubati asma dan masalah pernafasan.
  • Digunakan untuk mengubati gangguan pencernaan dan untuk detoksifikasi. Ia juga dipercayai efektif mengurangi kekakuan sendi dan otot.
  • Teh Alfalfa dikatakan baik untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan dan menyucikan darah.
 Semoga sedikit sebanyak penerangan tentang tumbuhan bernama Alfalfa ini bermanfaat untuk para pembaca semua.




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...