Tuesday, 16 July 2013

Pemakanan Ibu Hamil

Assalamualaikum wrt,

Hari ini saya nak kongsi risalah Pemakanan Ibu Hamil dari Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

*******************************************************************

Mengamalkan cara pemakanan yang sihat beberapa bulan sebelum hamil berupaya membantu ibu-ibu dan bayi dalam kandungan mendapat khasiat secukupnya. Wanita hamil memerlukan nutrien yang mencukupi bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan tidak terjejas antaranya:
  1. Ibu-ibu mengandung digalakkan kerap mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana pada peringkat akhir kehamilan, mereka biasanya akan mengalami masalah sembelit.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan gentian untuk mencegah masalah sembelit.
  3. Wanita hamil juga digalakkan minum enam hingga lapan gelas air sehari kerana ia dapat membantu masalah yang sama daripada berlaku.
  4. Pengambilan susu yang membekalkan folate tambahan, zat besi dan keperluan kalsium seharian. Pengambilan dua gelas susu sehari bagus untuk ibu mengandung.
  5. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak, garam dan makanan snek yang tidak berkhasiat. 
Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari. Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:


 Kombinasi makanan harian untuk wanita hamil berdasarkan piramid makanan adalah seperti berikut:

  1. Nasi, mee, roti gandum dan bijirin (8 hingga 12 hidangan)
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran (3 hingga 5 hidangan)
  3. Ikan, daging ayam/itik, daging lembu dan kekacang (2 hingga 3 hidangan)
  4. Susu dan hasil tenusu (1 hingga 2 hidangan)
  5. Lemak , minyak, gula dan garam (jumlah yang kecil)
  6. Banyakkan minum air (sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari) terutamanya air biasa atau jus buah dan sayur segar
Wanita hamil perlu menjaga pemakanan mereka kerana ia penting untuk penambahan berat badan semasa mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fetus.

Purata penambahan berat badan yang disyorkan oleh doktor ialah 10kg hingga 15kg. Tempoh kehamilan bukan satu jangka waktu yang sesuai untuk mengamalkan diet kerana tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepad bayi dan juga wanita hamil.

KATAKAN TIDAK PADA MAKANAN INI...

Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan sewaktu tempoh kehamilan:
  1. Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodium Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan otaknya.
  2. Makanan yang banyak garam seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang dan sebagainya.
  3. Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya burger, hotdog, kentang goreng, kerepek dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.
  4. Telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteria Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.
  5. Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, di samping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik.
Tidak hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi, sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh anda.

-Hidayah Mohamad-
Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...