Friday, 10 January 2014

15 Penawar Semula Jadi Yang Berkesan

Tidak semua penyakit memerlukan anda segera ke klinik mahupun hospital. Ada sesetengahnya boleh dirawat sendiri di rumah menggunakan bahan sedia ada. Berikut merupakan 15 penawar yang dipetik dari The Big Doctors Book of Home Remedies.

Masalah: Sakit Kepala
Penawar: Pensil

Apabila anda merasa tertekan atau cemas, secara tidak sengaja anda mengetap rahang dan gigi dan ini boleh menyebabkan rasa tegang dan memicu sakit kepala. "Penyelesaiannya letakkan pensil di antara gigi namun jangan sesekali mengigit," ujar Fred Sheftell, Pengarah di New England center for Headache di Stamford.


Masalah: Nafas berbau
Penawar: Yogurt

Penyelidikan awal menunjukkan bahawa bakteria baik dalam yogurt mampu menumpaskan bakteria buruk yang menyebabkan nafas berbau.

Masalah: Melecet
Penawar: Listerine

Penyegar nafas Listerine dalam bilik air anda sebenarnya mampu bertindak sebagai antiseptik terbaik. "Caranya basahkan kapas dengan Listerine dan sau pada bahagian melecet tiga kali sehari sehingga luka kering, " ujar Dr. Janet Maccaro, pakar pemakanan holistik di Scottsdale.


Masalah: Tersedu
Penawar: Gula

"Satu sudu gula yang dimakan secara kering mampu menghilangkan masalah tersedu dalam masa seminit sahaja," ujar Dr. Andre Dubois. Namun pesannya, jangan keterlaluan kerana gula boleh menyebabkan ketagihan.



Masalah: Tekanan darah tinggi
Penawar: Muzik/Ipod

Kajian yang dilakukan Universiti Florence di Itali menunjukkan muzik mampu menjadi penawar kepada masalah tekanan darah tinggi. Cukup hanya tiga puluh minit sehari meluangkan masa mendengar lagu yang memberi ketenangan sambil bernafas perlahan-lahan mampu menurunkan bacaan tekanan darah.


Masalah: Mabuk
Penawar: Buah zaitun/lemon

Pening dan mabuk membuatkan tubuh menghasilkan lebihan air liur yang menyebabkan anda bertambah mual. Bahan di dalam buah zaitun mampu mengeringkan mulut dan memberikan rasa lega. Menghisap lemon juga dikatakan membantu mengatasi masalah ini.


Masalah: Ekzema
Penawar: Minyak zaitun

"Legakan keradangan akibat ekzema dengan menggunakan minyak zaitun di kawasan bermasalah," ujar Christopher Dannaker, pembantu professor di unit dermatologi Universiti California San Francisco. Menurutnya, minyak zaitun adalah asas untuk kebanyakan pelembap. Selain itu, sifat antioksidannya membantu mencegah dan membaik pulih kerosakan kulit yang membawa kepada masalah kedutan dan bintik hitam. Caranya sapukan satu sudu kecil bahan tersebut ke bahagian bermasalah. Untuk masalah lebih serius, balut bahagian yang bermasalah menggunakan plastik semalaman bagi memastikan ia terus lembap.


Masalah: Sakit kaki
Penawar: Bola tenis

Gunakan bola tenis bagi merawat masalah ini. Tanggalkan kasut dan golekkan bola tenis ataupun bola golf di bahagian kaki yang sakit. Bagi masalah kaki yang berdenyut pula, golekkan botol yang berisi ais.


Masalah: Memutihkan gigi
Penawar: Epal

Buah-buahan dan sayur-sayuran rangup sebenarnya bertindak sebagai berus gigi semasa kita mengunyahnya. Menurut Jennisfer Jabow, pakar pergigian dari New York City tindakan pembersihan ini bersifat semula jadi dan bekerja pada enamel gigi bagi membersihkan segala kotoran. Epal juga dikatakan mempunyai asid malic yang membantu memutihkan gigi.


Masalah: Kuku rapuh
Penawar: Minyak sayuran

Punca utama masalah ini adalah kerana kuku yang kurang lembap. Selain menggunakan losyen dengan kerap, mungkin anda boleh mencuba menyapukan minyak sayuran." Lakukan ia pada waktu malam,"ujar Dee Anna Glaser, pakar dermatologi. Untuk kesan maksimun pakai sarung tangan bagi memastikan minyak tersebut menembusi bahagian yang bermasalah.


Masalah: Stres
Penawar: Pudina

Dalam satu kajian yang dibiayai oleh NASA, saintis dari Universiti Wheeling Jesuit melihat tindak balas mengunyah gula-gula pudina terhadap 25 pelajar kolej semasa memandu dalam keadaan trafik yang sesak. Kesimpulannya, responden mengakui kadar keletihan dan kebimbangan menurun sehingga 20 peratus. Rasa kecewa menurun sehingga 25 peratus, kadar tumpuan meningkat sehingga 30 peratus dan 30 peratus pula menyatakan perjalanan terasa lebih singkat. Sekiranya anda tidak gemar untuk mengunyah gula-gula pudina dapatkan aromaterapi pepermint khusus buat kenderaan.


Masalah: Luka
Penawar: Minyak Cengkih

Minyak cengkih amat berguna untuk penyembuhan luka. Taburkan sedikit bagi mengelakkan jangkitan serius di bahagian luka. Di dalamnya terkandung bahan yang dinamakan "eugenol" yang bertindak sebagai antiseptik dan penawar kesakitan.


Masalah: Jangkitan salur kencing
Penawar: Serbuk penaik

Jika anda menghadapi masalah ini pada peringkat awal, solusi ini mungkin boleh membantu. Campurkan lapan aun aur yang dicampur 1/4 sudu teh serbuk penaik. Serbuk penaik menjadikan persekitaran pundi lebih beralkali dan mengurangkan keupayaan bakteria untuk membiak,'ujar Dr Larrian Gillespie professo bahagian klinikal di Los Angeles.


Masalah: Kulit kering
Penawar: Betik

Cara paling mudah untuk merawat kulit kusan dan kasar adalah dengan menggunakan betik. Kisar betik yang dicampur oat dan sapukan pada bahagian bermasalah. Biarkan selama 10 minit sebelum dilapkan dengan tuala basah. Lakukan dua kali sebulan. Enzim yang dinamakan papain terkandung dalam buah ini menjadikan kulit anda lebih lembut, licin dan bercahaya.


Masalah: Corns/Belulang
Penawar: Licorice

"Licorice mengandungi estrogen, bahan yang melembutkan bahagian yang diserang belulang," ujar Dr. Georgianna Donadio, Pengarah di National Institute of Whole Health. Kisar licorice yang dicampur dengan petroleum jelly dan disapukan pada bahagian yang bermasalah dan perlahan-lahan anda akan mendapat hasilnya.


Sumber: Majalah iSihat Edisi November 2013





Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...