Friday, 21 December 2012

TIP UNTUK TERUS HIDUP DENGAN KANSER


Melalu Kajian, kadar terus hidup kanser kian meningkat bagi kebanyakan jenis kanser.Sebaik didiagnosis dengan kanser, pesakit tidak seharusnya bergantung pada doktor semata-mata.Terdapat banyak perkara yg boleh dilakukan untuk menentang penyakt dan mengekalkan kualiti hidup ke tahap yang lebih baik..

ANTARANYA:

  • dapatkan doktor dan kemudahan perubatan yang terbaik..Ini kerana terdapat perbezaan terutama daripada kemahiran dan pengalaman
  • dapatkan kaedah rawatan paling berkesan untuk jenis kanser yang anda hidapi.Terdapat banyak pilihan rawatan, namun lakukan sedikit kajian mengenai doktor, maklumat rawatan, kadar kejayaan dan kesan sampingan yg boleh.
  • pertimbangkan ujian klinikal - bukan bermakna anda menjadi seperti tikus makmal, sebaliknya terdapat banyak persepsi salah mengenai ujian klinikal.Dapatkan maklumat lebih lanjut sekiranya berminat.
  • jadilah pesakit yang berilmu dan aktif dalam membuat keputusan bagi mengurangkan anda menjadi mangsa salah laku.
  • kekalkan daya juang untuk terus hidup dan mentaliti sebagai pejuang yang menentang kanser
  • dapatkan pandangan kedua terutamanya membabitkan diagnosis kanser dan pilihan rawatan
  • daptakan sokongan keluarga dan rakan
  • amalkan kebersihan, diet yang betul dan bersenam jika mampu selain mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • bangun, bersiap dan sentiasa kemas - Ini kerana kebanyakan masa anda langsung tidak ingin bersiap tetapi paksalah diri untuk bangun, berjalan dan bertemu dengan orang lain serta membersihkan diri dari segi fizikan dan mental.
  • sentiasa ada sifat ingin bertanyakan soalan - Jangan takut untuk bertanya soalan berkaitan kelayakan doktor, rawatan yg diterima, simptom yg dalami..Ingatlah sebagai pesakit, anda adalah pelanggan dan mereka perlu melayani anda.
Credit Info : Majalah iSIHAT
Post a Comment