Tuesday, 8 October 2013

Penyakit Hati Berlemak - Jangan Pandang Remeh


Mungkin ada yang tidak tahu tentang penyakit Hati Berlemak atau Fatty Liver Disease. Ini kerana tiada simptom yang spesifik menunjukkan gejala penyakit ini. Simptom biasa seperti kegemukan, tekanan darah tinggi atau kolestrol tinggi, kerap keletihan atau sakit di bahagian atas abdomen membuatkan ramai antara kita tidak ambil kisah tentang penyakit ini. Lagipula, penyakit ini hanya dapat dikesan melalui ujian ultra sound dan kaedah biopsi. Rakyat Malaysia harus lebih didedahkan tentang medical check up sebagai langkah awal pencegahan.

Penyakit Hati Berlemak ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-

1. Steatosis - hati berlemak biasa
    Hati akan membentuk  lemak dan pemusnahan sel hati akan bermula.  Ini dipanggil non-alcoholic  
    fatty  liver disease  (NAFLD).  Kebanyakkannya, tidak menunjukkan sebarang simptom.  Pada 
    tahap ini, tiada pembengkakan hati berlaku.
 
2. NASH - (Non-alcoholic steatohepatitis) - Hati Berlemak Berkaitan dengan Keradangan
    Pembetukkan lemak secara berlebihan menyebabkan radang pada hati dan boleh memusnahkan 
    sel hati. Sel hati yang telah mati akan menyebabkan luka pada tisu-tisu.
 
3. Cirrhosis (pengerasan hati)
    Luka yang teruk pada tisu hati menyebabkan hati akan menjadi lebih keras.  Hati akan gagal 
    berfungsi seperti biasa.  'Cirrohosis' boleh meragut nyawa.
 
 
Faktor-faktor mengundang kepada penyakit ini adalah :-
 
  1. Diabetes tahap kedua - Statistik menunjukkan 88% pengidap diabetes tahap kedua akan membentuk NAFLD
  2. Overweight (Berat badan berlebihan) - seseorang akan diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan apabila Body Mass Index (BMI) mereka di antara 23 ke 27.4.  Lemak di dalam organ boleh meningkatkan peratus lemak di dalam badan.  
  3. Obesiti - obesiti terjadi apabila BMI seseorang melebihi 27.5.  Menurut statistik, NAFLD berlaku terhadap 80% pesakit yang obesiti.
  4. Tinggi kolestrol -  63% pesakit NAFLD adalah mereka yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi
  5. Tinggi triglycerides (lemak yang di simpan di bawah kulit)  
  6. Kekurangan Nutrien - Penyerapan lemak tumbuhan, minyak tumbuhan, bahan protein dan karbohidrat menyebabkan nutrien berlebihan terubah kepada lemak yang tertimbun di dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala kegemukan (obesiti), paras kolestrol tinggi serta hati berlemak
  7. Kekurangan Nutrien -  Dibanding dengan golongan berbadan gemuk, golongan berbadan kurus adalah lebih berisiko gejala hati berlemak.  Kekurangngan nutrien secara jangka panjang boleh menyebabkan kekurangan bahan protein dan pelbagai vitamin.  Sejumlah besar asid protein dilepaskan ke dalam organ hati dan ini boleh menjadi penyebab hati berlemak
  8. Pengambilan alkohol secara berterusan - pengambilan alkohol melebihi 60g sehari boleh di kira sebagai pengambilan alkohol secara berlebihan.  Penggunaan alkohol secara berlebihan ini di panggil Alcoholic Fatty Liver Disease (AFLD)
  9. Pengambilan sesetengah ubat-ubatan secara berlebihan
  10. Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
  11. Kehamilan
 
Mencegah itu lebih baik daripada  merawati. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurang 6 bulan sekali.
 
Sumber: http://adanyakauuntukku.blogspot.com/2012/10/penyakit-hati-berlemak-fatty-liver.html
 
 
Hidayah Mohamad
- the magic mentor-
 

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...