Saturday, 27 July 2013

Kemurungan


 
Hari ini saya nak cerita tentang kemurungan. Adakah kita sendiri mengalami kemurungan tanpa kita sedar? Kemurungan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, kanak-kanak atau dewasa. Anggaran kasar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa daripada 10 orang penduduk Malaysia, seorang mempunyai penyakit mental. Dan, majoriti pesakit-pesakit mental di Malaysia adalah terdiri daripada pesakit kemurungan klinikal. Dari segi pecahan jantina pula, penyakit kemurungan merupakan penyakit ketiga tertinggi di kalangan kaum Hawa manakala di kalangan kaum Adam, kemurungan merupakan penyakit yang kesepuluh paling tinggi daripada semua jenis penyakit.

Kemungkinan kita sendiri pernah mengalami kemurungan atau depresi tanpa kita tahu sebab musababnya. Sebenarnya penyebab depresi boleh dilihat dari faktor biologis (seperti misalnya karena sakit, pengaruh hormon, depresi pasca-melahirkan (meroyan), penurunan berat badan yang drastis) dan faktor psikososial (misalnya konflik individual atau interpersonal, masalah eksistensi, masalah kepribadian atau personaliti, masalah keluarga). Ada pendapat menyatakan bahawa masalah keturunan mempunyai pengaruh terhadap kecenderungan munculnya depresi. Anda juga harus tahu latar belakang / susur galur keluarga anda.


JENIS DEPRESI:
Terdapat 4 jenis depresi yang umum berlaku seperti yang tersenarai berikut:-
1.    Depresi utama
Ia adalah bentuk depresi yang paling biasa berlaku. Dipresi utama seringkali disalahsangka sebagai depresi yang paling serius. Sebenarnya depresi utama boleh dibahagikan lagi mengikut intensif masing-masing:-
a.    Depresi utama ringan
b.    Depresi utama sederhana
c.    Depresi utama teruk
2.    Distimia:
Istilah ini merujuk kepada depresi kronik yang ringan tetapi berpanjangan yang mungkin tidak mempengaruhi fungsi sosial dan kerja buat seseorang.

3.    Dipresi gangguan perasaan dwikutub:
Mereka yang menghidap depresi gangguan perasaan dwikutub akan megalami pergolakan emosi antara dua ekstrem. Dalam fasa manik, pesakit berasa sangat gembira dan sebaliknya berasa sedih dalam fasa murung.
4.    Dipresi postpartum (PPD) – meroyan.
PPD berlaku dalam beberapa hari atau beberapa bulan selepas bersalin. Ia boleh timbul selepas kelahiran mana-mana anak dan tidak semestinya semasa anak pertama. Depresi postpartum berlaku dalam 10 – 20 % ibu yang bersalin dan sering kali mengganggu mereka daripada melakukan tugas hariannya.

TANDA-TANDA KEMURUNGAN

Selalunya, tanda-tanda kemurungan hanya dapat disedari apabila masalah tersebut sudah pun lama berlaku dan sudah pun menjejaskan kehidupan pesakit tersebut. Hampir kesemua pesakit “depression” ini pasti mengalami masalah “mood” rendah hampir pada setiap masa. Pesakit turut  hilang minat atau tidak berasa seronok apabila melakukan hobi mereka atau apa-apa perkara yang mereka gemari sebelum dilanda kemurungan. Malah, mereka akan lebih suka untuk menyendiri di bilik tanpa melakukan apa-apa dan lebih suka untuk tidur sepanjang hari. Ahli keluarga juga akan mendapati si pesakit tersebut akan mula tidak mahu untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, menukar pakaian atau mengemas diri.
Pesakit kemurungan turut selalu berasa cemas tanpa sebab (anxiety), berasa tidak selesa di khalayak ramai, mudah marah, rasa bersalah tidak bertempat, sentiasa gelisah dan berasakan tidak berupaya langsung untuk mengubah keadaan diri. Malah, mereka akan mula mengalami penurunan (atau penambahan) berat badan, selalu sakit-sakit, selera makan meningkat (atau menurun) dan rasa sentiasa penat. Jikalau pesakit tersebut tidak mendapat sebarang bantuan atau sokongan, dikhuatiri pesakit kemurungan ini akan mula mempunyai perasaan untuk mencederakan diri sendiri ataupun yang lebih serius lagi, mempunyai rancangan untuk membunuh diri.



KEMURUNGAN DI KALANGAN KANAK-KANAK:
Secara umumnya:-
  • Kanak-kanak tidak berupaya mengawal masalah emosi ini tanpa bantuan orang yang lebih dewasa
  • Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.
  • Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari:
    • Pengalaman tekanan perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga.
    • Pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat.
    • Keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan
    • Mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak.
      • Gangguan kemerosotan hyperaktif
      • Gangguan dalam pembelajaran
      • Gangguan kekusutan (anxiety)
      • Penderaan
      • Gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku
Apakah tanda-tanda kemurungan di kalangan kanak-kanak?
Perubahan boleh ditunjukan dalam
  1. Kelakuan
  • Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  • Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
  • Terpinggir / terasing
  • Marah dan suka bermusuh
  • Hubungan yang tegang
  • Kerapkali tidak hadir ke sekolah
  • Hendak lari dari rumah
  • Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
     2. Perasaan /Emosi/Pemikiran
  • Perasaan tidak puas hati
  • Kurang tumpuan
  • Kurang keyakinan diri
  • Rasa diri tidak berguna
  • Bosan
  • Tertekan kerana disingkir
  • Cepat marah
     3. Perubahan Fizikal
  • Kurang tahap tenaga kecerdasan
  • Perubahan masa tidur atau makan
  • Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
  • Perubahan berat badan
Bilakah seseorang kanak-kanak itu perlukan bantuan?
Adalah dinasihatkan untuk mendapat bantuan bila:
  • Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri
  • Kanak-kanak mengalami ketidakseronokan yang berterusan
  • Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian
Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain kepada kanak-kanak ?
Kemurungan pada kanak-kanak boleh membawa kepada;
  • Gangguan dalam proses tumbesaran
  • Gangguan dalam fungsi seperti
    • Proses pembelajaran
    • Menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru.
  • Masalah gangguan tingkah laku yang serius.
  • Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah.
  • Mencederakan diri sendiri
  • Risiko membunuh diri
Bolehkah kita berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak sedemikian ?
  • Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak.
  • Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini.
    • Berlajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yang betul. Terapkan kepercayaan diri sendiri
    • Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya.
    • Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif
  • Kaunseling juga mustahak untuk
    • Perseorangan
    • Keluarga
    • Sekolah
  • Ubat mengawal tekanan perasaan akan diberikan oleh Pakar Psikiatri
Dapatkah kemurungan dielak di kalangan kanak-kanak ?
Banyak cara dapat dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak seperti :
  • Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif
  • Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah
  • Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.
  • Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik
Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.

Sebagai ibubapa kita seharusnya peka terhadap tingkah laku anak-anak kita. Seandainya ada perkara-perkara yang membimbangkan sila rujuk kepada pakar secepat mungkin. Bagi mereka yang dewasa mengalami kemurungan, kita sebagai orang di sekeliling atau terdekat dengan mereka haruslah memberi sokongan dan membantu mereka dalam menangani masalah kemurungan atau depresi.

Sumber:
http://jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=146
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/kemurungan-depression

-Hidayah Mohamad-

Tuesday, 16 July 2013

Pemakanan Ibu Hamil

Assalamualaikum wrt,

Hari ini saya nak kongsi risalah Pemakanan Ibu Hamil dari Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

*******************************************************************

Mengamalkan cara pemakanan yang sihat beberapa bulan sebelum hamil berupaya membantu ibu-ibu dan bayi dalam kandungan mendapat khasiat secukupnya. Wanita hamil memerlukan nutrien yang mencukupi bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan tidak terjejas antaranya:
  1. Ibu-ibu mengandung digalakkan kerap mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana pada peringkat akhir kehamilan, mereka biasanya akan mengalami masalah sembelit.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan gentian untuk mencegah masalah sembelit.
  3. Wanita hamil juga digalakkan minum enam hingga lapan gelas air sehari kerana ia dapat membantu masalah yang sama daripada berlaku.
  4. Pengambilan susu yang membekalkan folate tambahan, zat besi dan keperluan kalsium seharian. Pengambilan dua gelas susu sehari bagus untuk ibu mengandung.
  5. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak, garam dan makanan snek yang tidak berkhasiat. 
Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari. Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:


 Kombinasi makanan harian untuk wanita hamil berdasarkan piramid makanan adalah seperti berikut:

  1. Nasi, mee, roti gandum dan bijirin (8 hingga 12 hidangan)
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran (3 hingga 5 hidangan)
  3. Ikan, daging ayam/itik, daging lembu dan kekacang (2 hingga 3 hidangan)
  4. Susu dan hasil tenusu (1 hingga 2 hidangan)
  5. Lemak , minyak, gula dan garam (jumlah yang kecil)
  6. Banyakkan minum air (sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari) terutamanya air biasa atau jus buah dan sayur segar
Wanita hamil perlu menjaga pemakanan mereka kerana ia penting untuk penambahan berat badan semasa mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fetus.

Purata penambahan berat badan yang disyorkan oleh doktor ialah 10kg hingga 15kg. Tempoh kehamilan bukan satu jangka waktu yang sesuai untuk mengamalkan diet kerana tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepad bayi dan juga wanita hamil.

KATAKAN TIDAK PADA MAKANAN INI...

Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan sewaktu tempoh kehamilan:
  1. Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodium Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan otaknya.
  2. Makanan yang banyak garam seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang dan sebagainya.
  3. Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya burger, hotdog, kentang goreng, kerepek dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.
  4. Telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteria Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.
  5. Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, di samping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik.
Tidak hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi, sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh anda.

-Hidayah Mohamad-

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...