Monday, 23 September 2013

Panduan makanan pejal pertama bayi


Sebagai ibu kita akan terfikir bagaimana penyediaan makanan untuk si manja terutama sekali ibu-ibu yang pertama kali melalui pengalaman ini. Di sini saya kongsikan sedikit info tentang panduan makanan pejal pertama bayi. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu di luar sana..

Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, mari kita lihat beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.
• Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini.
• Berikan makanan pejal 2 – 3 kali sehari.
• Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa.
• Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
• Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
• Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.
Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamnya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:
• Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
• Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
• Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
• Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
• Menunjuk minat pada apa yang anda makan.

Friday, 20 September 2013

Sayangi Jantung Anda


Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang.

Penyakit penting bagi jantung termasuk:
  • Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
  • Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
  • Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
  • Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
  • Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.

Sumber dari Utusan Malaysia - 09/01/2011: Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.
Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
* Kepala berpusing
* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Cadangan Suplemen Shaklee untuk kesihatan jantung:
Kebarangkalian terdapat perbezaan packaging. Kita nantikan pelancaran CoQ-10 pada 8 June 2013 ini.

Shaklee CoQHeart® is a coenzyme Q10 (CoQ10) supplement that features Q-Trol™, an all-natural proprietary blend of CoQ10 and resveratrol in a bioavailable softgel. CoQ10 helps produce
energy in every cell of the body, especially in muscle cells of the heart. As an antioxidant, CoQ10 also helps protect arteries against the oxidation of low-density lipoproteins (LDL). This
is important as it helps promote the healthy function of blood vessels, including those that transport blood to the heart. This effect is complemented by resveratrol, a phytonutrient that
has potent antioxidant activity. In laboratory studies, resveratrol also has been shown to promote blood vessel relaxation.* The more relaxed blood vessels are, the wider they open to
promote healthy blood flow.



Thursday, 19 September 2013

Kenali Petanda Penyakit Melalui Bahagian Tubuh Badan

Kebiasaanya kita hanya mengetahui penyakit setelah tahap kritikal. Ini kerana masyarakat kita agak kurang mengambil berat tentang medical checkup yang sepatutnya dijalankan setiap 6 bulan dengan alasan kosnya agak mahal. Walhal kesihatan lebih penting dari wang ringgit. Jangan tunggu sudah berusia baru kita nak ambil inisiatif untuk menjalankan medical checkup. Di usia muda juga perlu dilakukan kerana penyakit yang datang tidak mengira usia seseorang itu. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang petanda penyakit yang kita boleh kenalpasti melalui perubahan pada bahagian tubuh badan kita. Sekiranya terdapat perubahan tersebut sila merujuk kepada pakar.

1. MATA - bertindak balas dengan keadaan hati.


Mata merah - Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur - Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata - Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata - Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak - Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG - Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dengan kerongkong.

Selesema - Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. * Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya ketika suhu badan meningkat).

Hidung sebu - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk
Batuk keluar kahak :-  Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

Batuk tanpa kahak :- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 

Batuk dan berasa gatal di kerongkong :- Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3. KERONGKONG 

Kerongkong kering - Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong - Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

Bibir pucat

:- Sistem penghadaman yang lemah. 
:- Perut mengandungi angin. 
:- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Bibir kering dan pecah - Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

Lidah atau gusi bengkak, sakit - Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi  lemah, saluran koronari tersumbat.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah - pecah (ulser) - Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk - Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.





Telinga terasa tersumbat - Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung - Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

7. KULIT 

Peluh -

Peluh masin :- Badan mengandungi lebihan asid urik .

Peluh berbau :- Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & bisul - Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Kulit gatal dengan ruam - Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

Kulit pecah & berair - Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

Rambut gugur - Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

8. SENDI-SENDI TANGAN DAN KAKI

Sakit Sendi

Rasa panas :- Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda gout.

Tidak rasa panas :- Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

Sakit di bahagian bahu :- Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas tangan :- Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas tangan kiri dan lengan :- Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Kebas kaki :- Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit tapak kaki: :- Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit tumit kaki :- Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa panas di tapak kaki :- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di celah-celah kaki :- Menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kaki busuk. (Hong Kong Foot).

9. NAJIS DAN AIR KENCING

Kencing berwarna kuning pekat - Tubuh kekurangang air. Tambah jumlah air diminum setiap hari.

Kencing berwarna merah / merah jambu  - Terdapat jangkitan pada pundi kencing yang akan menyebabkan pendarahan.

Najis ada darah - Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus.

TANDA-TANDA DALAMAN

Kepala - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/Sakit di Bahagian Depan Kepala - Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/Sakit di Bahagian Belakang Kepala -

Bahagian Atas :- Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

Bahagian Bawah(tengkuk) :- Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga :- Menandakan penyakit migrain.

Bisul di Kepala :- Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang berkait rapat dengan penyakit migrain.

Rasa pening yang memusing :- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG

Loya/Muntah : - Tanda penyakit lelah. Pembuangan toksin di bahagian perut.

Muntah Darah -

Darah Merah :- Pembuangan tisu yang rosak di bahagian kerongkong.

Darah Hitam :- Pembuangan tisu yang rosak di bahagian perut misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek - Tanda sakit jantung.

Keluar Air Liur Pekat - Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

KENCING

Kencing kerap - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.

Air kencing berkapur - Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak - Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat berwarna coklat - Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air kencing Berdarah - Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

Cirit birit/Kerap buang air besar - Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

Sembelit - Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis berdarah

Darah merah :- Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Darah hitam :- Masalah penyakitu ulser perut.

Najis berwarna hitam :- Menunjukkan proses pembuangan toksis di usus.

TINDAK BALAS BADAN

Badan rasa sakit - Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

Sakit menyucuk - Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal - Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap - Proses menyeimbangkan urat saraf berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang - Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan terasa berat/malas/lenguh - Badan mengandungi asid berlebihan. Proses penyeimbangan.

Badan terasa panas - Badan mengandungi asid berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan air yang banyak untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan terasa ringan - Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 TINDAK BALAS EMOSI

Rasa takut mengejut - Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

Cepat naik darah/marah - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

Rasa bimbang & takut - Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa seronok dan bimbang tanpa sebab :-

- Sistem jantung lemah.
- Sistem saraf otak lemah.
- Masalah pengaliran darah.

Suka berfikir & berkhayal  - Sistem penghadaman yang lemah.

Sumber : http://panduanpercuma.info/kesihatan/2466/bahagian-tubuh-petanda-penyakit-pada-diri/


Sunday, 15 September 2013

Takut kucing ???


Mungkin ada yang kata buat apa nak takut dgn kucing. Kucing bukannya harimau ke singa ke. Ya.. betul tu. Tapi setiap orang ada fobia tertentu kan. Mereka yang fobia pada kucing dipanggil "Ailurophobia","Elurophobia" atau "Felinophobia". Kenapa saya tiba-tiba post topic ni??.. Hehe.. kerana saya TAKUT KUCING.. hehe..Tapi bukan saya seorang sahaja. Adik2 perempuan saya pun sama. Nak dijadikan cerita antara puncanya fobia saya terhadap kucing. Masa kecil dulu saya mmg suka main dgn kucing. Satu hari mak tengah masak kat dapur, saya main dengan kucing di pintu dapur. Main punya main sekali kucing tu gigit jari saya..hahahah.. Sejak dari itulah bermulanya fobia saya dengan kucing..

Tahap fobia dengan kucing ini bergantung kepada rasa takut mereka terhadap binatang ini. Walaupun kucing adalah binatang yang sangat manja dan comel tapi dek kerana takut mereka menganggap kucing ni umpama harimau yang akan terkam gigit mereka..hehe.. Ada yang tak boleh nampak kucing langsung. Mereka sanggup guna jalan jauh asalkan tak terserempak dengan kucing.. Ada yang tak kisah kucing di sebelah asalkan jangan datang bergesel di kaki..

Cara mengatasi fobia dengan kucing ini adalah kita perlu meminimakan ketakutan kita atau menukar ketakutan ini kepada sesuatu yang comel yang kita nampak dari kucing. Mungkin akan  mengambil masa yang lama tapi ia masih boleh disembuhkan. Kira ok la kan nak anggap kucing comel sebab kucing mmg comel.. Daripada yang takut lipas..hehhe.. sanggup ke nak anggap lipas tu comel..ewww... hihi..

Sekadar perkongsian di petang hari.. 

Mode: Recharging..

Salam sayang,
Hidayah Mohamad


Thursday, 12 September 2013

Sebab Kenapa Anda Selalu Letih


Adakah keletihan itu satu perkara yang normal? Dengan cara kehidupan kita, bekerja dan uruskan rumah tangga. Mungkin ada berpendapat begitu. Walau apa pun jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri mengundang kepada penyakit-penyakit lain.

Berikut adalah sebab kenapa kita selalu letih:

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simptom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simptom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Sumber: http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/merancang-untuk-hamil/170-7-sebab-kenapa-anda-selalu-letih.html

-Hidayah Mohamad-

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...