Friday, 21 December 2012

MELATIH SISTEM IMUN MELAWAN "SELESEMA"

Penyakit influenza sangat mudah menular kerana ia di sebarkan melalui udara.Meskipun istirehat dan mengambil cecair seperti ubat-ubatan adalah terapi berkesan untuk penyakit ini, namu pencegahan masih merupakan kaedah yang terbaik. Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh melawan virus influenza..

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

LANGKAH 1 : Tambahkan potongan bawang putih segar kedalam sup..Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun, selain itu kandungan allicin dalam bawang putih juga mengandungi komponen antivirus

LANGKAH 2 : Konsumsi makanan yang kaya dengan Vitamin C, seperti buah kiwi,strawberi,oren,nanas atau anggur. Vitamin C akan meningkatkan fungsi sistem imun tubuh dan melindungi tubuh dalam melawan infeksi.Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosakan radikal bebas



LANGKAH 3: Bila anda mengambil suplemen secara rutin, cubalah memilih yang mengandungi ginkgo biloba. Herba yang berasal dari China ini diketahui meningkatkan sirkulasi tubuh. Sirkulasi yg lancar akan membantu penghantaran vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh.

LANGKAH 4: Lindungi tubuh daripada serangan virus dengan mengambil tiram. Kandungan mineral zink dalaman makanan laut yg identik dengan afrodisiak ini juga memiliki efek antivirus.


LANGKAH 5 : Selalu ingat nasihat ibu untuk rajin makan sayuran. Salah satu sayuran yg disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid folik nya akan memicu produksi sel-sel baru dan memperbaiki DNA. Sayuran hijau ini juga kaya dgn vitamin C, serat dan antioksidan. Cuma, elakkan memask bayam dgn terlalu lama untuk mendapatkan manfaat yg optimum..




Post a Comment

Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...