Tuesday, 4 November 2014

Testimoni Omega Guard: Dari HYPERACTIVE ---> LEBIH FOKUS !!!

18:00 0 Comments


Assalamualaikum semua,

Hari pun dah petang. mesti semua dalam kete tgh menempuh jem nak balik.. ingat dulu masa zaman keje.. mmg x sabar nak balik jumpa anak-anak.

penat macam mana pun tapi bila tgk muka anak-anak rasa hilang penat segalanya..tgk keletah dorang. tgk keaktifan dorang..hehehe..

bila sebut soal keaktifan anak-anak ni Ida nak kongsikan tentang anak-anak yang hyperactive ni. ada sebab kenapa anak-anak kita ni hiperaktif sebenarnya. Ida buat research skit punca anak-anak jadi hyperactive.

Antara puncanya adalah dari sumber makanan. Makanan yang banyak bahan pengawet memberi potensi untuk membentuk kelakuan anak-anak menjadi hiperaktif. Selain daripada tu terdapat juga faktor genetik. Di mana semasa ibu bapa atau saudara semasa kecil seorang yang hiperaktif akan menurun kepada anak-anak.

Dan juga terdapat kemungkinan anak-anak mengalami sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention Deficit Disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah, dan sukar memberi tumpuan. Biasanya sindrom ADHD lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Selain daripada itu, faktor kelahiran pramatang, bayi yang dilahirkan tidak cukup berat atau mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan punca kepada masalah hiperaktif.

Di sini Ida kongsikan apa feedback Puan Mumtaz setelah beliau cuba memberi Omega Guard pada anak perempuannya.





Alhamdulillah ianya memberi kesan yang baik pada anak perempuan Puan Mumtaz. Sekiranya anda juga mengalami masalah yang sama tidak salah untuk mencuba. Selain membantu anak lebih fokus, Omega Guard juga bagus untuk perkembangan otak dan minda mereka.


Hidayah Mohamad
019-983 5090
IG: @mommyshop83 
hidayahmohamad83@gmail.com



GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

17:22 0 Comments
GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.
Kod HTML :



Testimoni Omega Guard: Terkeluar KAHAK KUNING???

16:00 0 Comments

Assalamualaikum semua,

Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja. Sila keje dengan tekun, jangan ngelat tidur dalam surau ok!. Hehehe..

Petang2x macam terasa nak share testimoni Omega Guard la.. Almaklum tengah promo HOT sekarang kang. Beli 2 botol dapat diskaun 5%.. sapa tak nak kan..

Asal sebut je Omega mesti orang hanya ingat untuk kasi otak bijak pandai je kannn.. Tapi sebenarnya Omega ni ada kelebihan atau manfaat lain. Tak ramai yang tahu sebenarnya..

Ida ada buat research skit tentang asid lemak Omega-3 ni. Ada la jumpa beberapa blog indon ni. memandangkan bahasa indon so Ida cuba translate - kan ke bahasa melayu ok!.

Ikan yang kaya asid lemak omega-3, iaitu jenis ikan berlemak, seperti salmon, tuna, sardin dan ikan kembung, mengandungi jumlah yang tinggi omega-3, iaitu lemak sihat harus diperoleh tubuh dari makanan. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of American College of Nutrition pada tahun 2002, omega-3 yang berasal dari minyak ikan kemungkinan memberi kesan positif untuk kesihatan paru-paru pada anak-anak yang mempunyai asma. Dalam beberapa kes, pengambilan omega-3 telah membolehkan individu dengan radang paru-paru kronik hanya akan memerlukan ubat anti inflamasi dalam jumlah yang lebih kecil. Credit: http://bit.ly/1wZjMhy

No wonder la ramai ibu-ibu yang mempunyai anak yang adalah masalah asma memberikan feedback yang baik setelah consume Omega Guard.

Di bawah ni Ida kongsikan feedback dari Puan Yeen Maszleen:-



Jom pilih yang terbaik untuk anak anda. Tak sampai hati kan tgk anak-anak kecil kita ni dari kecil dah makan ubat-ubat klinik. Let's change to the more natural product!!!...


Hidayah Mohamad
019-983 5090
IG: @mommyshop83
hidayahmohamad83@gmail.com

Giveaway Super Duper Awesome By Jaja

15:42 0 Comments
Assalamualaikum, Sebagaimana tajuk entry ni, saya nak adakan giveaway memandangkan exam dah habis and ada sedikit masa luang, maka terciptalah Giveaway Super Duper Awesome By Jaja
Maka, saya rasmikan Giveaway Super Duper Awesome By Jaja ni. *tepuk*
Moga ramai yang join GA ni yer ^_^


 HADIAH


Hadiah Misteri 2x by Ruqaiyah
Bloglist Ever x2 by Izwani
Top up RM 10x2
Small pouch bag 2x By Beba Ifa
PVC Keychain 2x By Beba Ifa
Review blog x1 By Hazimah
Header x2 By Hazimah
Goody Bag 2X by Tracey
Sophie Nail Buffer 5 in 1 1X By Noyou
Topup rm5 2X By Wawa
Tasbih digital 2X By Wawa


Tarikh 
 
1/11/2014 - 1/12/2014

Hantar link di entry ini sahaja
Para sponsor juga dijemput join, 
Oh ye, Sponsor paling banyak promote GA ni juga akan mendapat hadiah M.I.S.T.E.R.I
Sila jujur ye, pastikan ikut semua syarat. Tapi, jika ada peserta yang tiada akaun-akaun seperti dalam syarat tu, sila abaikan. Harap JUJUR ye.

Sunday, 2 November 2014

Panduan Memilih Suplemen Minyak Ikan TERBAIK

05:10 0 Comments



Assalamualaikum dan Selamat Malam semua,

Ida pasti semua mesti seronok kan menikmati waktu hujung minggu bersama keluarga tersayang. Ada yang menghadiri majlis kenduri, birthday dan sebagainya. Biasanya waktu hujung minggu ni adalah waktu makan-makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bila sebut pasal makan ni mesti ada yang terlebih makan dek kerana terlampau byk jemputan kenduri. Dalam seminggu 5 hari berdiet sakan tapi 2 hari waktu hujung minggu makan macam utk 5 hari.. Guana tuuuu.. abis rosak semua diet..hehhee.

Ok.. makan, makan juga tapi kena juga jaga tahap kolestrol anda ok. Pastikan 6 bulan sekali check kolestrol anda ok. Kalau tak nak g klinik boleh check di farmasi. Bercakap tentang kolestrol ni malam ni Ida nak kongsikan tentang panduan memilih minyak ikan yang terbaik. Minyak ikan ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Suplemen ambil tapi makan pun kena control ok!.

Berikut ada faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membeli suplemen minyak ikan:-

  1. Purity. The oil must meet international standards for heavy metals, PCBs, dioxins and other contaminants. Many do not – even when they claim they do.
  2. Freshness. Omega-3 oils are susceptible to oxidation, which makes them rancid. Rancid oils are pro-inflammatory and contribute to the diseases you’re trying to relieve or prevent by taking fish oil in the first place!
  3. Potency. In order to have the desired anti-inflammatory effect, fish oil must contain an adequate amount of the long-chain omega-3 derivatives EPA and DHA. DHA is especially important.
  4. Nutrients. All fish oils contain some amount of EPA and DHA. However, fishliver oil (from cod, skate or shark) also contains naturally occurring fat-soluble vitamins that are difficult to obtain from foods.
  5. Bio-availability. The ability to absorb the beneficial components of fish oil is based on the molecular shape of the fatty acids. The more natural the structure the better.
  6. Sustainability: The fish should be harvested in a sustainable manner and species that are under threat should be avoided.
  7. Cost: the product must be relatively affordable to be practical for most people.
Nampak tak penting utk pilih minyak ikan yang paling tulen. Ikan di lautan banyak terdedah kepada logam berat yang memberi risiko kepada kesihatan kita.

Keistimewaan Shaklee Omega Guard adalah ia melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali untuk mendapatkan minyak ikan paling tulen. Proses ini sangat mahal. 

Dan berita baik untuk penggemar minyak ikan adalah bulan ini ada DOUBLE PROMOTION!!


Beli 6 botol PERCUMA 1 botol dan PERCUMA KEAHLIAN SEUMURHIDUP.



Tak cukup bajet nak beli 6 botol???.. Sabar2x yeeee.. ada lagi satu promosi.. Shaklee suka tauuu buat double promotion sejak dua menjak ni.. sebab terlampau banyak sangat permintaan produk Shaklee la niii.. hehehehe..

Beli 2 botol dan dapat DISKAUN 5%.. haaaa..best kannn!!!!



Hidayah Mohamad
019-983 5090
hidayahmohamad83@gmail.com
IG: @mommyshop83

Friday, 31 October 2014

Kipas Tanpa Wayar dan Elektrik, Bolehkah Berfungsi Dengan Baik?

19:54 0 Comments




Assalamualaikum semua,

FUhhh..dah lama blog ni bersarang labah2x..hehehe.. Hari ni kita nak kasi buang sawang2x, kasi bersih skit.. Tak da la rupa macam rumah berhantu kannn.. hehhe..


Okeh..Pagi ni nak share skit cite pasal kipas ni. Bayangkan kipas tanpa wayar agak2x boleh tak kipas tu berpusing?..mesti tak kan.. mesti kena ada connection dgn eletrik juga kan baru la boleh berpusing dgn baik..


Tetiba lak cite pasal kipas ni kann.. hahaha


Sebenarnya nak cite pasal DHA. Tahu tak apa itu DHA? DHA ni adalah asid lemak Omega-3. Biasanya kita akan jumpa DHA ni dalam ikan laut sejuk seperti salmon.


Pernah tgk tak iklan susu formula di TV? Mesti ada nampak perkataan DHA terbang masuk dalam kepala budak yang tengah minum susu kannn..hehhee..  Apa ayat Wardina selalu ckp dalam iklan tu "apabila sel-sel otak berhubung". Dalam susu formula juga ada DHA. Lagi banyak sel-sel otak berhubung lagi banyak perkara yang kanak-kanak mudah belajar. 


So apa kaitan dengan kipas tadi?. Kipas perlu berfungsi dgn baik apabila ada wayar dan elektrik. Begitu juga dengan sel-sel otak kita ni. Kalau nak berfungsi dengan baik mesti la kena berhubung/connected to each cell.. Bayangkan kalau ada "wayar putus" dalam otak, agak2x boleh ke kita berfikiran waras?..


Kalau bayi yang menyusu badan akan dapat DHA melalui susu ibu. Dan DHA sangat penting untuk bayi berusia sehingga 6 bulan kerana membantu kesihatan otak, mata serta sistem saraf mereka.


Secara semulajadinya, badan kita menghasilkan DHA tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan kita perlu dapatkan DHA secukupnya melalui sumber makanan dan suplemen.


Bila sebut pasal suplemen ni penting utk kita pilih asid lemak Omega-3 yang PALING TULEN. Ini kerana ikan laut sejuk ni banyak terdedah kepada logam-logam berat yang boleh memberi risiko yang merbahaya kepada kesihatan kita.


Nak tahu suplemen asid Omega-3 yang PALING TULEN???.. Haruslah Omega Guard !!!!
Bulan ni ada promotion Beli 6 botol PERCUMA 1 botol pulak tu..Memang sedang elok la borong bulan ni.


Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali. Kebanyakan jenama lain hanya melalui proses penyulingan 1@2 kali sahaja. Ini kerana proses ini SANGAT MAHAL.. Dan Shaklee sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap produknya. I loikeeee..


Kepada ibu2x yang masih menyusukan anak dan ibu mengandung, jangan lepaskan peluang ini ok, Jom kasi pecah branch Shaklee kita serbu yaaa.. hehehe..


Ini la rupanya Omega Guard. Dalam bentuk soft gel. Mudah ditelan. Utk kanak-kanak yang tak boleh telan boleh pecahkan dan picit masuk dalam mulut atau makanan kegemaran mereka. Credit pic: fieza79.blogspot.com

Hidayah Mohamad
019-983 5090
IG: @mommyshop83
hidayahmohamad83@gmail.com



Monday, 22 September 2014

GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

04:20 0 Comments
Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya tak join GA ni. Alhamdulillah kali ni Ida salah seorang daripada sponsors. Jom ramai2x join GA kali ni sebab hadiah mmg best sangat2x tau. Hampir RM1000..

Ada 5 set hadiah yang akan kami berikan.

Klik banner untuk join ye.


UPDATE: GIVEAWAY DILANJUTKAN SEHINGGA 10 OKTOBER 2014

Selamat ber-GA

Monday, 15 September 2014

Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan

03:59 0 Comments

Breastfeeding is my passion. Walaupun saya tak seperti ibu-ibu yang lain yang boleh simpan stok EBM penuh satu freezer tapi sangat bersyukur dapat menyusukan anak kedua selama 2 tahun 3 bulan. Untuk makluman saya hanya pam hari ini untuk anak saya minum keesokkan harinya. kira daily stock..

Susu merundum? Hampir semua ibu-ibu yang menyusukan anak pernah mengalami saat susu merundum. Stress, kecewa memang tidak dapat dinafikan tetapi jangan berterusan stress atau kecewa kerana emosi boleh mengganggu pengeluaran susu badan anda. Semakin stress semakin payah susu badan nak dihasilkan.

Apa yang saya biasa buat di saat susu merundum adalah:

  1. Kerapkan pam. Biasanya semasa bekerja saya akan pam 5 kali waktu siang. Selepas subuh, jam 10 pagi, jam 1 tgh hari,  jam 4 ptg dan jam 6 ptg. Di saat susu merundum, saya akan tingkatkan pumping di waktu malam. 
  2. Tandem nursing. Tandem nursing ni saya biasa buat apabila anak ada dengan saya. Sebelah saya bagi dia hisap dan sebelah lagi saya pam. Memandangkan saya hanya menggunakan pam manual jadi sangat mudah untuk saya adjust ikut keselesaan saya dan anak.
  3. Minum air masak banyak. Kebiasaannya saya akan minum air masak lebih dari 3 liter. Air masak adalah milk booster saya. Banyak minum banyak la susu badan. Kalau kurang minum mmg kuranglah susu badan.
  4. Makan makanan yang sihat. Saya tidak mengamalkan apa-apa jenis diet semasa penyusuan. Memang semua benda saya makan. Sayur, protein, nasi saya tak pernah skip. Tapi tak bermakna kena makan double pulak ye.
  5. Emosi stabil dan tenang. Emosi sangat penting bagi ibu yang menyusukan anak. Tambah lagi mereka yang bekerja. Tekanan di tempat kerja serta jadual kerja yang padat boleh mengganggu proses pengeluaran susu badan.
  6. Sentiasa kosongkan breast. Kesilapan yang biasa kita buat tunggu breast penuh baru nak pam. Kadang tu sampai bengkak dan melimpah sampai basah baju. 
  7. Berdoa banyak2x semoga Allah murahkan rezeki anak kita.

Semoga memberi manfaat untuk ibu-ibu semua. (^_^)v


Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Makanan Yang Baik Untuk Jantung

03:29 0 Comments


Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Tips Semasa Pembelian Makanan
  • Pilih makanan yang dilabel dengan ‘rendah lemak’, ‘ rendah garam’, ‘kurang lemak’, ‘ tanpa lemak’, ‘bebas lemak trans’ dan sebagainya. Contohnya : susu rendah lemak, susu skim, yogurt rendah lemak, yogurt tanpa lemak, keju kurang lemak, light mayonis dan sebagainya.
  • Susu rendah lemak dan susu skim adalah disarankan untuk orang dewasa yang ingin mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet mereka. Pengambilan susu adalah digalakkan kerana susu merupakan sumber kalsium yang baik yang penting untuk kesihatan tulang.  
  • Pilih marjerin lembut dan bukan marjerin keras.
  • Pilih daging tanpa lemak dan bukan daging berlemak.
  • Pengambilan makanan segar adalah digalakkan. Elakkan makanan terproses dan diawet, makanan dalam tin dan makanan segera kerana makanan ini tinggi dalam kandungan garam. Pilih makanan yang rendah garam.
  • Pilih produk mil-penuh (wholegrain) di mana kandungan seratnya lebih tinggi seperti cereal dan oat tinggi serat. Ambil sekurang-kurangnya 1 hidangan produk mil-penuh dalam sehari.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi, di mana boleh diambil sebagai snek untuk meningkatkan pengambilan serat harian. Saranan pengambilan adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan dalam sehari.

Tips Penyediaan Makanan
  1. Penyediaan bahan-bahan makanan
    • Buangkan semua bahagian lemak dan kulit pada daging atau ayam. Elakkan kepak, kaki ayam dan bahagian lain yang berlemak.
    • Buangkan bahagian kepala / otak dan organ dalaman pada makanan laut (contoh: udang, sotong, ikan bilis dan sebagainya) di mana bahagian ini adalah tinggi dalam kandungan kolesterol.
    • Guna susu rendah lemak untuk menggantikan santan yang tinggi dalam kandungan lemak tepu dalam masakan. Sekiranya santan diguna, hadkan kepada 2 sudu makan sebanyak 2 kali dalam seminggu sahaja.
    • Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan. Gantikan dengan minyak masakan tumbuhan.
    • Secara umumnya, bagi jumlah pengambilan tenaga harian antara 1800-2000kcal, penggunaan minyak masakan perlu dikawal kepada 9-10 sudu teh. 
    • Guna minyak jenis tak tepu untuk tumis atau cara masakan yang memerlukan pemanasan yang minima.
    • Cara masakan bergoreng harus dikurangkan bagi mengelakkan pengambilan lemak harian berlebihan.
    • Guna telur putih atau gantian telur untuk menggantikan kuning telur dalam pembuatan kek atau roti.
  2. Tips memasak yang sihat
    • Masak makanan dengan cara masakan sihat seperti panggang, bakar, kukus atau tumis untuk mengurangkan pengambilan lemak (minyak) dalam diet kita.
    • Berhati-hati dengan sumber lemak (minyak) yang tersembunyi. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng (contoh: ayam goreng) atau makanan goreng bersalut dengan tepung (contoh: pisang goreng).
    • Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan penggunaan minyak seberapa minimal yang mungkin.
    • Letak rak dalam oven semasa memanggang daging atau ayam supaya lemak pada makanan ini menitis keluar semasa dipanggang.   
    • Guna rempah-ratus dan herba segar untuk menambahkan warna, rasa dan aroma makanan tanpa menambah dengan garam atau lemak.
    • Guna yogurt asli tapi bukannya mayones dalam salad.
    • Sejukkan sup yang berminyak (contoh: sup daging) dan buang lapisan lemak sebelum sup dipanaskan semula dan dihidangkan.
    • Tambah lebih sayur-sayuran dalam masakan bagi meningkatkan pengambilan serat harian.
  3. Tips-tips lain pemakanan sihat untuk penyakit kardiovaskular
    • Tambahkan susu rendah lemak atau susu skim tetapi bukan krimer bukan tenusu di dalam minuman.
    • Pengambilan alkohol perlu dihadkan kepada 2 unit (hidangan piawai) untuk lelaki dan 1 unit untuk wanita. Bagi sesiapa yang tidak mengambil alkohol tidak digalakkan untuk mulakan pengambilan alkohol.
    • Untuk sesiapa yang menghidapi penyakit kardiovaskular, adalah disarankan mengambil 2 atau lebih hidangan ikan dalam seminggu (120g/hidangan ikan) dan 2 hidangan untuk orang yang sihat.



Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 889076
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Makanan Kurangkan Sakit Gastrik

03:03 0 Comments


Gastrik adalah disebabkan keradangan atau pembengkakan pada selaput dalam perut. Terdapat dua jenis Gastrik iaitu Gastrik Akut di mana ia menyerang dan pulih dalam waktu yang singkat manakala gastrik yang berpanjang dan kerap sehingga bertahun-tahun sakit dipanggil Gastrik Kronik.

Antara makanan yang dapat mengurangkan sakit gastrik adalah seperti:

1. PISANG

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.

2. SUSU SEJUK
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukanSusu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

3. BUNGA CENGKIH
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4. HALIA
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.


Cadangan Suplemen untuk kurangkan sakit gastrik:
Energizing Soy Protein: membantu meneutralkan asid di dalam perut kerana gastrik berpunca daripada terlalu banyak asid di dalam perut. Dan ESP adalah protein yang membantu membina sel-sel baru.
Ostematrix: Kalsium yang membantu melegakan sakit gastrik.
Peppermint-Ginger Plus: membantu membuang angin yang menyebabkan sakit pedih ulu hati.

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Tuesday, 9 September 2014

Apabila kita kehilangan kolagen...

16:53 0 Comments
Assalamualaikum semua dan Selamat pagi,

Lama juga Ida tak update blog. Ok. Hari ni Ida nak kongsikan pasal kolagen. Bila sebut je kolagen kita hanya terfikirkan kolagen pada kulit muka sahaja kan. No wonder la ramai yg suntik2x kolagen sekarang ni. Kita hanya tahu kolagen ni utk nampak awet muda. Kurang berkedut, muka kendur dan sebagainya.

Untuk info anda semua sebenarnya kolagen meliputi hampir keseluruhan tubuh badan kita bukan setakat pada kulit sahaja. Ia merangkumi hampir 30% keseluruhan protin yang ada di dalam badan kita.

Tahu tak selain pada kulit, kolagen juga terdapat pada,kornea, kanta mata, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Bayangkan kalau kita hanya tumpu pada kolagen di bahagian kulit shj. Luaran nampak awet muda tapi dalaman makin tua kerepot. Guana tu??. Tapi tak kan kita nak cucuk kolagen kat buah pinggang lak kan. 

Antara kesan-kesan kehilangan kolagen dari badan adalah seperti gambar di bawah.




Banyak kan kesan bila kehilangan kolagen dari badan. Tahu tak kita mula kehilangan kolagen waktu bila? Selepas umur 20 tahun tau. Bayangkan sekarang dah umur 30 lebih. Berapa banyak kolagen yang telah hilang dari badan kita. No wonder makin meningkat usia ada je sakit itu sakit ini sebab organ dalaman kita dah kurang berfungsi dengan baik. Tak ada makna kalau awet muda setakat pada kulit muka tapi dalaman kita sakit. Tetap juga terbaring atas katil je kan.

Bagaimana nak recover semula kolagen yang hilang ni? Sudah tentulah kita kena makan kan. Sekarang pun dah banyak produk kolagen di pasaran. Artis pun ada keluarkan produk kolagen sendiri. Tapi Ida tak nak cerita pasal produk lain. Ida nak kongsikan apa istimewanya SHAKLEE COLLAGEN POWDER.




Shaklee Collagen Powder diperbuat daripada sisik ikan merah kerana ia sumber kolagen yang tahan lasak dan elastik. Sebab apa tahan lasak? Ikan merah ni hidup di dasar lautan dalam sedalam 5000m. Agak2x kalau manusia berenang sampai sedalam 5000m apa akan jadi? Boleh hancur berkecai badan sebab makin dalam makin bertekanan tinggi. Ikan biasa pun belum tentu boleh hidup sedalam 5000m.

Apabila sumber kolagen makin elastik bermakna kulit kita akan lebih anjal. Toink..toink.. ala2x iklan tv tu. 

Selain dari sisik ikan merah, Shaklee Collagen Powder juga turut mengandungi ekstrak kekerangan. Apa istimewanya ekstrak kekerangan ni? Ekstrak kekerangan mengandungi glukosamina di mana ia sebagai pelincir kepada sendi. Dan juga mengurangkan ketidakselesaan pada mata. 

Lagi apa yang terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder ni? Lactobacillius Acidophilus iaitu bakteria baik juga terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder. Ia membantu meningkatkan penyerapan kolagen ke dalam tubuh badan. Kalau makan berkotak2x tapi tak serap tak ada guna juga kan. Buat abis berasss je kan.. dan jisim molekul Shaklee Collagen Powder sangat rendah iaitu 1000dalton. Boleh diserap dengan baik dalam usus. 

Selain dari itu Ekstrak Biji Camellia Japonica dan Ekstrak Pfaffia juga terkandung di dalam Shaklee Collagen Powder. Kedua-dua ini adalah tumbuhan. Biji  Camellia Japonica ni mengandung asid oleik dan isoflavon yang membekalkan nutrisi dan penghidratan.  Sebab tu kulit sentiasa mulus dan lembap. Pfaffia pulak banyak digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, meningkatkan tenaga batin dan prestasi tenaga.

Last but not least, Vitamin C, B2 dan B6 juga digabungkan di dalam Shaklee Collagen Powder. Vitamin C ni menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B2 dan B6 pulak bergabung dengan karbohidrat,  lemak dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh.

Memang best kan Shaklee Collagen Powder ni. Rugi kalau siapa tak cuba. Sebab Shaklee kalau hasilkan produk mesti ada UJIAN KLINIKAL. 71% pengguna Shaklee Collagen Powder berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan selama 8 minggu berturut-turut.

Alang2x bulan ni promo Buy 6 FREE 1 mmg jimat habis. Dapat pulak FREE MEMBERSHIP SEUMURHIDUP + FREE POSTAGE + BONUS (masuk 14hb October depan). Memang rugi kalau lepaskan peluang hebat ni. 

Siapa berminat boleh roger Ida ok!

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
HP : 019-983 5090
Email : hidayahmohamad83@gmail.com







Friday, 5 September 2014

Susah ke buat bisnes Shaklee?

19:12 0 Comments

Assalamualaikum semua,

Susah ke buat bisnes Shaklee? Bagi Ida tak kira kita buat bisnes apa pun mesti ada ujian, cabaran dan dugaan yang kita kena tempuhi. Tak ada perkara yg senang di dunia ni. Dunia ni mmg utk kita bersusah payah.

Tak kira anda makan gaji ke buat bisnes ke mesti akan lalui beberapa masalah. Then how we handle all the problems? Kalau fikir asyik tak ada sales mmg tak akan ada la kan. Cuba fikir jalan penyelesaiannya. Fokus pada solution bukan problem k.

Hidup ni kalau terlalu sempurna dan apa yg kita nak kita dapat pun tak best jugak kan. Mesti ada ups and downs. Di situlah kita akan belajar sesuatu dan lebih menghargai sesuatu.

So utk SID baru jangan mudah mengalah. Anda baru je mulakan langkah. Tetapkan hati supaya kuat. Ida sendiri bukan seorang yg kuat, cekal. Tapi Ida minta kekuatan dari Allah. Ida selalu berdoa seandainya Shaklee dapat merapatkan Ida dengan Maha Pencipta, moga Allah permudahkan dan lancarkan bisnes ni.

Setiap apa yg berlaku pasti ada sebab kan. Pasti ada sebab kenapa Allah lorongkan Ida ke bisnes ni. Pasti ada sebab kenapa Allah izinkan Ida berhenti kerja dan buat fulltime bisnes ni. 

Semoga September ni lebih baik dari bulan lepas. In Shaa Allah.

Good luck semua!

Thursday, 4 September 2014

Bila dah jadi seorang ibu...

01:33 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Hari ni nak buat entry tentang mak-mak skit. Kalau dulu masa bujang tak pernah terfikir atau tak pernah terbayang macam mana rupa Ida bila jadi seorang ibu.. hahaha.. Tambah lagi anak sulung lak tu. Tak ada experience sgt bersama kanak-kanak for the whole day.

Tapi bila dah jadi ibu ni baru Ida rasa macam mana Mama jaga kita orang 4 beradik dulu. Lagi la Mama suri rumah pulak tu. Siang malam menghadap kita orang je. Hehehe. Orang selalu kata bila dah rasa baru tahu macam mana rasa. Selama ni dok melawan je cakap Mama kannn..Tapi dah jadi ibu lebih matang skit la... (perasan skit...hahaha).

Sebenarnya sebagai ibu kita banyak belajar dari anak-anak kita sendiri. Memang sometimes kita bertukar dari seorang ibu kepada SINGA BETINA...hahhaha.. tak nafikan. sbb kadang2x bila terlampau penat mula la nak beremosi lebih skit.

Apa yang Ida perasan adalah anak-anak ni sebenarnya nak lebihkan "bonding" antara mak ayah. Mereka suka dipeluk, dimanja, dicium. Bukan lah dorang nak sangat tgk tv ke tgk ipad ke. Mereka nak kita main sama2x. Main lego la. Main ultraman la.

Ida pernah terbaca tapi tak ingat kat mana sebenarnya. Cara nak kukuhkan bonding antara anak ni kita kena peluk mereka 8 KALI setiap hari. Dan Ida perasan bila anak sulung Ida, Syakir bila selalu dipeluk dia lebih dengar kata. Maklumlah anak lelaki kan kadang-kadang ada berontak skit. Lebih kurang perangai ibu dia la masa kecik dulu..hehehhe..

Macam Aisyah anak kedua ni lebih manja skit. Pun sama suka orang peluk dia. Layan pot pet pot pet dia. Setiap anak ada karekter masing2x. Kalau dulu masa mengandung anak sulung pernah terfikir macam mana nak handle. Sama gak masa mengandung anak kedua. Terfikir gak macam mana nak handle bila dah ada dua orang anak. And now tengah pregnant anak ketiga pun terfikir macam mana nak handle 3 orang pulak. Percayalah bila tiba masanya kita akan boleh handle tak kira berapa orang anak kita sekalipun.

Jom peluk anak kita!!!.. hehehhe..

Wednesday, 27 August 2014

Shaklee Effect: Pesakit Diabetes

19:45 0 Comments
Assalamualaikum semua,

Pagi ni rasa tenang dan sejuk je kan. Tgk kat luar macam nak hujan. Alhamdulillah hujan rahmat. Salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Jom kita sama2 berdoa ye.

Pagi ni Ida nak share satu testimoni pesakit diabetes dari sahabat SID Kak Nitra. Rasa bersalah pulak kalau tak share sbb tak salah untuk kita berkongsi apa yang pengguna-pengguna Shaklee rasai selepas consume produk. Mungkin ada di kalangan anda juga menghidapi penyakit ini juga.

"Alhamdulillah...

Bila kita dapat bantu orang lain, sama menjadi semakin sihat atau dari sudut material, kepuasannya tak tergambar.

Hari ni saya nak share kegembiraan seorang anak. Ayahnya alami luka di kaki. Disebabkan ayahnya seorang pesakit kencing manis, sudah tentulah luka tersebut boleh menjadi semakin teruk.

Bermula awal tahun, lukanya kecil sahaja. Tapi lama kelamaan lukanya menjadi semakin besar sehingga menampakkan daging dan tulang kaki.

Kerana kasihkan bapa, anaknya menghubungi saya dan bertanyakan produk Shaklee apa yg bagus utk ayahnya.

Alhamdulillah... Walaupun alami healing crisis, ayahnya tetap sabar dan konsisten dgn Shaklee. Daripada hanya mampu berbaring, ayahnya mula menjadi semakin segar dan bertenaga.

Membaca al-Quran selepas solat subuh bukan lagi perkara yg berat sejak sakit. Malah sekarang mampu turun ke kebun!

Saya sendiri yg ikuti perjalanan #ShakleeEffect ayahnya turut tersentuh hati. Melihat:

1. Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya, duit bukanlah penghalang untuk melihat ayahnya kembali sihat.
2. Ketabahan seorang ayah yg ingin kembali seperti dahulu. Umur 70an, sudah tentu kita juga terkesan melihat kesabarannya menghadapi ujian.

Dengan izin Allah, alhamdulillah luka yg dialami oleh ayahnya sudah semakin pulih. Daging sudah menutupi tulang, tinggal lagi kulit sahaja yg belum tumbuh sepenuhnya.

Dengan izin Allah juga, VIVIX & Zinc Complex membantu memulihkan luka tadi.

Syukur! Semoga pakcik sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala."

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Sunday, 24 August 2014

Kesan Diet Tidak Sihat

22:15 0 Comments

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan apa kesan daripada diet yang tidak sihat. Mesti ramai yang nak tahu kan. Selama ni kita tahu berdiet je. Tak tahu diet kita tu sihat atau tidak. Kalau tidak apa pula kesannya pada kesihatan kita. 

1. Kekurangan nutrien
Diet yang sihat menyediakan nutrisi pada badan anda untuk terus berkembang, kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Pelbagai makanan segar yang menjadi sumber nutrien. Walau bagaimanapun,terdapat diet tertentu yang tidak mempunyai tahap nutrien penting yang cukup seperti kalium, serat, kalsium dan vitamin D. Lama kelamaan, sekiranya gagal untuk mendapatkan kalsium yang cukup boleh menyebabkan kemerosotan tulang, tahap rendah vitamin D boleh menyebabkan lemah tulang dan tidak mendapat kalium yang cukup boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan otot. Serat membantu menjaga usus anda sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

2. Penyakit kronik
Diet yang berkhasiat menyediakan nutrien yang membantu mengelakkan dari sebarang penyakit. Lama kelamaan, pemakanan diet yang kurang nutrisi dan tinggi lemak, garam atau gula boleh menyebabkan penyakit kronik. Berikutan diet yang tidak sihat meningkatkan risiko anda pada penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan osteoporosis, menurut Dietary Guidelines for Americans 2010.

3. Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan adalah salah satu kesan utama diet yang tidak sihat iaitu dengan BMI atau indeks jisim badan 25 atau lebih. Faktor-faktor yang sering menyumbang kepada BMI yang tinggi termasuk kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh; diet tinggi dalam daging dan makanan bergoreng; pengambilan minuman berkalori tinggi seperti minuman soda; dan tidak cukup aktiviti fizikal (senaman).

4. Rasa loya dan keletihan
Ada diet yang melibatkan pengurangan kalori yang besar yang membuatkan anda rasa loya dan keletihan serta kerap sakit kepala.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Saturday, 23 August 2014

9 Diet Yang Tidak Sihat

14:19 0 Comments

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni Ida nak kongsikan 9 diet yang tidak sihat yang mungkin pernah diamalkan atau sedang diamalkan oleh kita semua tanpa kita sedar. Dalam keghairahan ingin bentuk badan yang cantik kita terlupa untuk mengambil kira diet yang sihat tanpa menjejaskan kesihatan kita. Kalau badan cantik tapi tak sihat pun tak seronok juga kan. Orang kata biar cantik luar dan juga dalaman.

Jom kita terjah apa 9 diet yang tidak sihat yang biasa kita amalkan.

1. Tidak mengambil semua kumpulan makanan.
Setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien-nutrien penting. Pengambilan bersama beberapa kumpulan makanan mewujudkan keseimbangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya anda tidak mengambil bijirin, buah-buahan atau lain-lain maka anda akan kehilangan nutrien yang penting. Sekiranya anda alergik kepada tenusu(laktosa) atau gluten anda perlu mengambil makanan lain dari sumber kumpulan makanan lain bagi menggantikan kalsium dan gluten.

2. Rasa diri tidak sempurna sekiranya tidak menurunkan berat badan
Kadang-kadang perasaan ketidaksempurnaan ini membuatkan kita lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang tidak sihat kerana terlampau inginkan bentuk badan yang cantik. Siapa pun diri kita tidak ada kena mengena dengan berapa kg berat badan kita. Dan sentiasa motivasikan diri kita sendiri untuk melakukan perubahan yang sihat melalui diet yang sihat.

3. Kehidupan sosial terlalu tertekan
Adakalanya kita rasa tertekan disebabkan diet. Sebagai contoh kawan-kawan ajak dinner sama tapi kita batalkan sebab sepatutnya kita hanya minum smoothie untuk makan malam. Diet anda tidak sepatutnya membuatkan anda terasing dari kehidupan sosial anda. Diet yang sihat sepatutnya membuatkan anda lebih selesa tak kira anda berada di dalam situasi mana sekalipun. Tak salah untuk dinner bersama rakan walaupun anda hanya minum smoothie sahaja. As long as anda boleh kawal nafsu makan anda. (^_^)

4. Pelan makanan yang tidak fleksibel
Pelan makanan yang fleksibel mengajar anda bukan sahaja apa yang anda perlu makan tetapi juga berapa banyak yang anda perlu makan walaupun anda tidak berada di rumah. Pelan makanan yang tidak fleksibel mengajar anda gaya pemakanan yang sama ketika anda berada di luar seperti di restoren dan juga di lapangan terbang yang sudah pasti tidak mempunyai banyak pilihan makanan. Tak akan anda nak duduk rumah sepanjang berdiet kan. As long as kita tahu jaga kalori makanan kita ketika berada di luar rumah. In Shaa Allah ia tak menjadi masalah untuk kita teruskan berdiet walaupun di mana kita berada sekalipun.

5. Memberi tumpuan hanya pada diet sementara bukan perubahan tabiat
Ini yang biasa kita lakukan sebenarnya. Sebagai contoh tarikh perkahwinan tinggal lagi satu atau dua minggu. Takut baju yang dah siap fitting tak muat maka kita melaksanakan diet pantas selama seminggu atau dua minggu. Kita tidak fokus pada perubahan tabiat pemakanan kita. Hanya target nak cepat turun dalam masa seminggu atau dua minggu dan waktu itu kita sanggup tak makan nasi atau cut off semua kumpulan makanan. Diet yang sihat sepatutnya dilakukan setiap hari untuk kesan yang berterusan. Sekurang-kurang 30 hari untuk kita tukar tabiat pemakanan kita. Bukan seminggu dua sahaja ye.

6. Membeli makanan tambahan atau suplemen
Membeli makanan tambahan atau suplemen untuk membantu diet anda tidak salah. Tetapi pastikan suplemen yang anda pilih untuk ada UJI KAJI, SEMULAJADI, TANPA BAHAN KIMIA. Sekiranya anda mampu menyediakan makanan diet anda yang lengkap dengan segala nutrien yang anda perlukan untuk tubuh badan anda berfungsi dengan baik maka anda tidak perlukan suplemen. Suplemen hanya sekadar membantu. Kalau makan suplemen berbotol-botol tapi pemakanan tidak jaga, tidak melakukan senaman atau minum air banyak maka tiada gunanya anda berhabis duit untuk beli suplemen.

7. Makanan atau minuman yang boleh menurunkan berat badan
Tidak ada satu pun makanan atau minuman yang membolehkan anda menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan adalah berkait rapat dengan apa pilihan makanan anda yang anda rasa puas dimakan walaupun hanya beberapa kalori sahaja yang boleh membuatkan anda aktif dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa tanpa perlu rasa letih atau lembik!

8.  Diet yang tidak memerlukan anda bersenam
Ramai yang suka berdiet tanpa bersenam. Memang ia menjadi satu kegemaran ramai sebab tak suka bersenam. Silap sebenarnya. Diet yang sihat anda masih perlukan senaman. Sebagai contoh, anda berdiet dengan mengambil protein. Protein membantu membina otot tetapi wajiblah bersenam. Kenapa perlu bina otot semasa diet? Kerana kita tidak mahu kelihatan badan lembik sana sini apabila berat badan berkurangan. Otot dan lemak sama berat tapi otot lebih kecil daripada lemak. No wonder bila ada yang berat tak nampak turun sangat tetapi inci makin kurang. Jangan mengamalkan diet yang bukan sahaja menghilangkan lemak dari badan tetapi juga hilang otot!.

9. Tidak ada sasaran berat yang mahu diturunkan setiap minggu
Dalam usaha menurunkan berat badan kita perlu juga set target berapa kg kita nak turun setiap minggu. Dengan senaman dan makanan diet yang sihat anda boleh menurunkan berat badan anda sebanyak 2 pounds setiap minggu iaitu berat lemak ye. Kehilangan lebih daripada 2 pounds setiap minggu menunjukkan anda kehilangan otot dan berat air di mana berat badan asal akan mudah kita perolehi semula.

Cadangan Set Shape Up (Set Kuruskan Badan) : http://bit.ly/1pbjOPD

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Wednesday, 20 August 2014

Pengedar Shaklee Selayang, Batu Caves dan Gombak

08:29 0 Comments
Assalamualaiku semua,

Malam ni Ida nak promote pengedar-pengedar di bawah jaringan Ida. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Selayang, Batu Caves dan Gombak anda boleh dapatkan Shaklee dari Siti Nor Nadirah Mohamad

Segala persoalan atau perlukan konsultasi anda boleh hubungi beliau. In Shaa Allah servis tip top. (^_^)


Oh ye jangan lupa follow blog Nad ye untuk dapatkan info-info promo setiap bulan, produk dan kesihatan. Url :  http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distibutor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com

Saturday, 16 August 2014

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita

20:18 0 Comments

Alhamdulillah pagi ni Ida berkesempatan untuk kongsikan bagaimana cara menentukan masa kesuburan wanita. 

Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Dan zuriat adalah ketentuan dari Allah swt sepertimana jodoh, ajal, maut. Ada pasangan yang baru kahwin terus hamil. Tapi ada juga pasangan yang dah bertahun kahwin masih belum hamil.

Adakalanya yang membuatkan kita lebih tertekan adalah tekanan dari orang luar yang sering kali bertanya bila ingin ada zuriat. Bagi Ida ia adalah soalan yang agak sensitif untuk ditanya kerana kita hanya manusia biasa. Siapa kita untuk tentukan bila kita akan dapat zuriat. Apa yang kita mampu lakukan adalah berikhtiar dan selebihnya berserah kepada Allah swt.

Salah satu cara untuk menentukan masa kesuburan kita adalah dengan mengambil kira kitaran haid setiap bulan. Normal kitaran haid adalah 28 hari. Sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari maka waktu kesuburan adalah pada hari ke-14 atau ke-15 dari hari pertama anda datang bulan.

Contohnya: 
Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

Ida sarankan anda tick pada kalendar setiap bulan setiap kali datang bulan. Mudah dari situ untuk kita kira kitaran haid.

Selain daripada kiraan kitaran haid, terdapat satu tanda atau perubahan yang menunjukkan wanita itu sedang dalam waktu subur. Iaitu perubahan pada mukus serviks. Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.


Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.


Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.



Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Anda juga boleh dapatkan kit ovulasi dari farmasi untuk mengetahui waktu kesuburan anda.



Sekiranya anda dapat mengenalpasti waktu kesuburan anda, cuba lakukan hubungan intim setiap dua atau tiga hari. Dengan cara ini, sperma yang kuat akan berada di tempat yang sesuai apabila anda berovulasi. Kerap melakukan hubungan intim meningkatkan kebarangkalian anda akan hamil.


Jika lakukan hubungan intim semasa mukus serviks anda basah dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik. 

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran. 

Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan hubungan intim teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.


Semoga cara-cara ini dapat membantu anda dalam usaha untuk hamil. Yang penting sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dipermudahkan usaha anda. Kerana segala apa yang ada di dunia ini semuanya dari Dia Yang Maha Esa. Tiada satu pun dari manusia.

Cadangan Set Kesuburan : http://bit.ly/1vIPdZK

Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 889076
HP: 019-983 5090
Email: hidayahmohamad83@gmail.com