Saturday, 18 January 2014

15 Sebab Caesarean





Keputusan yang biasa dianjurkan oleh doktor agar anda melahirkan bayi menerusi kaedah pembedahan caesarean adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Ketahuilah, semuanya demi memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan terkawal dan selamat sewaktu proses melahirkan.
Antara punca utama caesarean adalah tiada perkembangan semasa proses bersalin, denyutan jantung bayi dalam kandungan menunjukkan dia lemas, caesarean ulangan dan kedudukan kandungan.
Dalam kebanyakan kes, pembedahan caesareanberlaku atas sebab-sebab kesihatan yang jelas. Ia merupakan pilihan yang paling selamat buat anda dan bayi. Terdapat juga beberapa perkara yang tidak begitu jelas. Keputusan pembedahan yang dicadangkan doktor itu adalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan sepanjang pemeriksaan antenatal.
Berbincanglah dengan doktor yang memeriksa kehamilan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes anda.

Pembedahan Elektif

[1] Caesarean ulangan

Dua atau lebih kelahiran sebelum ini dilakukan melalui pembedahan caesarean. Walau bagaimanapun ramai wanita hamil pada masa kini berjaya menjalani kelahiran normal selepas caesarean (VBAC)

[2] Jangkitan

Hal ini melibatkan jangkitan contohnya seperti herpes atau HIV yang dialami berkemungkinan boleh dipindahkan kepada bayi jika anda memilih untuk melahirkannya secara normal.

[3] Trauma terdahulu

Pengalaman melahirkan bayi secara normal sebelum ini sehingga menimbulkan trauma berkemungkinan menjadi sebab untuk anda dinasihatkan untuk mencuba kelahiran caesarean pula untuk kali ini.

[4] Kedudukan bayi

Kedudukan bayi dalam kandungan adalah melintang atau songsang. Kajian yang telah dilakukan sekitar 1990an di Eropah membuktikan kedudukan bayi tidak normal mengundang banyak masalah yang boleh membahayakan bayi.

[5] Praeklampsia eklampsia

Sekiranya anda menghidapinya, lebih-lebih pada tahap teruk yang telah menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan, usah bertangguh lagi untuk melambatkan proses kelahiran.

[6] Tidak membesar

Apabila tiba satu tempoh di mana bayi tidak lagi membesar seperti yang sepatutnya, maka anda digalakkan memilih untuk bersalin secara caesarean kerana bayi sangat memerlukan kelahiran awal.

[7] Komplikasi penyakit

Bagi anda yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis ataupun tekanan darah tinggi, maka ada baiknya tarikh bersali dipilih agar sebarang kemungkinan buruk dapat dielakkan.

[8] Risiko plasenta praevia

Apabila uri berada di bawah, maka agak suka untuk anda melahirkan bayi secara normal. Oleh sebab itulah kebanyakan doktor menasihatkan anda untuk memilih proses kelahiran secara pembedahan ini.

[9] Kandungan kembar

Sama seperti risiko menghamilkan kembar, proses kelahirannya juga bakal berhadapan dengan risiko-risiko tertentu. Tidak kiralah sama ada ia kembar dua atau lebih dari itu.

[10] Kematian bayi terdahulu

Sekiranya anda pernah melalui pengalaman kehilangan bayi yang melibatkan kematiannya sama ada asebelum atau semasa proses kelahiran, maka anda perlu memilih tarikh untuk bersalin.

Pembedahan kecemasan

[11] Masalah tali pusat

Dalam kes sebegini, tali pusat tergeluncur turun melalui serviks terlebih dahulu daripada bayi. Ini turut dikenali prolaps cord. Hal ini biasanya berlaku selepas ketuban pecah. Ada kemungkinan tali pusat terhimpit lalu mengganggu bekalan oksigen kepada bayi. Risikonya anak boleh meninggal dunia kerana hypoxia.

[12] Terlalu lama

Proses kelahiran anda sangat lama dan perlahan. Hal ini kerana serviks tidak membuka dengan cukup untuk membolehkan bayi anda bergerak turun masuk ke dalam saluran kelahiran.

[13] Masalah uri

Kedudukan uri yang berada di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa anda dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera. Antara lain ialah masalah uri tanggal semasa proses bersalin atau abruptio plasenta yang boleh meletakkan bayi anda dalam lingkungan bahaya.

[14] Lemas

Apabila terdapat perubahan pada degupan jantung bayi semasa proses bersalin, ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan sert-merta. Jika bayi sudah membuang najis (mekonium), ia turut menunjukkan bayi sudah lemas.

[15] Bantuan kelahiran gagal

Percubaan melahirkan bayi secara normal dengan menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep yang gagal menyebabkan anda perlu rela dalam terpaksa untuk melahirkan bayi secara caesarean.

Semoga dipermudahkan proses kelahiran anda nanti. Juga semoga anda dan bayi selamat dan sihat.

Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi Januari 2014





Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak


Post a Comment