Monday, 24 September 2012

Faedah Susu Ibu

00:45 0 Comments

Allah SWT menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.

Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).

Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

04.Mencegah dari penyakit rabun malam.

05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06.Menggelakkan penyakit taun.

07.Menggelakkan jangkitan telinga.

08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Credit Info: iluvislam.com

Sunday, 23 September 2012

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

21:03 0 Comments


ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Credit Info : Utusan Malaysia bertarikh 23/01/2005

Cadangan Pengambilan Vitamin :

• Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
• B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
• Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka. 

For Info/Order:
Siti Nor Hidayah Mohamad
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
Email : hidayahmohamad83@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-983 5090

Makanan Semasa Mengandung

21:01 0 Comments


Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

- Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

-Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

- Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

- Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
-  Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

20:58 0 Comments

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum
seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Sumber : http://www.kesihatan.biz

Radikal Bebas Pemusnah DNA. Bagaimana mengatasinya?

20:49 0 Comments

Antioksidan membantu menghentikan proses perusakan sel dengan cara memberikan elektron kepada radikal bebas. Antioksidan akan menetralisir radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi mencuri elektron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat komplek tapi secara sederhana dapat dilukiskan seperti itu.

Darimana sumber antioksidan?

Beberapa contoh makanan sumber antioksidan antara lain :

Vitamin A : Wortel, brokoli, sayur hijau, bayam, labu, hati, kentang, telur, aprikot, mangga, susu dan ikan.

Vitamin C : Lada/merica, cabe, peterseli, jambu biji, kiwi, brokoli, taoge, kesemek, pepaya, stroberi, jeruk, lemon, bunga kol, bawang putih, anggur, raspberri, jeruk kepruk, bayam, tomat dan nanas.

Vitamin E : Asparagus, alpukat, buah zaitun, bayam, kacang kacangan, biji bijian, minyak sayur, sereal.

Karotin : Beta karoten, lutein, likopen, wortel, labu, sayur sayuran hijau, buah buah berwarna merah, tomat, rumput laut.

Polipenol : Buah berri, teh, bir, anggur, minyak zaitun, cokelat, kopi, buah kenari, kacang, kulit buah, buah delima dan minuman anggur.

Sumber rujukan : BlogDokter

Bad Breath (Halitosis) / Nafas Berbau

20:40 0 Comments

7 FRESH TIPS TO PREVENT BAD BREATH (HALITOSIS)

In papyrus scrolls dating back from 1550 BC, Hippocrates, the Greek physician famed as the father of medicine, offered a formula for sweet-smelling breath: rinsing with a mouthwash made of red wine, anise and dill.  Toothpaste is even older than that, with an ancient Egyptian medical text called the Ebers Papyrus containing recipes dating back some 6,000 years, while toothbrushes to apply it were only invented about 500 years ago, most likely by the Chinese, reports Dr. Harold Katz, director of the California Breath Clinics and author of The Bad Breath Bible.

Today, 93 million Americans suffer from chronically bad breath (halitosis), which can sometimes signal other health problems. If you or someone you smooch with regularly is one of them, these tactics can help restore fresh breath, according to Margaret Mitchell, DDS and other experts.

1. Clean your tongue. Along with brushing and flossing twice a day, also use a tongue scraper, available at most drugstores, or brush your tongue. “Your tongue, especially the top back, is a serious source of halitosis,” says Dr. Mitchell. That’s because your tongue has millions of filaments that can trap food particles and bacteria, leading to oral odor.

2. Chew sugarless gum.  Surprising as it sounds, saliva is the best defense against bad breath. A common cause of halitosis is dry mouth, which can be triggered by certain medications and health problems. If you’re wondering why morning breath can be smelly, that’s because saliva flow is lower during sleep. Chewing gum counteracts these problems by stimulating salivation. What’s more, gum containing the sugar substitute xylitol may help reduce cavity-causing bacteria, a recent study suggests.

3. Scent your breath with cinnamon. Unlike other flavorings, such as mint, which only mask bad breath, cinnamon appears to have odor-combating compounds, with a study presented at the annual meeting of International Association for Dental Research reporting that the cinnamon-flavored gum, Big Red, seems to reduce odor-causing bacteria. In the study, people who chewed the gum had a more than 50 percent drop in bacteria levels.

4. Keep your mouth moist. Drinking more water also helps wash away bad-smelling bacteria. There’s also research indicating that drinking tea may be helpful, since it contains polypehnols, a plant chemical that may help curb bacterial growth.

5. Pay attention to your diet. An unfortunate side effect of a low-carb diet, such as the Atkins plan, can be “dragon breath” due to ketosis (the fat-burning state that is one of the goals of this type of diet).  The only cure is increasing carbs, though chewing mint leaves or parsley can temporarily mask the problem. Also watch out for other foods that can trigger mouth odor, such as coffee, alcohol, and such obvious culprits as onions and garlic.

6. Choose the right mouthwash. Antibacterial mouthwashes help combat oral infections, thus improving breath. An analysis of five studies involving 293 participants by the Cochrane Database of Systematic Reviews found that such ingredients as chlorhexidine and cetylpyridinium chloride, chlorine dioxide and zinc are all helpful for reducing mouth odor. However, chlorhexidine mouthwash, available by prescription from dentists, can temporarily stain teeth and your tongue. If your dentist advises it to clear up an oral infection, you may be told to dip a Q-tip into the mouthwash and apply it to the backs of your teeth and gums, or only to the infected area.

7. Rule out medical problems.  90 percent of the time, halitosis is triggered by microbes in the mouth. Common dental causes include cavities, gum disease (which may not cause any obvious symptoms other than bad breath), and faulty tooth restorations that have become a breeding ground for bacteria. However, if you have good oral health—and persistent halitosis—check with your doctor, since such illnesses as respiratory tract infections, diabetes, acid reflux disease, liver disease and even cancer, in rare cases, can also cause mouth odor, cautions Dr. Mitchell. One of the best ways to protect your oral health—and keep your breath fresh—is to avoid tobacco use, which greatly increases risk for gum disease and oral cancer.

Credit Info : Yahoo Health

Suplemen yang dicadangkan:

Pembersihan usus.

Berkesan membunuh bakteria.

Menyembuhkan penyakit gusi, detoksifikasi yang bagus.

Menyegarkan nafas & detoksifikasi bau.

Antibiotik semulajadi, memusnahkan bakteria.




Untuk sebarang info produk atau order sila hubungi saya 019-983 5090 atau emel ke hidayahmohamad73@gmail.com

-Hidayah Mohamad-
 

Bakal Ibu Usah Abai Asid Folik

20:38 0 Comments

“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”

Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.
Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?


Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.

Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.




Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:

- Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.

- Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.

- Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

- Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.

- Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

- Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

- Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.


Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
- Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.
Berkhasiat untuk kesihatan bayi.

- Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.


Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:

-Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.

- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.

- Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

Credit Info: Harian Metro bertarikh 2012/01/09

Wednesday, 12 September 2012

Diabetes

02:46 0 Comments

Diabetes atau penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit di mana tubuh badan kita tidak menghasilkan atau menggunakan insulin dengan baik. Ia menyebabkan kadar gula yang tinggi di dalam darah.

Insulin adalah hormon di mana membantu penyerapan glukos ke dalam sel dan ditukarkan sebagai tenaga.

Diabetes terbahagi kepada 2 jenis:
1. Badan kita tidak menghasilkan hormon insulin.
2. Badan kita tidak menggunakan hormon insulin sebaiknya. 

Keadaan ini menyebabkan kandungan gula tersimpan di dalam darah.

Cadangan Pengambilan Vitamin :
    - membantu membaiki simptom berkaitan dengan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
    - kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolestrol.

    - memastikan badan memperoleh serat yang mencukupi untuk mengawal tahap glukosa darah, mengurangkan tahap kolestrol dan trigliserida.

3. Vita-Lea (Multivitamin) :
     - Di dalam multivitamin Vitalea terdapat trace mineral Chromium, yang bekerja dengan insulin mengawal kadar tahap gula dalam badan.

4. Zinc :
    - Zinc sangat penting untuk penyembuhan luka. Apabila pesakit kencing manis kronik mengalami kecederaan, amat sukar sembuh. Jadi Zinc membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan pesakit boleh mengelakkan amputasi berlaku.

5. Vitamin C :
- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.

For Info/Order:
Siti Nor Hidayah Mohamad 
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 889076
Email : hidayahmohamad83@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-983 5090

Credit Info : 
http://www.healthytimesblog.com
http://redcomelmall.blogspot.com