Tuesday, 26 November 2013

TIBI & DIABETES


Ketahuilah bahawa jika anda menghidap diabetes, anda juga terdedah kepada Penyakit Tibi !!!
 
KENAPA???
 
Sistem pertahanan badan akan menjadi rendah dan mudah dijangkiti kuman yang merbahaya seperti kuman tibi.
Anda berisiko tinggi mendapat penyakit tibi jika:
  • tahap kesihatan anda merosot
  • penyakit diabetes anda tidak dikawal

APAKAH TANDA-TANDA JANGKITAN TIBI PARU-PARU?

Batuk berterusan.

Mempunyai tanda-tanda sakit lain seperti:
  • Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam.
  • Keletihan, kurang selera makan dan turun berat badan.
  • Sakit dada kerana kerap batuk atau semasa menarik nafas panjang.
  • Bengkak kelenjar. 
 
APAKAH YANG PERLU BUAT?
 
Jalani pemeriksaan X-Ray  dada untuk mengesan penyakit Tibi.

Jika anda batuk melebihi 7 hari anda perlu menjalani pemeriksaan kahak di klinik atau hospital yang berdekatan dengan segera.

PENYAKIT TIBI BOLEH DISEMBUHKAN!!!

APA PERLU DIBUAT JIKA SAYA MENGHIDAP PENYAKIT TIBI?
 
Teruskan mengambil rawatan diabetes.
Ikut jadual rawatan tibi dan susulan yang ditetapkan.

Pastikan semua ubat tibi dimakan.

Sumber: Risalah kesihatan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090

Monday, 25 November 2013

Cegah DIABETES, Hidup Lebih SIHAT


APAKAH DIABETES?

Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.

JENIS-JENIS DIABETES YANG UTAMA

Jenis 1
  • Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
Jenis II
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
  • Biasanya boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.   
Jenis III
  • Keadaan ini adalah sementara.
  • Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.

FAKTOR RISIKO
  • Sejarah Keluarga Yang Mengidap Diabetes 
          Jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mengidap diabetes, kebarangkalian
          seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.
  • Berat Badan Yang Berlebihan
          Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes
  • Tidak Aktif Secara Fizikal
          Mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat
          diabetes.
  • Mengamalkan Pemakanan Tidak Sihat
          Mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak
          mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes.
  • Umur
          Umur yang meningkat. 


GEJALA DIABETES
  1. Sentiasa merasa dahaga.
  2. Kerap membuang air kecil.
  3. Merasa letih dan lesu.
  4. Susut berat badan walaupun berselera makan.
  5. Luka dan kudis yang lambat sembuh.
  6. Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan.

KOMPLIKASI DIABETES
  1. Penyakit buah pinggang.
  2. Serangan jantung.
  3. Kebutaan.
  4. Koma atau tidak sedar diri.
  5. Tekanan darah tinggi.
  6. Strok (angin ahmar).
  7. Penyakit saraf.
  8. Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong. 

BOLEHKAN DIABETES DIUBATI?

Diabetes tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan:
  • Mengawal pemakanan
  • Bersenam setiap hari
  • Mengambil ubat/insulin mengikut jadual.
  • Mengekalkan berat badan unggul iaitu indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m2

Sumber: Risalah kesihatan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.


Pengedar Sah Shaklee
Hidayah Mohamad
019-983 5090

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...