Friday, 31 May 2013

Kenali Jenis Cyst

17:03 0 Comments

Cyst sangat sinonim kepada wanita. Ramai yang tahu tentang cyst. Tapi mungkin tak ramai yang tahu jenis cyst. Kenapa ia dipanggil cyst? Cyst adalah sejenis tumbuhan di dalam kilang ovari. Ia mengandungi cecair  sama ada cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia juga boleh mengandungi tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan sebagainya.

Jenis-jenis Cyst:

1. Follicular Cyst - ia mengandungi air dan bermula dari karung telor yang tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang-kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan.




2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melimpah di merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat.




4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan yang melampau.




5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim.




6. Dermoid cyst ovary atau terratoma - mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang.




Pastikan anda kerap menjalani rawatan pap smear atau vaginal ultrasound sekurang-kurang setahun sekali. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

10 Pilihan Cara Penyimpanan Susu Perahan

02:14 0 Comments

Saya percaya rata-rata ibu bekerjaya sekarang kebanyakan sudah terdedah kepada penyusuan ibu. Tidak macam zaman dulu, bila ibu mula bekerja selepas pantang bayi akan diberikan susu formula. Dan hanya disusukan dengan susu ibu ketika bersama ibu sahaja. Di zaman moden ini dengan peralatan yang makin canggih dan mudah dilaksanakan, ibu-ibu makin bersemangat untuk menjayakan proses penyusuan sehingga 2 tahun. Bagi ibu bekerjaya sudah tentu cara penyimpanan susu perahan amat dititikberatkan agar susu lebih tahan lama berbanding ibu yang tidak bekerja. Di sini saya kongsikan cara penyimpanan susu perahan.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

 Susu ibu sangat sensitif kepada kebersihan. Dan pastikan tangan anda sentiasa bersih sebelum memulakan proses pengepam.

- Hidayah Mohamad-

Thursday, 30 May 2013

Jalur Kabur pada alat uji UPT

20:37 0 Comments

Ramai antara kita yang biasa melakukan pemeriksaan kehamilan sendiri di rumah dengan menggunakan alat uji Urine Pregnancy Test (UPT). Namun begitu ada yang keliru dengan keputusan ujian tersebut di mana jalur agak kabur atau samar-samar. Adakah saya hamil? 

Bagaimana kehamilan boleh diperiksa menggunakan alat uji UPT? Alat uji UPT mengesan kehamilan melalui kepekatan hormon human chorionic gonadotrophin (HcG) dalam air kencing. Hormon HcG dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Hanya alat uji UPT yang sensitif mampu mengesan kehadiran hormon HcG. Anda boleh membaca arahan pada kotak atau pembalut alat uji UPT. Ada alat uji UPT yang boleh mengesan hormon HcG  pada kepekatan 20 IU/L dan ada yang boleh mengesan pada kepekatan 50 IU/L sahaja. Semakin mahal alat uji UPT semakin sensitif dalam mengesan hormon HcG pada kepekatan rendah.

Ramai antara kita akan menguji kehamilan apabila 2-3 hari lewat datang bulan di mana ketika ini kepekatan hormon HcG sangat rendah. Anda disarankan menguji kehamilan pada hari ke-14 lewat datang bulan kerana pada hari ke-14 kepekatan hormon HcG adalah sebanyak 100 IU/L. 

Bagaimana pula bagi mereka yang menguji alat UPT positive tetapi apabila buat pemeriksaan di klinik negative dan tidak hamil? Kebarangkalian ini terjadi kepada mereka yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon HcG seperti Profasi, Pregnyl atau Novarel. Bagi wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon HcG perlu menunggu 7-14 hari selepas suntikan untuk membuat pengujian kehamilan dengan alat uji UPT.

-Hidayah Mohamad-




Masalah keputihan

18:09 0 Comments


Masalah keputihan seringkali menghantui kaum perempuan sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin. Bagi yang belum berkahwin mungkin mengambil mudah perkara ini. Dan bagi yang sudah berkahwin agak membimbangkan kerana ia boleh mengundang ketidakselesaan apabila bersama suami.

Sifat dan rupa lendir keputihan adalah jernih, cair tanpa bau dan tidak rasa gatal. Seandainya anda mengalami pengeluaran lendir keputihan bersama warna kecoklatan atau darah sila rujuk kepada doktor kerana dikhuatiri terdapat jangkitan.

Punca-punca keputihan:

1. Hormon estrogen dan progesteron tinggi dalam darah.
2. Pil perancangan di mana ia mengandungi hormon estrogen dan progesteron.
3. Gangguan jiwa samada terlampau sedih atau gembira.
4. Wanita yang berkerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak.

Wanita yang mengandung juga turut mengalami masalah yang sama kerana semasa hamil hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan. Namun begitu sekiranya wanita hamil mengalami ketidakselesaan atau kegatalan sila dapatkan rawatan dengan segera.

Keputihan abnormal ketika hamil mengundang kepada:

1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.
2Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian
5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.
"Mencegah lebih baik dari mengubati"

Wednesday, 29 May 2013

ULSER MULUT

23:44 0 Comments
Apakah yang dimaksudkan dengan ULSER MULUT?



ULSER MULUT merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Penyebab ULSER MULUT:
 Menurut Kementerian Kesihatan penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui . Ia mungkin terjadi disebabkan oleh : 
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi
Selain itu juga ia mungkin disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, dan tercucuk benda yang tajam seperti garpu ataupun jarum

Tanda-tanda Ulser Mulut:
  • Rasa pedih dalam mulut
  • Kesakitan di bahagian dalam mulut (ketika berkumuh, mengunyah makanan, menggosok gigi, etc..)
  • Rasa tidak selesa disekitar bibir dan dalam mulut
  • Hilang selera makan (akibat kepedihan)
  • Bemam.
Sumber info : Ulser Mulut

Cadangan Suplemen Shaklee

2- NUTRIFERON : Mempertingkatkan sistem imun(mengaktifkan interferon)

2- B-COMPLEX : Defisiensi vitamin B menyebabkan ulser mulut

3- ZINC COMPLEX : MEnggalakkan pemulihan cepat & merangsang ketahanan


4- SR VITA C / Chew Vita C : Membantu pemulihan membran mukosa mulut

5- E.SOY PROTEIN : Defisiensi lysine menyebabkan ulser mulut

6- GARLIC : Antibiotik semulajadi

7- ALFALFA COMPLEX : Detoks, anti-inflimasi

8- HERB-LAX : Membersihkan usus, detoks

 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-
 

Tuesday, 28 May 2013

BATUK / TUBERCULOSIS (TBC)

22:07 0 Comments
Apakah itu BATUK?



Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

PUNCA-PUNCA BATUK
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Sebab-sebab batuk yang lain termasuk:
  • Selepas penitisan hidung (katar) - berlebihan rembasan hidung yang melari bawah ke dalam belakang kerongkong, merangsangkan kebatukan. Biasanya disebabkan oleh alergi, demam selsema umum atau jangkitan sinus.
  • Penyakit Asma / lelah
  • Jangkitan saluran pernafasan - contohnya kelompok, whooping cough
  • Perengsa penafasan dalam - contohnya merokok, habuk, api keindustrian.
  • Penyakit peparu - contohnya sistik fibrosis, bronkiektasis, barah.
  • Hiatus hernia dan refluks gastroesofageal - asid perut membocor ke dalam kerongkongan, meransangkan batuk.
  • Kelemahan jantung
  • Kebimbangan, gemuruh dan tabiat
    • Sebarang ubat
     
Jenis-Jenis BATUK

Batuk kering

  • Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.

Batuk basah

  • Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya.


Batuk Kering @ Tuberculosis (TBC)
Batuk kering atau penyakit Tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Tanda-tanda penghidap BATUK KERING:
  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

 Sumber info : Batuk , Tuberkulosis


Cadangan Suplemen Shaklee
1- VIVIX : Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular

2- NUTRIFERON : Mempertingkatkan sistem imun


3- SR VITA C / Chew Vita C : Memperkukuh respon imun

4- GARLIC : Antibiotik, merangsang fungsi imun

5- CARATOMAX : Membantu pemulihan tisu paru-paru yg rosak

6- OMEGA GUARD : Memperbaiki tisu peparu

7- VITA-E : Melindungi tisu peparu & mempertingkatkan pengunaan oksigen kepada sel

8- ZINC COMPLEX : Menggalakkan fungsi imun & fungsi pemulihan


 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-
 


BRONKITIS

02:06 0 Comments

Apakah itu BRONKITIS?


Bronkitis merupakan keradangan pada membran mukus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru).Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik.

Bronkitis akut 
Dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervirus yang akut seperti selesema atau influenza. Virus menyebabkan sekitar 90% kes bronkitis akut, sementara 10% yang selebihnya berpunca dari bakteria.

Bronkitis kronik 
Iaitu sejenis COPD bercirikan timbulnya batuk produktif yang berlarutan selama tiga tahun lebih setahun dalam setidak-tidaknya dua tahun. Bronkitis kronik lazimnya berlaku akibat kecederaan yang berulang-ulang pada salur udara yang disebabkan oleh bahan perengsa yang disedut masuk. Tabiat merokok ialah punca yang paling ketara, disusuli oleh keterdedahan kepada bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida atau nitrogen dioksida, dan juga perengsa pernafasan di tempat kerja. Sesiapa yang terdedah kepada asap rokok, perengsa paru-paru kimia, atau terjejas sistem imunnya mengalami lebih besar risiko menghidap bronkitis.

Sumber Info : Bronkitis

Tanda-tanda umum kepada penghidap Bronkitis:
  • Batuk berkahak (kahak biasanye berwarna merah)
  • Sering merasa sesak/sukar bernafas
  • Mudah berasa lelah
  • Bengkak dibahgian pergelangan kaki
  • Wajah, pipi, telapak tangan kemerah-merahan
  • Sering sakit kepala
  • Gangguan penglihatan
Cadangan Suplemen Shaklee
1- VIVIX : Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular


2- SR VITA C / Chew Vita C : Untuk respon imun & mengurangkan inflimasi

3- CARATOMAX : Membantu pemulihan tisu paru-paru yg rosak

4- VITA-E : Melindungi tisu peparu & mempertingkatkan pengunaan oksigen

5- GARLIC : ANTIBIOTIK semulajadi


 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-

Tuesday, 21 May 2013

Nafas Berbau

21:59 1 Comments
Apakah yang dikatakan dengan Nafas Berbau?


Nafas berbau merujuk kepada keadaan bau mulut seseorang yang amat ditidak menyenangkan.Ini boleh berlaku akibat daripada tabiat pengambilan makanan ataupun masalah penyakit yg dihadapi oleh seseorang individu yg mempunyai masalah nafas berbau.Mengikut kajian, kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti baru bangun dari tido..Mungkin bunyi tidak terlalu serius, tetapi sesetengah individu menganggap keadaan ini amat memalukan bagi mereka lebih2 lagi jika ia berterusan dalam kehidupan seharian mereka..Sekirannya masalah ini berlarutan, adalah dinasihatkan agar anda pergi mendapatkan rawatan di klinik pergigian ataupun mengenal pasti punca-punca terhadap masalah Nafas Berbau ini..Kadang-kadang masalah dapat dirawat jika kita peka terhadap punca-punca nya.

Nafas berbau mungkin disebabkan oleh:

* Keadaan dalam mulut seperti:

  • Makanan melekat di celah-celah gigi.
  • Bau nafas ketika bangun tidur.
  • Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak bersih dan ulser mulut.
  • Mulut kering
* Tabiat merokok atau minum minuman beralkohol.

* Pengambilan jenis makanan yang tertentu seperti durian dan bawang putih.

* Masalah perubatan seperti:

  • Penyakit saluran pernafasan (farinks, larinks dan paru-paru ).
  • Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Credit info : Nafas Berbau

Cadangan Suplemen Shaklee
1- HERB-LAX : Pembersihan Usus


2- SR VITA C / Chew Vita C : Memusnahkan virus selesema

3- GARLIC : Antibiotik semulajadi

4- ALFALFA COMPLEX : Menyegarkan nafas & detoksifikasi bau

5- PEPPERMINT GINGER : Berkesan membunuh bakteria



 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-

Thursday, 16 May 2013

Selesema & FLU

23:27 0 Comments
APA ITU SELESEMA?




Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.
  
TANDA-TANDA SELESEMA
  • Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
  • Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
  • Bersin.
  • Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
  • Sakit kepala.
  • Adakalanya, demam yang ringan.
  • Sakit badan.
  • Mata berair.

 KOMPLIKASI SELESEMA

  • Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
  • Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
  • Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan  kanak-kanak.
  • Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
  • Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
  • Jangkitan bakteria sekunder.
  • Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -
  • Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
  • Warga-warga tua
  • Golongan yang sangat muda.


APA ITU FLU?


  • Influenza merupakan sejenis penyakit infeksi salur nafas yang boleh menyerang semua manusia tanpa mengenal usia. 
  • Kebiasaanya penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya dan mangambil masa selama 2 hari hingga 4 hari.

JENIS JENIS FLU
  
a. Flu Burung
Flu burung adalah suatu penyakit menular yang disebabkan oleh virus influenza yang disebarkan melalui binatang dan dapat menyerang manusia. Flu dengan jenis flu type A (H5N1) ini menular di dunia, dan sangat mudah berjangkit terutama pada haiwan-haiwan peliharaan seperti ayam dan burung. Tanda-Tanda flu burung adalah :
  • Demam atau panas dengan suhu mencapai di atas 39oC
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Otot terasa sakit
  • Sering merasa sukar hendak bernafas
  • Hidung sering berair atau berhingus
  • Sakit kerongkong dan batuk yg berpanjangan
  • Muntah-muntah
b. Flu Babi
Flu babi adalah jenis virus flu type A (H1N1). Virus ini merupakan gabungan diantara flu burung, flu babi dan flu manusia yang bercantum dalam tubuh babi. Jika virus ini bercampur dan mengalami perubahan didalam tubuh babi, maka tidak terlalu bahaya kerana tidak melibatkan perubahan pada struktur virus.
Tanda-Tanda flu babi adalah :
  • Demam atau panas yang mencapai suhu lebih dari 39oC
  • Batuk yang berpanjangan
  • Sakit dibahgian kerongkong , terutama sakit ketika hendak menelan makanan
  • Badan merasa sakit-sakit
  • Sakit kepala yang berpanjangan
Sumber : Selesema , FLU


Cadangan Suplemen Shaklee
1- VIVIX : Mengimpak 4 Mekanisma utama penuaan selular

2- NUTRIFERON : Mempertingkatkan sistem imun

3- SR VITA C / Chew Vita C : Memusnahkan virus selesema

4- GARLIC : Antibiotik semulajadi

5- ZINC COMPLEX : Merangsang sistem imun, membunuh virus

6- PEPPERMINT GINGER : Berkesan membunuh bakteria



 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-

Wednesday, 15 May 2013

Asthma @ Lelah

23:34 0 Comments
Asthma dalam istilah orang2 melayu ita dikenali juga sebagai "LELAH"..Kebiasanya penyakit ini berlaku lebih kerap pada golongan kanak-kanak iaitu 8-10% kanak2 berisiko untuk menghidap Asthma.Apabila symptom Asthma ini menyerang kanak-kanak, biasanya mereka akan mengadu susah bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi. 


Apa itu Asthma ?


Asthma atau  'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya  akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan.
           
Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu. 


Mengapa Saya Mendapat Asthma?
 
Asthma adalah penyakit yang mempunyai banyak faktor penyebab;




  • faktor keturunan
  • allergic kepada habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing dan haiwan berbulu
  • jangkitan kuman pada saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection) 


  Tanda-tanda asthma;  

  • Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan.
  • Merasakan dada sempit.
 Sumber info : Asthma

Cadangan Suplemen Shaklee
1- VIVIX : Mengimpak 4 Mekanisma utama penuaan selular

2- NUTRIFERON : Mempertingkatkan sistem imun

3- SR VITA C / Chew Vita C : AntiOksidan, menentang irritasi akibat pernafasan


4- OSTEMATRIX: Menyekat serangan dengan menghalang kontraksi otot bronkial

5- B-COMPLEX : B6 mengurangkan wheezing dan simpton asthma

6- VITA E : Menguatkan dinding salur darah

7- CARATOMAX : Memperbaiki membran peparu dan mengurangkan serangan asthma

8- OMEGA GUARD : Anti stres, merangsang sistem imun

9- ESP : Meningkatkan tenaga

10- ENERGY TEA : Tea hijau mengurangkan inflimasi salur udara

 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-
   

Sunday, 12 May 2013

Alergi Hidung

21:02 0 Comments
Adakah anda tahu  mengenai Alergi Hidung?..apa itu alergi hidung?..TIdak dapat dinafikan bahawa ramai org yg bermasalah dengan hidung nye..Time sejuk or bangun pagi je mesti rasa hidung tersumbat dan susah nak bernafas..Ada beberapa tanda yg menunjukkan seseorang itu alergi hidung, seperti kerap bersin dan sekali bersin akan lebih dari 5x secara berturutan dan disertai dengan hingu yg mengalir keluar dari lubang hidung..selain itu hidung sering kali rasa tersumbat dan susah sangat nak bernafas dan juga akan timbul rasa gatal2 dihidung dan mata..Secara amnye penyakit ini dikenali sebagai Alergi Hidung.


Penyakit Yang Berkaitan Dengan Alergi Hidung

1- FLU (Selesema)
  • penyakit ini biasanye akan dialami oleh semua manusia..FLU adalah disebabkan oleh VIRUS dan bukanya BAKTERIA
  • Kebiasaannya org yg mengalami FLU akan lebih mudah menyebarkan virus itu kepada org lain disekelilingnya, lebih-lebih lagi terhadap org yg mempunyai sistem imun yg lemah pada tubuh badan mereka.
  • FLU biasanye terjadi akibat daripada kelemahan sistem imun pada tubuh.Oleh sebab itu disarankan kepada pesakit supaya mengambil ubat atau suplemen yg dpt memprtingkatkan fungsi imun dalam tubuh badan mereka.

2- SINUSITIS (Resdung)


  • Sinusitis @ Resdung merupakan penyakit yg cukup merbahaya jika tidak dikawal daripada peringkat awal.
  • biasanye terjadi akibat daripada infeksi dipermukaan sinus hidung yg disebabkan oleh kehadiran mikroorganisme
  • tanda-tanda yg biasa dialami oleh mereka yg menghidap resdung ialah sakit kepala, gatal dibahagian hidung dan mata, rasa ngilu di sekitar wajah dan sering mengalami demam.
Cadangan Suplemen Shaklee
1- VIVIX : Mengimpak 4 Mekanisma utama penuaan selular

2- NUTRIFERON : Mempertingkatkan sistem imun

3- SR VITA C / Chew Vita C : Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)

4- GARLIC : Antibiotik semulajadi

5- ZINC COMPLEX : Mempertingkatkan fungsi imun

6- VITA E : Mempertingkatkan fungsi imun

7- CARATOMAX : Mempertingkatkan fungsi imun

8- ESP : Meningkatkan tenaga

9- ALFALFA COMPLEX : Detoksifikasi, anti keradangan

 







Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-