Wednesday, 10 April 2013

Set Peredaran Darah (Healthy Circulatory)

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca2 dan pelawat2 setia blog SemutRajin..Hari ini saya nak bercerita mengenai "JANTUNG"..Apa itu JANTUNG?..Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang..Besar sungguh fungsi jantung kan?..Tetapi kalu anda semua nak tahu, masalah Jantung adalah merupakan punca utama (champion) kematian di Malaysia dan juga Dunia..Kebiasaannya memang kita takkan nampak simptom bagi penyakit ini..Ia boleh membunuh secara senyap (silent killer)..Jadi anda haruaslah sentiasa menjaga kesihatan JANTUNG kerana serangan jantung yg mengejut atau strok mungkin pertama kali berlaku pada anda, tetapi AWAS ye, ia mungking menjadi yg terakhir..

Struktur Jantung dan Peredaran Darah Dalam Jantung
Peredaran darah dalam jantung
  1. Darah terdeoksigen dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava.
  2. Apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Injap trikuspid tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan.
  3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah terdeoksigen didesak keluar melalui arteri pulmonari ke paru paru. Injap sabit di pangkal arteri pulmonari tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah ke dalam ventrikal kanan.
  4. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari.
  5. Apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri. Injap bikuspid tertutup menghalang pengaliran balik darah ke atrium kiri.
  6. Darah beroksigen didesak keluar melalui aorta ke semua bahagian badan kecuali peparu apabila ventrikel kiri mengecut.
  7. Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah dalam aorta ke dalam ventrikel kiri.
  • Perentak ialah sekumpulan gentian kardium halus di dalam dinding atrium kanan yang menjanakan impuls untuk memulakan pengecutan jantung.
  • Perentak menerima dua saraf dari otak, iaitu saraf simpatetik yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan saraf parasimpatetik yang menurunkan kadar denyutan jantung.
  • Denyutan jantung terdiri daripada fasa sistol dan fasa diastol. Sistol merujuk kepada pengecutan otot jantung manakala diastol merujuk kepada pengenduran otot jantung.
  • Setiap denyutan jantung diiringi oleh bunyi “lub-dup”. Bunyi “lub” disebabkan oleh penutupan injap bikuspid dan trikuspid, manakala bunyi “dup” disebabkan oleh penutupan injap-injap sabit.
Sumber : StrukturJantung

Setelah kita lihat serba sedikit gambar mengenai struktur jantung dan juga bagaimana peredaran darah didalam jantung, sudah semestinya kita inginkan yg terbaik untuk memelihara JANTUNG kita bukan?..Oleh itu Set Healty Circulatory Shaklee telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien yg penting dlm mengekalkan jantung yang kuat dan sihat..Antara produk yg terdapat dpt set ini ialah OmegaGuard, Alfalfa Complex, Garlic, Vita-E Complex, Lecithin dan ESP

 Antara Kebaikan untuk Set ini :
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh
 
Untuk sebarang info mengenai produk dan juga order sila hubungi saya SMS/WhatsApp/Viber di 019-9835090 atau anda boleh emailkan terus kepada hidayahmohamad83@gmail.com 

- Hidayah Mohamad-


Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...