Thursday, 9 January 2014

11 Kunci Elak Strok




Jadilah lebih aktif secara fizikal

Tingkatkan senaman anda. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu. Dengan senaman mampu memastikan darah di pam dengan sempurna dan menstabilkan tubuh.

Amalkan diet yang sihat

Elakkan mengambil makanan segera. Apa kata tukar menu anda dengan mengambil buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebagai sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral. Pemakanan yang sihat yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri). Tidak ketinggalan juga gula sebagai pembawa penyakit.
Kekalkan berat badan ideal

Berat badan berlebihan membawa risiko strok. Tidak percaya? Lemak yang berkumpul di dalam tubuh tidak mustahil akan menjadi penghalang untuk darah bergerak lancar. Jika obesiti dan tidak mengawal berat badan pelbagai penyakit lain mudah menghampiri anda. Bukan sahaja strok, malah penyakit lain turut berumah di dalam tubuh anda!.
Jangan merokok

Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal. Amalkan gaya hidup yang sihat bebas rokok bagus untuk kesihatan anda dan juga orang sekeliling.
Hentikan pengambilan alkohol

Hentikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum denan banyka, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekali gus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik.
Pemeriksaan kesihatan

Penyakit hadir tidak mengira waktu mahupun usia. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.
Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil  perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT). Pengambilan pil-pil juga penyumbang kepada strok.

Tidur 7 jam sehari

Kekurangan rehat juga memberikan impak pada emosi dan mood. Terdapat bukti saintifik yang mengatakan apabila seseorang individu itu tidak mendapat rehat secukupnya iaitu kurang tidur pada waktu malam, personaliti mereka mudah berubah. Golongan ini akan mudah menjadi murung, pemarah, kurang sabar dan sangat sensitif. Tidur yang cukup, tujuh jam sehari mampu mengelakkan plak terbentuk dalam arteri, seterusnya membantu menghalang berlakunya serangan jantung dan strok.
Sumber: Majalah iSihat Edisi November 2013





Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...