Friday, 31 January 2014

Obesiti Kini Masalah Besar Di Malaysia


PETALING JAYA: Obesiti perlu ditonjolkan sebagai satu penyakit bagi menunjukkan betapa ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.

Dua persatuan kesihatan mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mewujudkan kesedaran awam berhubung perkara ini.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor berkata situasi masa kini menunjukkan bahawa langkah perlu dimulakan segera kerana terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan.

"Mereka tidak menyedari bahawa ia (obesiti) adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan berfikir bahawa gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai," katanya.

Beliau berkata obesiti merupakan faktor asas bagi penyakit kronik seperti kencing manis.
Obesiti dan berat badan berlebihan adalah antara faktor-faktor berlakunya risiko untuk penyakit kencing manis jenis II dan kencing manis gestasi - yang berlaku semasa kehamilan.

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk kedua-duanya; obesiti dan kencing manis.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya baru-baru ini berkata, terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi di mana kira-kira lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

Gaya hidup yang tidak aktif adalah antara faktor utama bagi peningkatan angka ini.
Dr Mohd Ismail berkata sesetengah ibu bapa menganggap mempunyai anak-anak yang montel adalah gambaran bahawa mereka dijaga dan diberi makan yang secukupnya tetapi mereka tidak sedar bahawa kanak-kanak itu mungkin berlebihan berat badan semasa akil baligh dan ini akan berterusan sepanjang hayat mereka.

"Sekali anda mengalami obesiti, ia akan menjadi masalah sepanjang hayat," katanya.
Beliau berpendapat bahawa pengurangan subsidi dalam barangan seperti gula dan minyak akan memaksa rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan bahan makanan itu.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, walaupun obesiti tidak disenaraikan sebagai punca kematian, ia boleh dianggap sebagai penyakit di Malaysia apabila bercakap tentang bahaya dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam.
"Ini kerana obesiti adalah satu faktor utama yang memberi risiko kepada banyak penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser," katanya.
"Sebab utama saya untuk memanggil obesiti ini penyakit adalah supaya orang ramai lebih sedar mengenai bahaya keadaan.
"Bagaimanapun, saya pasti tidak mahu ia mempunyai implikasi negatif. Sebagai contoh, kanak-kanak dan orang dewasa yang gemuk tidak boleh didiskriminasi," katanya.

Beliau berkata, perkara utama bukanlah sama ada obesiti dilabelkan penyakit atau tidak tetapi untuk semua pihak yang berkepentingan memberi perhatian yang mencukupi ke arah mencegah obesiti berserta komitmen politik yang tertinggi.
"Patut diwujudkan pelan strategik dan pelan tindakan. Perlu ada pendekatan yang sistematik ke arah membanteras masalah ini," katanya.

++++++++++++++++

Namun begitu, mereka yang mengalami masalah obesiti jangan dipandang rendah. Malah kita perlu berusaha membantu mereka. 

Sumber: mStar Online



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Wednesday, 29 January 2014

Keperluan Pemakanan Kanak-Kanak


Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.

1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2.      Jangan sekat anak makan
Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.
Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

3.      Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

4.      Tambah saiz hidangan
Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.

5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.

Sumber: Pa&Ma



Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Adakah Kita Perlukan Suplemen?


Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

Menjaga kesihatan jantung.
  •     Meningkatkan tahap tenaga
  •     Meningkatkan sistem imun tubuh
  •     Menguatkan tulang
  •     Kesihatan mata dan penglihatan
  •     Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  •     Wanita hamil dan menyusu anak
  •     Pengamal diet yoyo
  •     Perokok
  •     Pengamal vegetarian
  •     Pemnium alkohol yang kerap
  •     Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  •     Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  •     Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

Sumber: Pa&Ma




Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090
COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

Tuesday, 28 January 2014

Kekurangan Vitamin D di kalangan wanita Melayu lebih tinggi ??

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Osteoporosis International pada 2009, menganggarkan 50 peratus wanita menopaus di Malaysia tidak cukup vitamin D.


Keadaan yang lebih kurang sama berlaku di Thailand (47 peratus) manakala senario paling teruk adalah pada wanita Jepun dengan peratusan setinggi 90 peratus dan Korea (92 peratus). Semuanya gara-gara mahukan kulit cerah yang dianggap kunci dan asas kepada kecantikan.

Pakar biokimia dari Kanada, Lyle MacWilliam berkata, hasil kajian itu agak mengejutkan kerana perkara ini (masalah kekurangan vitamin D) tidak sepatutnya berlaku pada penduduk negara beriklim tropika yang mendapat banyak sinaran matahari sepanjang tahun.

“Penduduk di negara yang berhampiran garisan Khatulistiwa (seperti Malaysia) sepatutnya memanfaatkan sepenuhnya vitamin percuma daripada cahaya matahari.

“Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan vitamin D ini walaupun sumbernya melimpah-ruah ialah gaya hidup, pemakanan dan budaya setempat. Saya akui kebanyakan orang sekarang memang mengelak daripada berada di bawah pancaran matahari.

“Mungkin ini adalah hasil daripada kempen yang mengajak orang ramai mengelak daripada berada di bawah pancaran matahari terutama pada waktu tengah hari yang dianggap akan membawa kesan negatif seperti kanser kulit. Namun ramai tidak sedar bahawa dengan berada di dalam bangunan pada kebanyakan masa sepanjang siang hari akan menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan vitamin penting ini,” katanya.

Berdasarkan kajian di Asia Pasifik oleh J Clin Nutr pada 2004 yang membandingkan wanita Melayu dan Cina, ia mendapati masalah kekurangan vitamin D di kalangan wanita Melayu lebih tinggi. Kekurangan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

  • Wanita Melayu mempunyai peratusan lemak badan yang lebih tinggi berbanding wanita Cina.
  • Wanita Melayu kurang aktif berbanding wanita Cina.
  • Hanya 46 peratus wanita Melayu kerap bersenam.


    Kekurangan vitamin D tidak hanya berlaku pada wanita kerana ia turut membabitkan lelaki dan kanak-kanak. Kira-kira 50 peratus kanak-kanak di Eropah dan Amerika Utara berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin D. Dianggarkan 40 hingga 100 peratus lelaki warga emas di Eropah juga kekurangan vitamin D, bergantung kepada kedudukan negara dari garisan Khatulistiwa.

    Kira-kira 30 hingga 50 peratus kanak-kanak di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Turki, India dan Lubnan mengalami kekurangan vitamin D yang agak teruk. Kajian yang dilakukan ke atas kanak-kanak prasekolah di Mexico juga mendapati 54 peratus mengalami masalah serupa.

    Di Malaysia, kajian ke atas kanak-kanak sekolah berumur lima hingga 12 tahun di lima sekolah di Kuala Lumpur pada 2011 yang dilaporkan dalam Jurnal Kesihatan Awam BMC mendapati 35 peratus daripada kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D yang serius dan paras vitamin D pada 37 peratus golongan muda itu terlalu rendah untuk menyokong kesihatan yang baik.

    Apa kelebihan vitamin D yang membuatkan MacWilliam begitu beria-ia sehingga sanggup terbang merentasi benua bagi menyampaikan taklimat di beberapa negara?

    Menurutnya, peranan atau fungsi vitamin D bukan hanya untuk kesihatan tulang.
    Ia mempunyai peranan lebih besar yang merangkumi kesihatan badan secara keseluruhan. Penyelidik mengesahkan vitamin D menjadi komponen pelengkap kepada kesihatan dan pengekalan sel badan.


    Kajian terbaru mengesahkan bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam:
  • Metabolisma sel
  • Kesihatan jantung
  • Fungsi sistem imun
  • Sebagai sokongan kepada sistem saraf
  • Mengurangkan keradangan sistemik (yang membabitkan seluruh badan)


    Malah penyelidik di Universiti California kini berasa lebih pasti bahawa kekurangan vitamin D mungkin menjadi punca kepada pelbagai jenis kanser. Malangnya kekurangan vitamin D ini adalah masalah yang sering disalah diagnos dan tidak disedari.

    Kekurangan vitamin D yang sedikit biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala.
    Bagaimanapun, ia boleh meningkatkan risiko sepanjang hayat kepada seseorang untuk mendapat pelbagai penyakit antaranya kanser, penyakit jantung, osteoporosis, kencing manis, sklerosis pelbagai dan gangguan autoimun.

    Malah kata MacWilliam lagi, Malaysia yang terletak hanya tiga darjah di atas garisan Khatulistiwa yang kaya dengan sumber vitamin D percuma mula mencatatkan kes penyakit riket (penyakit kanak-kanak iaitu tulang tidak menjadi keras dan cacat) akibat kekurangan vitamin D.

    Kekurangan vitamin D yang teruk boleh menyebabkan berlakunya kehilangan mineral pada tulang. Individu yang ada masalah ini akan mula mengalami pelbagai gejala seperti sakit pada tulang, keletihan melampau, lebih mudah mengalami keretakan tulang, tulang menjadi lembut, osteoporosis (tulang rapuh), masalah tulang belakang, otot lemah dan mudah kejang, peningkatan tahap kolesterol dan tekanan darah.


    Berapa jumlah vitamin D yang diperlukan?

    Jumlah yang diperlukan setiap orang ialah 10,000 unit antarabangsa (IU) sehari.
    Jumlah ini boleh diperoleh dengan berjemur (dengan pakaian minimum dan tanpa menggunakan krim pelindung cahaya matahari) selama 10 hingga 20 minit sehari ketika cuaca terik sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang supaya kulit boleh mensintesis cahaya matahari kepada vitamin D.

    Bagaimanapun, MacWilliam mencadangkan supaya berjemur lebih lama terutama bagi individu yang kerjanya terperap dalam bangunan berhawa dingin. Malah mereka yang tidak berpeluang berjemur setiap hari disarankan mengambil makanan tambahan yang mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 hingga 2,000 IU vitamin D.

    Wanita menopaus yang mengambil makanan tambahan vitamin D sebanyak 1,100 IU dan 1,500 miligram kalsium setiap hari dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian akibat semua jenis kanser sebanyak 66 peratus. Pun begitu, kita tidak boleh bergantung kepada vitamin saja kerana gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang amat penting untuk mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.


    Adakah berjemur terlalu lama akan menyebabkan berlebihan vitamin D dalam badan?

    Tidak. Badan kita hanya akan menyimpan jumlah vitamin D yang diperlukan saja.
    Vitamin D yang berlebihan daripada cahaya matahari akan dikeluarkan dari badan apabila jumlahnya mencukupi. Bagaimanapun, kita boleh mengalami keadaan berlebihan vitamin D jika mengambil makanan tambahan.


    Apakah kita perlu berjemur di bawah pancaran terik matahari?

    Menurut MacWilliam, vitamin D dipanggil vitamin cahaya matahari kerana ia satu-satunya vitamin yang boleh dihasilkan oleh badan melalui proses fotosintesis. Penyerapan terus cahaya ultra lembayung B (UVB) membekalkan pergerakan fotokimia yang menukarkan prekursor kolesterol kepada vitamin D (juga dipanggil kolekalsiferol) yang kemudiannya akan ditukarkan ke bentuk vitamin D aktif (kalsitriol).

    Justeru, cahaya matahari yang diperlukan adalah cahaya yang terik ketika matahari hampir tegak. Ini berbeza dengan pandangan umum yang mengatakan masa terbaik untuk berjemur pada awal pagi atau lewat petang.

    “Makanan tidak dapat membekalkan vitamin D secukupnya kepada badan tetapi cahaya matahari boleh memberikan semua vitamin D yang kita perlukan tanpa sebarang bayaran. Kita hanya akan dapat cukup vitamin D kalau mengambil tiga hingga empat tin sardin atau makan 50 hingga 100 biji telur setiap hari.

    “Bahkan di Kanada dan Amerika Syarikat di mana kebanyakan makanan diperkaya dengan vitamin D masih mengalami masalah kekurangan vitamin penting ini,” katanya.

    Bagi mereka yang ingin mengambil makanan tambahan, pilih jenama yang dipercayai dan mempunyai prestasi cemerlang. Jangan pilih berdasarkan harga. Bahkan katanya, produk yang ditambah dengan sumber tumbuh-tumbuhan itu lebih baik.


    Tidakkah krim pelindung cahaya matahari itu penting?

    Ya. Ia masih penting khususnya bagi individu yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti pesakit lupus atau ekzema. Pun begitu, mereka masih perlukan cahaya matahari.

    Krim pelindung cahaya matahari yang ada di pasaran kini mengandungi penapis untuk menghalang cahaya ultra lembayung A dan B (UVA dan UVB) daripada menerobos masuk ke dalam kulit.

    Penggunaan krim pelindung dengan SPF8 menghalang keupayaan kulit untuk menghasilkan vitamin D sebanyak 90 peratus manakala krim dengan SPF30 pula menyebabkan keupayaan kulit menghasilkan vitamin ini menyusut 99 peratus.

    Jadi, krim pelindung cahaya matahari boleh disapu selepas anda mendapat vitamin D secukupnya daripada sinaran matahari. Selepas berjemur 10 hingga 20 minit, sapu krim ini untuk mengelakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kerosakan kulit atau penuaan tisu sebelum waktunya.

    “Apa yang penting ialah anda mendapat vitamin D secukupnya dengan berjemur hanya 10 minit sehari. Ia bukan susah dilakukan apatah lagi di Malaysia yang dianugerahkan dengan cahaya matahari terik sepanjang tahun. Selepas 10 minit, anda boleh pakai apa saja krim perlindungan cahaya matahari. Kesihatan dapat, kecantikan juga terjaga,” katanya.

  • Sumber: Hmetro





    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

    Monday, 27 January 2014

    Fungsi Vitamin C Dalam Kehidupan Kita

    Vitamin C ? Mungkin ada yang tak tahu apa sebenarnya fungsi Vitamin C. Vitamin C sangat familiar bagi kaum wanita kerana fungsinya salah satu adalah untuk kecantikan kulit. Sebut soal kecantikan of cos la wanita yang banyak tahu kan.. Tapi ada juga orang lelaki yang arif tentang soal kecantikan ni.

    Jom kita tengok apa sebenarnya fungsi Vitamin C dalam kehidupan kita:

    • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
    • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
    • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
    • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
    • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
    • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
    • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
    • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
    • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
    • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
    • Merawat jangkitan saluran kencing.
    • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
    Tapi tahukah anda Vitamin C sangat rapuh dan mudah musnah apabila suhu tinggi. Ini bermakna apabila kita terkena cahaya matahari maka musnahlah Vitamin C dari badan kita.


    Kelebihan Sustained Release Vita-C Plus


    Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan. 

    Banyak kan 7 1/2 biji oren kita nak makan kalau nak dapatkan 500mg Vitamin C. Nak mudah telah sahaja SR Vita-C Plus.. ;)






    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Taman Maluri, Cheras

    Sunday, 26 January 2014

    Suplemen Vitamin E boleh sebabkan KANSER !!!




    Sesiapa yang pernah terbaca artikel ni mesti terus rasa cuak sebab selama ni dah berbotol-botol telan Vitamin E. Jangan risau.. Jom kita semak label pada botol Vitamin E anda. Badan kita boleh menerima beberapa bentuk Vitamin E. Tetapi hanya satu bentuk Vitamin E sahaja yang benar-benar menepati keperluan tubuh badan kita iaitu alpha-tocopherol.

    Alpha-tocopherol mempunyai lebih dari satu bentuk iaitu d-alpha-tocopherol dan dl-alpha-tocopherol. Nah.. sekarang anda boleh semak label pada botol anda. Yang mana satu? d-alpha ke dl-alpha? Jap lagi saya cerita apa beza kedua-duanya.

    D-alpha tocopherol adalah bersumberkan semulajadi. Juga dikenali sebagai RRR-alpha-tocopherol. D-alpha tocopheral sangat mudah meresap ke dalam tubuh badan kita.

    Manakala dl-alpha tocopheral adalah jenis sintetik dan kurang menyerap ke dalam tubuh badan kita. Peringatan untuk anda semua bagi yang telah beli vitamin E jenis dl-alpha tocopheral diminta untuk tukar ke d-alpha tocopheral. Menurut kajian pada Oct 2011, Journal of the American Medical Assoction melaporkan bahawa pengunaan vitamin E jenis sintetik meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki sebanyak 17%.

    Oleh itu, pastikan pilihan anda yang semulajadi ye. Jangan kerana sayang duit badan sendiri binasa..

    Perbezaan Shaklee Vitamin E

    1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi (d-alpha tocopheral)
    2. Dilengkapi dengan Grape Seed Extract ( bertindak sebagai anti-cancer dan antioxidant)
    3. Juga dilengkapi dengan Selenium
    Selenium is even more effective as an antioxidant when combined with vitamin E, according to the Office of Dietary Supplements. Selenium also helps regulate your thyroid, the small butterfly-shaped gland that controls all the metabolic processes in your body, and keeps your immune system functioning properly. Selenium allows your body to build white blood cells, which help the body fight illness and infection. (Klik di sini  )
     



    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    Saturday, 25 January 2014

    Berdosakah menjadi KAYA?


    Mungkin ada tanggapan seperti ini. "Kenapa nak kaya? Hidup sederhana dah la.". Ye. Hidup secara bersederhana memang dituntut dalam Islam. Tetapi Islam sendiri menggalakkan kita untuk menjadi kaya. Biar poket tebal tapi hidup secara bersederhana.

    Kenapa orang Islam kena KAYA? Banyak sebab mengapa kita kena kaya. Antaranya adalah:

    [1] Bagi membantu memperkembangkan agama Islam. Kita boleh beri bantuan kepada sekolah-sekolah tahfiz dan anak-anak yatim. Pernah nampak tak betapa ramai budak-budak tahfiz atau anak-anak yatim yang ke hulur ke hilir minta bantuan?. Ya.. mungkin ada sebilangan antara mereka terlibat dalam sindiket. Tapi hakikatnya ramai lagi yang memerlukan bantuan kita.

    [2] Kita boleh bantu orang-orang Islam di negara luar yang sedang berperang. Kita bersyukur kerana negara kita tidak berperang. Tapi pernah terfikir tak apakah nasib saudara seIslam kita yang berada di negara yang sedang berperang. Nak tidur malam pun mereka dalam ketakutan. Kita pula waktu malam masih ada masa untuk lepak di kedai mamak.

    [3] Kita juga boleh bantu keluarga kita sendiri terutama sekali ibu dan bapa kita. Sebaik-baik sedekah adalah wang yang kita hulurkan pada ibu bapa kita. Sebagai ibu bapa mereka tidak minta anak mereka balas jasa mereka. Tapi sebagai anak ini sahaja cara untuk membalas jasa mereka selain doa anak yang soleh. Tak teringinkah kita nak tengok ibu bapa kita ke Mekah mengerjakan haji.? Tidak teringinkah kita nak bawa ibu bapa kita berjalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

    [4] Bantuan untuk saudara mara. Mungkin ada antara saudara mara kita yang susah. Nak sekolahkan anak pun tak mampu. Dan tak salah untuk kita menanggung persekolahan anak-anak mereka kan..

    Lihat betapa banyak perkara yang kita boleh lakukan bila kita KAYA. Dan ini semua adalah SAHAM AKHIRAT kita. Mungkin ada yang lebih kisahkan SAHAM DUNIA dari saham akhirat. Pernah terfikirkan tak cukupkah amalan-amalan kita selama ini untuk dibawa bertemu Allah swt suatu hari nanti?. cukup getar hati saya bila fikirkan perkara ini kerana saya juga hamba Allah yang sgt hina lagi keji. Tak layak untuk syurga Dia tapi saya takut akan neraka Dia..

    Waallahualam. Sama-sama kita fikirkan.

    -Hidayah Mohamad-
    Hamba Allah yang Hina & Keji


    Risiko osteoporosis lebih tinggi berlaku pada wanita berbanding lelaki


    Apabila berbincang mengenai osteoporosis atau masalah tulang rapuh, ramai mengaitkannya dengan wanita kerana ia menjadi antara masalah utama terutama selepas menopaus (putus haid).
    Jangan salah sangka, osteoporosis bukan masalah khusus untuk wanita saja kerana lelaki juga turut mengalaminya tetapi kes yang dicatatkan jauh lebih rendah. Mengapa wanita lebih ramai mengalami osteoporosis? Ada banyak sebab.
    Antaranya wanita dilahirkan dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah dan kadar kemerosotan jisim tulang pula berlaku lebih cepat pada wanita berbanding lelaki.

    Hormon estrogen yang mengawal kitaran haid juga memainkan peranan dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang pada wanita dan lelaki. Sebelum menopaus, paras estrogen ini lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan paras hormon jatuh mendadak selepas menopaus.

    Kekurangan hormon inilah yang turut menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

    Dalam kebanyakan kes, tulang menjadi reput dan lemah disebabkan kekurangan kalsium dan fosforus. Kekuatan tulang bergantung kepada ketumpatan tulang yang mempunyai kaitan rapat dengan tahap kandungan garam kalsium, fosforus dan lain-lain garam dalam tulang.

    Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama dengan wanita selepas umur 65 tahun.

    Dalam usia yang lanjut, wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35 peratus hingga 50 peratus ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25 peratus hingga 35 peratus saja.

    Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, osteoporosis adalah penyakit tulang secara keseluruhan yang berlaku apabila kadar ketumpatan tulang menurun membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang.

    Seiring peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis kerana sel tulang sedia ada yang diserap semula oleh tubuh berlaku lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru.

    “Jika mineral tulang berada di bawah 2.5 sd (standard deviation) daripada keadaan tulang normal, individu berkenaan dikira mengalami osteoporosis.

    “Oleh itu, penting untuk mendapatkan pemeriksaan awal kerana penyakit ini menyerang dalam diam serta tidak memiliki gejala awal hinggalah keadaan individu terbabit berada di peringkat serius,” katanya.

    Dr Joseph berkata, tulang mempunyai dua sel saling berkaitan iaitu osteoblas - sel membentuk tulang dan juga osteoklas sel yang memakan tulang.

    Apabila berlakunya osteoporosis, didapati sel osteoklas yang memakan tulang melebihi sel osteoblas yang membentuk tulang.

    Ketidakseimbangan ini membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan apabila berlakunya impak seperti terjatuh ataupun kemalangan.


    Faktor risiko

    Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga berlaku keretakan tulang. Inilah sebabnya kita perlu memberi perhatian kepada faktor risiko osteoporosis seperti:

    Risiko tetap (tidak boleh diubah)
    • Umur.


    • Bangsa - orang Asia dan Eropah lebih mudah mendapat osteoporosis berbanding Afrika.


    • Jantina - perempuan boleh mengalami osteoporosis dua kali ganda berbanding lelaki.


    • Menopaus awal (kurang daripada 45 tahun).


    • Sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis.



    Risiko boleh diubah
    • Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium.

    • Tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

    • Merokok.

    • Pengambilan alkohol ­secara berlebihan.

    • Pengambilan kafein ­berlebihan.



    Tanda dan gejala

    Pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Namun, apabila kerapuhan menyebabkan tulang itu lemah, maka pesakit akan mula menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut:

    • Sakit tulang belakang.
    • Pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok.
    • Keretakan pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain walaupun disebabkan kecederaan kecil.
    Diagnosis

    Proses mengesan osteoporosis menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan menguji ketumpatan tulang.
    • Ujian paling sensitif untuk mengesan osteoporosis adalah melalui kaedah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry).
    • Imbasan CT.
    • Imbasan ultra bunyi.
    Rawatan

    Penggunaan ubat antiresorptive. Ia bertujuan mengurangkan kadar pembuangan tulang lama serta membantu menambah pembentukan tulang baru dalam badan.

    Rawatan anabolic antiosteoporotic. Proses rawatan ini lebih berkesan tetapi ia diberikan secara suntikan bukan melalui pil atau kapsul.

    Dr Joseph berkata, penting bagi individu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa terlalu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

    Antara amalan pencegahan boleh dilakukan:
    • Mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi.
    • Senaman membantu membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang.
    • Jangan merokok.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein

    Katanya, ia bertujuan untuk mengelakkan kesan risiko jangka pendek seperti keretakan tulang akibat hentakan yang minimum seperti terjatuh.

    Untuk kesan jangka ­panjang pula, jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, bengkak dan rasa sakit pada bahagian yang tercedera akan bertambah dan berkemungkinan ­kualiti hidup akan terjejas.

    “Hingga kini tiada ubat khusus untuk mencegah osteoporosis terutama dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalaminya,” katanya.

    Selain itu, aktiviti seperti berenang, berjalan cepat, pilates, menaiki tangga, mengangkat bebanan dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan menghindarkan osteoporosis.

    Di samping itu, wanita mengandung juga bakal berhadapan dengan masalah ini sekiranya tidak menjaga kesihatan diri sebaik mungkin sepanjang tempoh kehamilan.

    Ini disebabkan keperluan kalsium wanita mengandung meningkat daripada biasa iaitu 1,000 hingga 2,000 miligram kepada 15,000 miligram sehari.

    “Penting untuk wanita mengandung mendapatkan bekalan kalsium mencukupi sepanjang tempoh kehamilan,” katanya.
    Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Usahbiartulangrapuh/Article

    Ostematrix @ Bukan Sekadar Kalsium




    Kelebihan Ostematrix

    • Turut dilengkapi Vitamin D dan Magnesium yang membantu penyerapan kalsium terus ke tulang-tulang anda.
    • Kalsium tanpa Vitamin D dan Magnesium umpama kita menyusun bata tanpa simen.
    • Diambil sebanyak 4 biji (1000mg = keperluan kalsium harian kita) sebelum tidur kerana waktu malam adalah waktu terbaik berlakunya pembaikpulih tubuh badan kita.
    • Kalsium dan Magnesium membantu anda mendapat tidur yang nyenyak!! Sangat sesuai utk mereka yang mengalami insomnia.
    • Juga membantu mereka yang mengalami sembelit.






    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    Friday, 24 January 2014

    Kenali Kedudukan Jerawat dan Puncanya

     
     
    Jerawat.. Jerawat.. Satu masalah biasa bagi setiap orang. Tapi kalau dah terlampau teruk akan menjadi luar biasa. Jom kita tengok kedudukan jerawat dan apa puncanya. Bila dah tahu punca baru la boleh kita merawat puncanya dahulu.
     
     
    DAHI


    Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


    HIDUNG
    Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


    DAGU
    Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


    PIPI KIRI
    Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


    PIPI KANAN
    Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


    PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
    Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

    Sumber: http://www.kisahsidairy.com/2012/03/punca-jerawat-dan-kedudukan-jerawat-yg.html







    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    AHI


    Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


    HIDUNG
    Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


    DAGU
    Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


    PIPI KIRI
    Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


    PIPI KANAN
    Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


    PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
    Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
    - See more at: http://splashurl.com/pkoucsy
    AHI


    Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


    HIDUNG
    Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


    DAGU
    Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


    PIPI KIRI
    Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


    PIPI KANAN
    Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


    PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
    Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
    - See more at: http://splashurl.com/pkoucsy
    AHI


    Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


    HIDUNG
    Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


    DAGU
    Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


    PIPI KIRI
    Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


    PIPI KANAN
    Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


    PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
    Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
    - See more at: http://splashurl.com/pkoucsy
    AHI


    Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


    HIDUNG
    Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


    DAGU
    Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


    PIPI KIRI
    Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


    PIPI KANAN
    Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


    PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
    Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
    - See more at: http://splashurl.com/pkoucsy

    Thursday, 23 January 2014

    7 Teknik Pernafasan Mudah


    Assalamualaikum wrt,

    Hari ini saya nak share teknik pernafasan semasa hamil kerana ia dapat membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran.

    [1] Fikirkan perkataan relaks. Ingat ia mempunyai dua suku kata iaitu "re" dan "laks"

    Sewaktu menarik nafas, fikirkan "re". Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan "laks". Berikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan "re" dan "laks" berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda.
    Dalam pada itu, semasa anda menghembus, cuba lepaskan sebarang tekanan yang mungkin anda alami. Fokuskan kepada otot yang anda thau ia selalu mengalami ketegangan apabila anda mengalami stres. Setiap kali menghembus nafas juga, anda perlu fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu "laaaks". Fokuslah kepada hembusan nafas. Tarikah nafas lazimnya akan berlaku secara semula jadi.

    [2] Anda juga boleh cuba mengira setiap kali melakukan latihan bernafas

    Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan ( atau sebarang nombor yang anda mahu). Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

    [3] Cuba bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut anda

    Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai ibu hamil mendapati bahawa membuat bunyi semasa menghembus nafas seperti "Oooh" atau "Aaah" amat membantu. Ketika dalam proses kelahiran kelak, sewaktu di antara sela kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

    [4] Sewaktu Braxton Hicks

    Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut.

    [5] Semasa kontraksi semakin kerap

    Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaaan tercungap-cungap. Namun, lakukannya dalam keadaan tenang. Dalam pada itu jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas seterusnya.

    [6] Apabila berlaku gesaan meneran

    Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan, hembus nafas seperti biasa.

    [7] Ketika tiba masa meneran

    Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termasuk ke dalam semula.

    Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi Januari 2014




    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    Wednesday, 22 January 2014

    Testimonial Alfalfa Complex: Jerawat Belakang Badan

    Assalamualaikum wrt,

    Pagi yang sejuk ni saya nak share testimonial salah seorang customer saya. Sebelum ni dia dah makan Alfalfa Complex tapi stop sebab tak tahan healing crisis. And now dia sambung balik makan. Alhamdulillah ada perubahan baik berlaku.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    assalam sis.. just to share... saya dah start sambung makan alfafa semula.. dan sekarang alhamdulillah dah serasi dgn badan...
    alhamdulillah jugak , jerawat belakang badan dah hilang.. licin.. heheh.. - Cik Nadzatul Simaa'


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Healing crisis berlaku atau tidak bergantung kepada badan kita. Jangan takut dan teruskan makan serta tingkatkan pengambilan air at least 3 liter.






    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    Monday, 20 January 2014

    Testimonial Diabetes dengan Shaklee

    Assalamualaikum wrt,

    Alhamdulillah hari ni nak update 2 testimonial. Kali ni testimonial salah seorang daripada downline saya yang menghidap diabetes.
    Alhamdulillah beliau mengambil langkah yang bijak dengan mencuba Shaklee dan mendapat kesan yang postive selepas penggunaan produk ini.


     Kita ikhtiar dan Allah swt yang menyembuhkannya.Alhamdulillah.




    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak

    Testimonial Berpantang dengan Shaklee

    Assalamualaikum wrt,

    Selamat pagi semua. Malam tadi sehingga jam 12 saya berwassap dengan one of loyal customer. Pada awalnya wassap sebab nak minta address nak bagi gift utk baby baru dia. Alhamdulillah dia sudi kongsikan pengalaman berpantang beliau dengan menggunakan produk Shaklee.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Hihi.alhamdulillah bpantang dgn shaklee kali ni buat sy xmcm org bpantang.btenaga je.mak plak risau tengok sy btenaga je layan ank2 sy yg 2org tu.dia kata sy cergas mcm bukan dlm pantang je.

    Hihi.pengalaman ptama sy bpantang dgn shaklee.ank 1st mkn akar kayu rebusan mak mertua.ank 2nd mkn jamu.so shaklee la sy rs better bbanding yg lain tu. - Puan Nani

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Alhamdulillah seronok sangat bila ada kesan yang baik kepada orang lain. Tak cuba kita tak akan tahu kan. Bila dah cuba terus jatuh cinta. Saya bermula bisnes Shaklee juga selepas rasa kesan yang baik semasa berpantang.



    UNTUK TEMPAHAN ANDA BOLEH KLIK DI SINI. DAN BACA ARAHAN DI BAWAH:

    1. Baca Online Ordering Agreement dan pilih pada button AGREE. Klik pada button NEXT untuk teruskan.
    2. Skrin akan memaparkan produk Set Berpantang dan anda boleh ubah kuantiti yang anda ingin beli dan klik pada button CHECKOUT.
    3. Skrin akan memaparkan maklumat yang perlu anda lengkapkan untuk tujuan proses penghantaran. Klik pada button CONTINUE untuk teruskan.
    4. Skrin akan memaparkan maklumat tempahan dan penghantaran. Klik pada button PROCEED FOR PAYMENT.
    5. Skrin akan memaparkan maklumat pembayaran. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui DEBIT CARD/CREDIT CARD. Sila masukkan maklumat yang diperlukan dan klik pada button CONFIRM PAYMENT.
    6. Tempahan anda akan diproses dan apabila transaksi telah berjaya, skrin akan memaparkan pengesahan tempahan anda. Anda boleh cetak resit tempahan anda sebagai rujukan.

    Shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID: 889076
    HP: 019-983 5090

    Email: hidayahmohamad83@gmail.com


    Saturday, 18 January 2014

    15 Sebab Caesarean





    Keputusan yang biasa dianjurkan oleh doktor agar anda melahirkan bayi menerusi kaedah pembedahan caesarean adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Ketahuilah, semuanya demi memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan terkawal dan selamat sewaktu proses melahirkan.
    Antara punca utama caesarean adalah tiada perkembangan semasa proses bersalin, denyutan jantung bayi dalam kandungan menunjukkan dia lemas, caesarean ulangan dan kedudukan kandungan.
    Dalam kebanyakan kes, pembedahan caesareanberlaku atas sebab-sebab kesihatan yang jelas. Ia merupakan pilihan yang paling selamat buat anda dan bayi. Terdapat juga beberapa perkara yang tidak begitu jelas. Keputusan pembedahan yang dicadangkan doktor itu adalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan sepanjang pemeriksaan antenatal.
    Berbincanglah dengan doktor yang memeriksa kehamilan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes anda.

    Pembedahan Elektif

    [1] Caesarean ulangan

    Dua atau lebih kelahiran sebelum ini dilakukan melalui pembedahan caesarean. Walau bagaimanapun ramai wanita hamil pada masa kini berjaya menjalani kelahiran normal selepas caesarean (VBAC)

    [2] Jangkitan

    Hal ini melibatkan jangkitan contohnya seperti herpes atau HIV yang dialami berkemungkinan boleh dipindahkan kepada bayi jika anda memilih untuk melahirkannya secara normal.

    [3] Trauma terdahulu

    Pengalaman melahirkan bayi secara normal sebelum ini sehingga menimbulkan trauma berkemungkinan menjadi sebab untuk anda dinasihatkan untuk mencuba kelahiran caesarean pula untuk kali ini.

    [4] Kedudukan bayi

    Kedudukan bayi dalam kandungan adalah melintang atau songsang. Kajian yang telah dilakukan sekitar 1990an di Eropah membuktikan kedudukan bayi tidak normal mengundang banyak masalah yang boleh membahayakan bayi.

    [5] Praeklampsia eklampsia

    Sekiranya anda menghidapinya, lebih-lebih pada tahap teruk yang telah menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan, usah bertangguh lagi untuk melambatkan proses kelahiran.

    [6] Tidak membesar

    Apabila tiba satu tempoh di mana bayi tidak lagi membesar seperti yang sepatutnya, maka anda digalakkan memilih untuk bersalin secara caesarean kerana bayi sangat memerlukan kelahiran awal.

    [7] Komplikasi penyakit

    Bagi anda yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis ataupun tekanan darah tinggi, maka ada baiknya tarikh bersali dipilih agar sebarang kemungkinan buruk dapat dielakkan.

    [8] Risiko plasenta praevia

    Apabila uri berada di bawah, maka agak suka untuk anda melahirkan bayi secara normal. Oleh sebab itulah kebanyakan doktor menasihatkan anda untuk memilih proses kelahiran secara pembedahan ini.

    [9] Kandungan kembar

    Sama seperti risiko menghamilkan kembar, proses kelahirannya juga bakal berhadapan dengan risiko-risiko tertentu. Tidak kiralah sama ada ia kembar dua atau lebih dari itu.

    [10] Kematian bayi terdahulu

    Sekiranya anda pernah melalui pengalaman kehilangan bayi yang melibatkan kematiannya sama ada asebelum atau semasa proses kelahiran, maka anda perlu memilih tarikh untuk bersalin.

    Pembedahan kecemasan

    [11] Masalah tali pusat

    Dalam kes sebegini, tali pusat tergeluncur turun melalui serviks terlebih dahulu daripada bayi. Ini turut dikenali prolaps cord. Hal ini biasanya berlaku selepas ketuban pecah. Ada kemungkinan tali pusat terhimpit lalu mengganggu bekalan oksigen kepada bayi. Risikonya anak boleh meninggal dunia kerana hypoxia.

    [12] Terlalu lama

    Proses kelahiran anda sangat lama dan perlahan. Hal ini kerana serviks tidak membuka dengan cukup untuk membolehkan bayi anda bergerak turun masuk ke dalam saluran kelahiran.

    [13] Masalah uri

    Kedudukan uri yang berada di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa anda dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera. Antara lain ialah masalah uri tanggal semasa proses bersalin atau abruptio plasenta yang boleh meletakkan bayi anda dalam lingkungan bahaya.

    [14] Lemas

    Apabila terdapat perubahan pada degupan jantung bayi semasa proses bersalin, ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan sert-merta. Jika bayi sudah membuang najis (mekonium), ia turut menunjukkan bayi sudah lemas.

    [15] Bantuan kelahiran gagal

    Percubaan melahirkan bayi secara normal dengan menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep yang gagal menyebabkan anda perlu rela dalam terpaksa untuk melahirkan bayi secara caesarean.

    Semoga dipermudahkan proses kelahiran anda nanti. Juga semoga anda dan bayi selamat dan sihat.

    Sumber: Majalah Pa&Ma Edisi Januari 2014





    Pengedar Sah Shaklee
    Hidayah Mohamad
    019-983 5090
    COD AREA: Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak


    Info Lain :

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...