Friday, 31 May 2013

Kenali Jenis Cyst


Cyst sangat sinonim kepada wanita. Ramai yang tahu tentang cyst. Tapi mungkin tak ramai yang tahu jenis cyst. Kenapa ia dipanggil cyst? Cyst adalah sejenis tumbuhan di dalam kilang ovari. Ia mengandungi cecair  sama ada cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia juga boleh mengandungi tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan sebagainya.

Jenis-jenis Cyst:

1. Follicular Cyst - ia mengandungi air dan bermula dari karung telor yang tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang-kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan.




2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah di merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat.




4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan yang melampau.




5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim.




6. Dermoid cyst ovary atau terratoma - mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang.




Pastikan anda kerap menjalani rawatan pap smear atau vaginal ultrasound sekurang-kurang setahun sekali. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Post a Comment