Sunday, 2 June 2013

Kurangkan sakit bersalin


Setiap kelahiran tidak selalunya bebas daripada rasa sakit. Kesakitan ini ada tujuannya di mana setiap kontraksi menunjukkan kelahiran bayi semakin dekat. Walaubagaimanapun, kita masih diberi peluang untuk mengurangkan kesakitan ini. Mungkin ada beberapa pilihan yang agak sinonim bagi mereka yang mempunyai pengalaman bersalin.

EPIDURA


Epidura ialah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan saraf di bahagian bawah badan berasa kebas untuk seketika. Bahan ini baik digunakan, terutamanya untuk sakit belakang pelahiran. Epidura perlu diambil masanya edngan berhati-hati supaya kesannya hilang menjelang peringakt kedua. Jika tidak, anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk menolak bayi anda keluar dan ini meningkatkan kemungkinan anda mendapat episiotomi dan kelahiran menggunakan forsep.

Apa yang berlaku

Suatu epidura mengambil masa 20 minit untuk disediakan. Anda akan dimintak melengkungkan badan dengan meletakkan lutut di bawah dagu supaya belakang anda melengkung. Ubat bius disuntik ke dalam bahagian belakang anda melalui satu tiub. Tiub ini dibiarkan pada kedudukannya supaya anda dapat diberui ubat bius apabila perlu. Ubat bius ini hilang kesannya dalam masa kira-kira 2 jam. Anda akan diberi drip pada lengan anda dan diawasi sepanjang masa. Pergerakan anda mungkin terhad, tetapi sesetengah hospital menawarkan epidura yang tidak menghalang anda bergerak ke sana sini.

Kesannya
Ke atas anda: Jika epidura berfungsi dengan berkesan, anda sepatutnya tidak berasa sakit dan sedar sepenuhnya perkara yang berlaku. Sesetengan wanita berasa pening dan mengalami sakit kepala yang mungkin berlanjutan selama beberapa jam. Kaki anda mungkin berasa agak berat untuk beberapa jam.
Ke atas bayi: Tiada.


ENTONOKS (GAS DAN UDARA)

 

Satu campuran oksigen dan nitrus oksida yang sangat melegakan kesakitan walaupun tidak sepenuhnya. Sangat berguna untuk peringkat pertama.

Apa yang berlaku

Anda menyedut gas tersebut melalui topeng yang dipegang dengan tangan. Topeng ini pula disambungkan ke suatu silinder melalui tiub. Gas ini mengambil masa kira-kira setengah minit untuk mencapai kemuncak. Oleh itu, anda perlu menyedut gas itu dengan dalam beberapa kali pada permulaan satu kontraksi.
Kesannya
Ke atas anda: Gas hanya mengurangkan keperitan sakit. Oleh itu, ini mungkin tidak mencukupi. Anda mungkin berasa hendak pitam semasa menarik nafas.
Ke atas bayi: Tiada.

PETIDINA

 

Ubat ini biasanya diberi agak awal semasa peringkat pertama pelahiran, terutamanya jika anda cemas atau sukar untuk merehatkan diri. 

Apa yang berlaku

Petidina mungkin diberi melalui suntikan pada punggung atau paha anda. Bahan ini mengambil masa kira-kira 20 minit untuk berfungsi dan kesannya berlanjutan selama 2 hingga 3 jam.

Kesannya
Ke atas anda: Petidina memberi kesan yang berbeza kepada seseorang wanita. Sesetengahnya berasa tenang, rehat dan mengantuk sedikit tetapi masih menyedari perkara yang berlaku. Sesetengahnya pula mengadu tidak dapat mengawal diri dan berasa mabuk. Anda mungkin berasa tidak sihat dan tidak mahu banyak bergerak.

Ke atas bayi: Jika petidina diberi terlalu hampir pada waktu kelahiran, ini mungkin melambatkan pernafasannya dan menyebabkannya mengantuk. Walaubagaimanapun, pernafasan yang lambat boleh dipulihkan dengan mudah selepas kelahiran dan rasa mengantuk akan hilang.

TENS




Ini mengurangkan rasa sakit dan merangsang sistem kelegaan sakit semula jadi badan anda melalui impuls kecik arus elektrik pada bahagian belakang anda. Adalah berfaedah sekiranya anda berlatih menggunakan mesin TENS pada bulan yang akhir sebelum kelahiran. 

Apa yang berlaku

Empat pad yang mengandungi elektrod dilekatkan pada belakang anda, di atas saraf yang menampung rahim. Pad ini disambung oleh wayar ke suatu kawalan yang dipegang dengan tangan, yang anda gunakan untuk mengawal kekuatan arus elektrik.

Kesannya
Ke atas anda: TENS mengurangkan kesakitan pada sesetengan wanita, terutamanya jika digunakan sejak awal pelahiran. Sesetengahnya mengatakan alat ini langsung tidak membantu mereka. Jika pelahiran anda sangat menyakitkan, penggunaan TENS mungkin tidak memadai.

Ke atas bayi: Tiada.

- Hidayah Mohamad-

Source: Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu & Anak by Elizabeth Fenwick 


 
Post a Comment