Tuesday, 13 January 2015

Pengalaman Bersalin di Hospital Ampang

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah ada kesempatan untuk kongsi pengalaman bersalin di Hospital Ampang. Baby tgh tidur boleh la ibu tulis 1 entry jap..hehee.

Bila sebut hospital kerajaan tak dinafikan ramai yg fobia. Byk kes kita dgr yg berlaku di hospital kerajaan. Tak dinafikan saya sendiri mula2x mmg risau juga. Tapi bertawakal je pada Allah.

Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya bersalin di Hospital Ampang. Saya selesa bersalin di hospital ni sebab keadaan x crowded sgt. Parking pun ok la. Senang tak senang juga tapi tiap kali datang sini alhamdulillah ada parking.

Hospital ni ada 3rd class dan 2nd class sahaja. 3rd class ala-ala macam dorm di hostel. 2nd class pulak dalam private room. Ada 2 toilet dan 4 katil. Harga 2nd class pulak bergantung kpd kita kerja apa rasanya. Sebab masa bersalin anak kedua bil hospital dalam Rm300 lebih (masa ni saya keje swasta) tapi baru-baru ni saya bersalin anak ketiga bil hospital hanya Rm45 (dah jadi suri rumah..hehe). Sebab masa nak bayar mereka ada tanya kerja apa. Alhamdulillah rezeki anak..

Dari pengalaman bersalin ketiga-tiga anak di hospital ni saya simpulkan staff nurse dan doktor mmg baik kalau kita tak banyak karenah la kan. Nak mudahkan kerja mereka kita kena la dengar arahan mereka kan. 

Utk mereka yg berada di sekitar Cheras dan Ampang jangan ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang ok. 

25 KEBAIKAN VITAMIN C UTK BADAN, KULIT DAN RAMBUT



Assalamualaikum semua..


Setiap pagi mmg wajib Ida ambil Vita-C ni. Nak tahu sebab apa?? Meh baca 25 kebaikan Vitamin C.
.
.
.

1. Membantu melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Juga diperlukan utk membantu membina kolagen iaitu struktur protein penting dalam tisu penyambung.

2. Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yg berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan dan selesema. Juga mengawal alergi yg menyebabkan demam.

3. Anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat".

4. Merendahkan tekanan darah tinggi.

5. Memastikan saluran darah mengembang dengan baik.

6. Membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak.

7. Membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.

8. Membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. 

10. Melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang.

11. Membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak.

13. Mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada.

14. Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. 

15. Melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. 

16. Membantu penghasilan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

18. Melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Membantu sistem aliran darah.  Juga memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

20. Meningkatkan pertumbuhan rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering.

22. Mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Best Price, Order & Consultation,
Hidayah Mohamad  
019-983 5090  

Tuesday, 4 November 2014

Testimoni Omega Guard: Dari HYPERACTIVE ---> LEBIH FOKUS !!!



Assalamualaikum semua,

Hari pun dah petang. mesti semua dalam kete tgh menempuh jem nak balik.. ingat dulu masa zaman keje.. mmg x sabar nak balik jumpa anak-anak.

penat macam mana pun tapi bila tgk muka anak-anak rasa hilang penat segalanya..tgk keletah dorang. tgk keaktifan dorang..hehehe..

bila sebut soal keaktifan anak-anak ni Ida nak kongsikan tentang anak-anak yang hyperactive ni. ada sebab kenapa anak-anak kita ni hiperaktif sebenarnya. Ida buat research skit punca anak-anak jadi hyperactive.

Antara puncanya adalah dari sumber makanan. Makanan yang banyak bahan pengawet memberi potensi untuk membentuk kelakuan anak-anak menjadi hiperaktif. Selain daripada tu terdapat juga faktor genetik. Di mana semasa ibu bapa atau saudara semasa kecil seorang yang hiperaktif akan menurun kepada anak-anak.

Dan juga terdapat kemungkinan anak-anak mengalami sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention Deficit Disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah, dan sukar memberi tumpuan. Biasanya sindrom ADHD lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Selain daripada itu, faktor kelahiran pramatang, bayi yang dilahirkan tidak cukup berat atau mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan punca kepada masalah hiperaktif.

Di sini Ida kongsikan apa feedback Puan Mumtaz setelah beliau cuba memberi Omega Guard pada anak perempuannya.





Alhamdulillah ianya memberi kesan yang baik pada anak perempuan Puan Mumtaz. Sekiranya anda juga mengalami masalah yang sama tidak salah untuk mencuba. Selain membantu anak lebih fokus, Omega Guard juga bagus untuk perkembangan otak dan minda mereka.


Hidayah Mohamad
019-983 5090
IG: @mommyshop83 
hidayahmohamad83@gmail.com



Info Lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...