Thursday, 30 May 2013

Masalah keputihan



Masalah keputihan seringkali menghantui kaum perempuan sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin. Bagi yang belum berkahwin mungkin mengambil mudah perkara ini. Dan bagi yang sudah berkahwin agak membimbangkan kerana ia boleh mengundang ketidakselesaan apabila bersama suami.

Sifat dan rupa lendir keputihan adalah jernih, cair tanpa bau dan tidak rasa gatal. Seandainya anda mengalami pengeluaran lendir keputihan bersama warna kecoklatan atau darah sila rujuk kepada doktor kerana dikhuatiri terdapat jangkitan.

Punca-punca keputihan:

1. Hormon estrogen dan progesteron tinggi dalam darah.
2. Pil perancangan di mana ia mengandungi hormon estrogen dan progesteron.
3. Gangguan jiwa samada terlampau sedih atau gembira.
4. Wanita yang berkerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak.

Wanita yang mengandung juga turut mengalami masalah yang sama kerana semasa hamil hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan. Namun begitu sekiranya wanita hamil mengalami ketidakselesaan atau kegatalan sila dapatkan rawatan dengan segera.

Keputihan abnormal ketika hamil mengundang kepada:

1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.
2Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian
5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.
"Mencegah lebih baik dari mengubati"
Post a Comment