Thursday, 30 May 2013

Jalur Kabur pada alat uji UPT


Ramai antara kita yang biasa melakukan pemeriksaan kehamilan sendiri di rumah dengan menggunakan alat uji Urine Pregnancy Test (UPT). Namun begitu ada yang keliru dengan keputusan ujian tersebut di mana jalur agak kabur atau samar-samar. Adakah saya hamil? 

Bagaimana kehamilan boleh diperiksa menggunakan alat uji UPT? Alat uji UPT mengesan kehamilan melalui kepekatan hormon human chorionic gonadotrophin (HcG) dalam air kencing. Hormon HcG dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Hanya alat uji UPT yang sensitif mampu mengesan kehadiran hormon HcG. Anda boleh membaca arahan pada kotak atau pembalut alat uji UPT. Ada alat uji UPT yang boleh mengesan hormon HcG  pada kepekatan 20 IU/L dan ada yang boleh mengesan pada kepekatan 50 IU/L sahaja. Semakin mahal alat uji UPT semakin sensitif dalam mengesan hormon HcG pada kepekatan rendah.

Ramai antara kita akan menguji kehamilan apabila 2-3 hari lewat datang bulan di mana ketika ini kepekatan hormon HcG sangat rendah. Anda disarankan menguji kehamilan pada hari ke-14 lewat datang bulan kerana pada hari ke-14 kepekatan hormon HcG adalah sebanyak 100 IU/L. 

Bagaimana pula bagi mereka yang menguji alat UPT positive tetapi apabila buat pemeriksaan di klinik negative dan tidak hamil? Kebarangkalian ini terjadi kepada mereka yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon HcG seperti Profasi, Pregnyl atau Novarel. Bagi wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon HcG perlu menunggu 7-14 hari selepas suntikan untuk membuat pengujian kehamilan dengan alat uji UPT.

-Hidayah Mohamad-




Post a Comment